musafir menulis

HATI EMAS

Posted by: musafir87 on: May 16, 2009

Berjalan di tanah gersang. Mentari mencekam dada. Debu-debu di jalanan, menjadi teman setia. Tiada lain tujuanku. Hati emas yang ku cari. Kisahnya di hujung dunia. Mengapa tak ku temui. Terdengar suara halus. Bagai dengar dan menghilang. Katanya pulanglah, oh! Anakku.
Ia tiada di sini

Kembara, puas sudah ku mengembara. Ke mana perginya oh! Cahaya. Mencari hati emas bukannya mudah.

Di masa kini adakah kau peduli.

Mungkinkah dikau miliki. Hati emas murni suci. Inginku menjadi sahabatmu. Hingga akhir hayat nanti.

Kembara, puas sudah ku mengembara. Ke mana perginya oh! cahaya. Mencari hati emas bukannya mudah. Mungkin selamanya takkan aku temui?(wa iyazubiLlah)

LUAHAN HATI: Email syahdu dari kalian.

Posted by: musafir87 on: April 20, 2009

* Post kali ini juga bukanlah post yang mesra pembaca. Tapi bukan bermaksud  aku sudah tidak mesra seperti jejaka-jejaka hebat diluar sana. Aku masih lagi begitu, cuma jari aku lebih suka menulis beberapa ketika ini. Nada tulisan kali ini mungkin mengelikan hati mana-mana pihak atau mungkin menyebakan kalian mengatakan aku poyosss….hehe. Tapi ketahuilah bahawa ini adalah blog musafirmenulis, bukan kalianmenulis….so…biarkanlah aku terus menulis.

Berat!

Dan kadang-kadang aku gagal melakukannya. Bila difikir-fikirkan, aku rasa amat-amat takut. Mungkinkah diri aku yang lemah dan banyak dosa ni yang menyebabkan mereka sukar berubah.

Sifat-sifat mazmumah yang masih ada sisa-sisanya dalam diri ni terasa seolah-olah hijab untuk aku menerima kejayaan dalam kerja-kerja yang berat macam yang aku lakukan sekarang. Bukan tak pernah untuk aku berusaha, namun bila berdepan dengan situasi genting, tak semena-mena aku gagal mengawal diri. Mudah marah, bersangka buruk, sukar memaafkan dan banyak lagi perkara-perkara yang sepatutnya aku dah buang jauh-jauh sebelum aku menjadi Walid/Al Ab/Al Umm, Syeikh, Ustaz/Muallim, dan Qaid.

Teringat perbincangan malam tu. Tentang ujian dalam dakwah.  Sebenarnya, kita belum lagi bertemu dengan ujian yang sebenar-benarnya ujian dalam medan dakwah ni. Ujian yang dilalui sekarang hanyalah ujian-ujian duniawi ataupun ujian-ujian yang datang dari diri kita. Malas la. Masa tak cukup la. Penat la. Nak rehat la. Ada kerja lain la. Padahal kerja dakwah yang sebenarnya dilakukan tak lah sehebat mana pun. Belum cukup untuk menuntut masa rehat. Apatah lagi nak kata diri dah penat.

Ayahkah aku?

Berbalik pada koreksi diri. Untuk menjadi murobbi yang mempunyai ciri-ciri Walid/Al Ab/Al Umm, aku berfikir panjang. Adakah aku dah lakukan semua ni. Seorang ayah yang sepatutnya memantau anak-anaknya, yang merasa sakit ketika anaknya sakit, yang merasa gembira tatkala anaknya gembira, yang menjanjikan bantuan dalam apa jua keadaan, yang merasa runsing dengan amal anak-anaknya, yang ingin memastikan anaknya sentiasa dalam kemantapan iman, memastikan anaknya sentiasa dalam kebahagian dan banyak lagi tugas-tugas berat.

Maaf adik-adik yang amat-amat abang sayangi. Kadang-kadang abang terlepas pandang. Tidak dapat abang bantu dalam keadaan kalian memerlukan. Apatah lagi nak merasa susah tatkala kalin susah. Namun bukanlah abang bermaksud mahu melepaskan tanggungjawab, cuma kelemahan dalam diri menyebabkan ianya tak telaksana. Kadang-kadang bantuan yang kecil-kecil seperti mahu meminjam kereta, masalah kewangan, dan banyak lagi masalah lain abang tak mampu berikan. Maaf!

AlhamduliLlah, bagi yang sudi berterus terang. Abang tidak menyalahkan kalian, malah dengan cara itulah abang dapat baiki diri. Seperti mana abang sering menasihati mahukan adik-adik berubah dan mengislahkan diri, begitulah jugalah harapan agar abang juga dibetulkan sekiranya diri abang melakukan kesilapan.

Abang gagal menghadirkan diri  dan berada ditempat kalian pada saat-saat tertentu. Maaf sekiranya abang tidak menerima alasan-alasan yang diberikan ketika kalian tidak berkesempatan untuk bersama-sama dalam sesuatu program. Percayalah, ianya disebabkan abang mahukan perubahan dalam diri kalian. Bukan niat untuk memaksa. Tapi seperti yang selalu kita ulang-ulang, jalan ini perlukan pengorbanan. Bukan sedikit masa, bukan setitik peluh, bukan sedikit ruang dalam fikiran yang perlu kita luangkan.

Namun, mungkin abang hanya mengajak dan kadang kala mungkin memaksa tanpa melihat masalah-masalah yang mungkin kalian hadapai. jauh sekali untuk turut sama merasa susahnya berada ditempat kalin. InsyaALlah, akan kucuba. Terima kasih sekali lagi kepada yang berterus terang.

Syeikh, lagilah berat.

Mempunyai rohani yang bersih. Iman yang kuat. Ruhiyyah yang terpelihara.
Adakah aku sudah laksanakannya kepada kalian, sedangkan semuanya akan dipersoalkan nanti keatas bahu ini. Cukupkah sekadar kita setkan amal-amal harian pada setiap minggu, tanpa aku sendiri bersama mengajak kalian mengamalkannya. Cukupkah sekadar hanya bertanya pada setiap kali perjumpaan tanpa aku meluangkan masa untuk bersama-sama  beramal bersama kalian.

Bukankah sebelum aku mengajak, aku juga perlu memantapkan diri, memastikan iman aku juga sihat, akhlak aku juga sihat, dan peribadi aku juga sihat.


Ustaz/Muallim

Aku cuba berikan yang terbaik, akan aku cuba berikan apa yang termampu. Tapi maaf, ianya juga seakan gagal. Dalam keadaan keluarga-keluarga lain giat berkongsi ilmu. Aku sekadar melihat dan tidak berusaha menambah ilmu diri agar lebih banyak dapatku luahkan. Bukan sedikit soalan-soalan yang aku gagalkan selesaikan. Namun percayalah, selagi termampu dan berdaya akan aku teruskan usaha murni ini. Ingin juga aku melihat kalian selepas ini juga melakukan tugas yang sama. Membawa keluarga-keluarga sendiri. Membuat perubahan-perubahan kecil atau besar.


Qaid

Memimpin dengan memberi tauladan. Haahh…sekali lagi aku rasa amat gagal. Pemimpin yang baik adalah yang mampu memimpin diri sendiri. Sekali lagi terima kasih kepada yang berterus terang dan memberi nasihat. Aku sepatutnya memimpin kalian untuk berjalan dijalan ini. Bagaimana, dengan apa, caranya, syaratnya perlulah aku berikan.

Adik-adik. Atas kelemahan diri abang, mungkin banyak benda yang tak dapat terlaksana yang sedikit sebanyak merosakkan semangat dan tumpuan kalian. Marah abanga bukan bermaksud kalian dibenci. Kegagalan membantu bukan bermaksud kalian mahu diabaikan. Tidak bersama bukan bermaksud bosan. InsyaAllah, hati kita dihubungkan dengan fikrah, akidah, tujuan, niat dan matlamat yang satu. Ikhlas dari yang ingin melihat perubahan.

*Terima kasih pada insan yang mengirimkan email yang mencetuskan aku untuk menulis perkara ini.

SELAMAT BERPERIKSA DAN MEMERIKSA: Diri dan Niat

Posted by: musafir87 on: April 16, 2009

*Post ini bukanlah mesra pembaca. Tulisannya agak panjang dan maksudnya juga agak bersastera. Tapi kau hebat kan. So, baca sajalah.musim_peperiksaan_4

*Sepatutnya kartun ini gambar lelaki. Dan yang sakit itupun lelaki, bukan Fatimah. Aku dah puas cari, tapi mungkin lelaki tak suka tunjukkan rasa cinta melalui kartun-kartun macam ni. Lelaki lebih suka berahsia. Tapi cintanya berbisa. Eeeuuwww~

Macam aku selalu cakap-cakap. Cinta kami hebat, kurniaan Illahi, AlhamduliLlah. Didalam keluarga-keluarga yang kami selalu bersama baca kitab-kitab, benda inilah yang ditekankan.

“Kalau boleh ana nak demam je lama-lama” kata seorang pembaca kitab-kitab.

Alamak! Bahaya ni.

Time demam macam ni bilik ana macam ada kenduri” tambahnya lagi.

_________________________________________________________________________________________________

Adik-adik, hakikatnya apa yang kita ngin capai adalah sesuatu yang lebih besar daripada ini. Bukan setakat ukhuwwah. Bukan setakat ziarah menziarahi. Bukan setakat makan-makan bersama. Bukan setakat berprogram dengan kerusi empuk dan penghawa dingin canggih.Itupun ada lagi yang keberatan.

Tetapi, ingin melihat Islam berada ditempat selayaknya adalah cita-cita yang seharusnya kita bebani bersama. Bukankah kita sudah tahu apakah kemanisan dan balasan Allah kepada orang-orang yang bekerja demi agamaNya. Diatas indahnya kemanisan dan balasan Allah inilah yang membuatkan orang-orang hebat yang berada disekeliling kita tidak mengenal penat lelah ‘bekerja’ setiap masa. Bukan sedikit tenaga yang dihabiskan. Bukan sedikit harta yang yang diagihkan. Malah, masa dan harta yang dilaburkan inilah yang menjadi penghibur kepada mereka setiap hari dan setiap saat. Lansung tiada perasaan rugi pada mereka. Apatah lagi merasa dengan tindak tanduk mereka itu, mereka akan jatuh miskin.

Adik-adik, apakah yang akan kita jawab pada Allah nanti sekiranya amanah dan kewajipan menyebarkan agamanya dimukabumi ini kita abaikan. Apalah status kita agaknya ya? Adik-adik, percayalah. Dengan niat yang ikhlas, hati yang suci, niat untuk membaiki diri, percayalah bahawa setiap pengorbanan akan diganjari. Kecil atau besar, lumayan atau tidak, ganjaran dari Yang Maha Adil tetap dikira.

_________________________________________________________________________________________________

“Abaang..err…tolong photostat sijil ni boleh?”

Masa mula-mula dulu la ni. Masa tu Minggu Haluan Siswa. Tak sangka kan. Kita sekarang menanggung beban yang sama. AlhamduliLlah, kepada yang menentukan pertemuan kita. Melihat kepada peribadi mu dulu, abang yakin kau juga akan bekerja kuat, seperti mana sekarang. AlhamduliLlah, kepada yang telah membuka hati kita. Tapi adik, sepertimana yang kita faham, kerja yang kita maksudkan amatlah berat. Ianya perlukan pengorbanan yang amat besar. Kan. Tapi benda tu takkan menjadi masalah kepada kau, abang yakin. Kisah-kisah para sahabat, nabi d an rasul yang selalu kita bual-bualkan akan menjadi motivasi kepada kita untuk terus bekerja sehebat mereka , InsyaAllah.

“Abang, apa next step?”

Tanya kau bila ada orang yang kau cuba dekati untuk dibawa bersama ke dalam keluarga dan bekerja bersama kita. Tak mengapa, pengalaman boleh dicari dik. Kita jalan sikit-sikit. Sama-sama. Semua step tu boleh dipelajari dan dibincang. Cuma yang lebih penting, kita kenalah dekatkan diri dengan Pemilik hati kepada orang yang kita cuba dekati itu. Hatinya kan milik Pemilik Langit dan Bumi, pada Dialah kita nak minta-minta. Merayu-rayu. Sebab kita tiada upaya, malah amat hina. Apalah usaha dan daya kita kalau bukan datang dari Pemilik Langit dan Bumi tadi. Hidanyah yang kita cuba cari ni pun milik Dia.

AlhamduliLlah, kau juga sudah ada target sendiri. Seperti kau dulu ditarget. AlhamduliLlah, antara kau semua. Dah ada yang mula untuk mengajar. Dah ada yang mula aturkan acara. Dah ada yang melihat pentingnya bicara bersama. Dah ada yang mula giat membaca.

Cuba pesanan abang kepada diri dan kau sekalian, dalam kuatnya semangat kita. Niat perlu dipelihara, jangan terbabas. Amal juga perlu diperkasa, jangan sama sahaja setiap masa.

Kepada yang dah rasa penat, mintalah air dari yang berbekal.
Kepada yang sudah jelas, berilah motivasi kepada yang malas.

Semoga Allah memelihara kita. Agama kita. Kerja kita. Dan semua saudara-saudara kita di seluruh dunia. Sayang kalian.

_________________________________________________________________________________________________

“Err….abang. Program minggu ni tak dapat datang la. Assingment banyak!”

Erk!!…….*tepuk dahi~

usrah

CINTA KAMI BUKAN CINTA BIASA

Posted by: musafir87 on: March 26, 2009

_mg_5793

Setakat gosip-gosip biasa kami dah tak kisah. Abaikan je. Lagipun ini bukan kali pertama gambar kami diambil curi-curi. Bagi kami, yang penting kami bahagia. Tengoklah, baju yang kami pakai tu,kan sama tu. Ha ha ha…

LINTASLANSUNG:
Gambar-gambar menarik sekitar Karnival Sukan.

Ha ha. Tapi kau orang janganlah ambil serius. Ayat-ayat cinta kat atas tu sekadar main-main. Kau jangan salah faham. Majoritas, semuanya memakai baju yang sama, bukan kami sahaja. Dan semua yang hadir pada hari tu disuap time nak sarapan bihun. Romantik tak kami? Aeeuuu~.  Bukan tu sahaja.  Macam aku dah bagi tahu. Cinta kami bukan cinta biasa. Cinta kami atas dasar cinta kami pada Pecinta Agung. Cinta kami kerana satu cita-cita.

Tapi, walau macam mana penerangan yang aku bagi. Kau orang mesti akan gosipkan kami kan. Kan?Kan?. Ala….tak kisah. Abaikan je. Lagipun ini bukan kali pertama gambar kami diambil curi-curi. Bagi kami, yang penting kami bahagia. Tengoklah, baju yang kami pakai tu,kan sama tu. Setakat gosip-gosip biasa kami dah tak kisah.

Nama Team Kami “Kalah Pun Tak Apa”

Posted by: musafir87 on: March 22, 2009

Kami bukan tak ada strategi, tapi kami bermain secara amal jama`ie. Bola ke atas semua naik atas. Bola ke bawah semua ke bawah. Kalau kami nak menang tu boleh sangat. Ahaks!! Kami juga bukan tak nak menang, tapi kami nak apply konsep ithar dalam kehidupan sebagai seorang pemain futsal beriman. Ha ha ha ha. Maklumlah la kan~ Kami ni bukannya macam remaja-remaja lain yang suka bawa motor laju-laju bila bila jalan kampung dah lengang. Kami ni remaja-remaja yang suka baca kitab-kitab tau. Wallawei!

0041

Ayob jadi keeper masa tu. Sikit-sikit membebel. Sikit-sikit membebel.

Woi!! Pengulas duduk luar padang la!~ aku kata. Dah malas sangat nak dengar dia membebel, so ubatnya kena la sound sikit.

Dalam banyak-banyak team. Ada satu team yang pemainnya sangatlah muda-muda. Tapi tak la muda mana. Kami pun muda apa?  Eeeeuuuww.

Dan yang best, kami telah memberi peluang kepada team yang muda-muda ni untuk menang. Bukan apa. Macam kami cakap tadi. Kami ni kan pemain futsal yang beriman, bila lagi nak amalkan konsep ithar. Ha ha..

Yang penting. Lepas ni kau jangan gatal-gatal nak tulis komen yang kami amalkan konsep ithar yang salah. Terus kami akan delete(Dengan Lebih Tenang).Haha..

Hah! Dan kau yang tak tahu ithar tu apa. Jangan segan-segan. Meh la, join kami baca kitab. Serus ni! Join kami ya. Kami akan bagi tahu apa itu ithar. Dan macam mana nak jadi pemain futsal beriman. Eeeeuuuww.

LINTASLANSUNG:
Karnival Sukan IQRA’

WARNA-WARNA CERIA SI CERIA

Posted by: musafir87 on: February 16, 2009

Fuhhh~

Kau mesti jeles kan….kan?..kan?
Lepas ni komfem kau akan cari warna-warna crayon anak-anak saudara kau punya.  Lepas tu kau akan cat celah-celah tulisan di blog milik kau biar nampak macam blog aku yang warna warna ceria ni.

Kata orang aku, biar hati tak ceria. Asalkan blog ceria. Bila blog ceria akan dapat hati jadi ceria.
*buntu menulis….

API ZIONIS- menentang pencerobohan dan kezaliman ke atas GAZA

Posted by: musafir87 on: February 2, 2009

Palestin
Tanah berdebu di Asia Tengah
Ditakdirkan menjadi sobekan-sobekan walang
Dipanggang perih bara bernama perang
Tanah keringmu garing dalam marak nyala silih berganti
Ratusan ribu nyawa melayang, jutaan pula jiwa meronta
Padang kontang langit kelabu tersangkut di bahu gunung-gunungmu
Menjadi saksi kesakitan abadi dekad ke dekad sengsara berselirat.
Palestin
Cerita nestapamu bilakah akan terhenti
Ketika anak-anak kecilmu ditewaskan, ibu-ibu tua dirundung rawan
Perebutan ini jahat, api kekejaman di mana-mana melarat
Rintih duka, rawan hiba menjadi kolaj comot tergantung di birai sejarah
Sejarah mengalir dalam merah darah cair
Para pahlawanmu pergi tak pulang di bawah runtuhan gelimpangan
Lelaki tua raungnya hilang suara, zionis menjalarkan cakarnya mengoyak pusaka.
Palestin
Aduh Palestin yang mengaduh
Perlindungan itu bukan untukmu, pembelaan itu tertangguh lagi di lidah kelu
Bangsa-bangsa Bersatu itu bisu, Bangsa-bangsa Bersatu telah batu
Satu suara tak pun kedengaran betapalah sirna ia di puncak menara
Seratus suara dikelamkan muslihat digulung dilipat di sidang khianat
Dari silang bumbung perjuangan tak terpeduli rempuhlah Palestin
Biar luka berderai biar tubuh berkecai, telah kematian simpati, telah lesu di sana kemanusiaan yang terperi.
Aku tahu letihmu amat mengerah kudrat menyongsong angin berat
Aku mahu nyanyikan lagu untuk saujana tanah abadimu yang kaurindu
Pada malam-malam bening di bawah langit pekat yang tiba-tiba berapi dari neraka
Aku mula mendengar tempik pahlawanmu tak terkalahkan
Mereka menyerbu, merempuh soldadu dalam ronta kepayahan
Para mujahidmu oh kaulepaskan saat sekelilingmu mengecilkan diri
Palestin kami bersamamu kami dahan untuk pautmu
Sedang sempadan rakus mereka koyak kami di sini bersama mengirimkan esak.
Palestin, Palestin, Palestin
Kami di sisimu izinkan meriba nestapa purba
Ingin benar kami membalut semua luka sukma
Api Zionis itu sambarnya sinis
Cengkam bumi kalbu dan batinmu terhiris
Palestin, Palestin, Palestin.
Teguhkan azam kentalmu, bentengkan juga sempadan terakhirmu
Kutahu keimanan ketaqwaan tak pernah goyah tak akan terpatah,dan, Palestin katakan:
“KAN KUPADAMKAN SELAHAPNYA
API KEANGKUHANMU ITU !!!”

Ciptaan
PROFESOR MADYA DR. LIM SWEE TIN

2009

MAK BEDAH KOTA PERDANA: Versi Mak Bedah is caring!!

Posted by: musafir87 on: January 31, 2009

Pagi tu lepas hujan di Kota Perdana.
Mak Bedah datang terhenjut-henjut.
Macam sakit kaki je.  Hari ni Mak Bedah ingat tak nak puasa sunat, macam selalu-selalu.  Macam mana nak puasa sebab batuk kering Mak Bedah menjadi-jadi. Kalau puasa, macam mana nak makan ubat.

Mak Bedah datang terhenjut-henjut.
Kali ni mak bedah pakai tudung bulat tau~.Tudung besar. Kalau dulu-dulu Mak Bedah lebih suka pakai selendang. Lipat-lipat sahaja kat kepala. Lepas tu siap. Bukan tudung je besar, kali Mak Bedah pakai stokin. Wallauweyh~ Mak Bedah dah jadi ustazah tu~.

Ni! Ni! Ni! Mak Bedah ketuk-ketuk meja. Macam Mak Bedah selalu buat dulu-dulu. Ni! Ni ha! Kau dah derma? Mak Bedah tanya Dolah.

Mak Bedah~. Yer pun bagi la salam. Dolah sahaja cari pasal.

Keletuk! Aduhai~macam biasa payung Mak Bedah singgah ke kepala Dolah. Mak Bedah tak senyum pun.

Ni Haaa! Jawab soalan aku! Dah derma? Mak Bedah lagi. Sambil hulur artikel tentang Palestin.

Erk!! Dolah tergamam. Derma Palestin rupanya.

Dah! Dah!Kau ambil ni. Pergi photostat! Mak Bedah hulur satu keping artikel palestin. Lepas tu edar! Mak Bedah sambung.

Photostat? Dolah tanya, sambil sapu buih teh tarik kat bibir. Buat-buat blurr, tapi memang dia blurr pun.  Mana dia tau apa-apa pasal Palestin. Dolah bukan macam remaja-remaja yang selalau pakai badge atau tampal sticker Palestin di kereta tu. Alahai Dolah~

Mak Bedah tenung mata Dolah. Sumpah! Kalau kau ditempat Dolah. Kau akan rasa mata Mak Bedah tajam macam pisau.

Tak kan photostat pun dah tak pandai~ Mak Bedah sambung lagi. Sambil acu-acu payung kat kepala Dolah.

Lepas tu edar kat kolej kau! Tau? ………..Tau tak ni?

Erk!! tau~tau~. Dolah jawab.

Mak Bedah pergi terhenjut-henjut. Hari ni Mak Bedah ingat tak nak puasa sunat, macam selalu-selalu.  Macam mana nak puasa sebab batuk kering Mak Bedah menjadi-jadi. Kalau puasa, macam mana nak makan ubat.

Tiba-tiba Mak Bedah pusing.

Kau minum apa tu? Nescafe?

Eh! Mana ada. Teh tarik la. Dolah jawab.

Bagus! Ingaaaat….Nescafe tu Nestle. Boikot tau! Mak Bedah pesan.

Hoho.Dolah lagi la blurr. Boikot apa hal pula? Mana dia tau apa-apa pasal boikot. Dolah bukan macam remaja-remaja yang selalau pakai badge atau tampal sticker boikot Israel di kereta tu. Alahai Dolah~

Mak Bedah pergi terhenjut-henjut. Hari ni Mak Bedah ingat tak nak puasa sunat, macam selalu-selalu.  Macam mana nak puasa sebab batuk kering Mak Bedah menjadi-jadi. Kalau puasa, macam mana nak makan ubat.

Mak Bedah pusing lagi. Hah? Kau tahu Dolah?

Tahu apa? tanya Dolah, dalam hati Dolah kata “apa lagi la orang tua ni~”

Barack Obama tu ha! Mak Bedah sambung. Dia nak cat White House dengan warna hitam.

Hoho. Lagi Dolah blurr.

Mak Bedah pergi terhenjut-henjut. Dicelah ketiak dicepitnya beberapa helai artikel. Kali ni mak bedah pakai tudung bulat tau~.Tudung besar. Kalau dulu-dulu Mak Bedah lebih suka pakai selendang. Lipat-lipat sahaja kat kepala. Lepas tu siap. Bukan tudung je besar, kali Mak Bedah pakai stokin. Wallauweyh~ Mak Bedah dah jadi ustazah tu~.

p/s: Kau macam Dolah ke? Alahai~

MUSAFIR atau MENULIS? *updated

Posted by: musafir87 on: January 29, 2009

Sekarang. Antara musafir dan menulis. Aku lebih cenderung untuk bermusafir. Bila ada masa-masa terluang, dan bila ada sumber internet barulah aku akan menulis. Tu pun kalau rajin lah. Kalau tak, aku akan terus bermusafir dalam dunia maya.

Masa-masa macam sekarang, tentulah semuanya hangat tentang berita-berita saudara kita dari Palestin.

Disini aku nak kongsi dengan beberapa artikel yang kau orang boleh baca dan fikir.

LINTASLANSUNG:

Selain Palestin, dimana lagi saudara kita merana?Klik artikel-artikel dibawah…

Kat mana lagi kita perlu tahu?

CHINA: Kebebasan Beragama dan Isu Terorisme di Xinjiang

China Xinjiang: Diskriminasi dan Kesempatan Orang-orang Uighur

XinJiang,perlukan peduli dunia!!

Yang ini berkaitan isu boikot dan demonstrasi.

Adakah Boikot dan Demonstrasi Sunnah?

LATEST!! Demonstarasi dan Boikot: Jawapan Kepada Yang Membantah

Semoga bermanfaat!!Wallauweyhh…

MUSAFIRmenyeru!!

Posted by: musafir87 on: January 15, 2009

Pelaburan dan sumbangan anda dituntut !!


Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12113010005797

Maybank
Nombor akaun: 562209608847

Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12029010047880

Muamalat
Nombor akaun: 12070005133717

MayBank
Nombor akaun: 562263010787

Link-link Berkaitan:

Mengapa Hamas Menolak Genjatan Senjata?

Palestin dan Peranan Kita

Boikot Barangan Mereka!!

Usaha Kita

Qunut Nazilah

qnz

maksudnya

USAHA KITA : PILIHLAH
Sumber
:www.zaharuddin.net

Na  Pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1)  Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2)  Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5)  Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7)  Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8)  Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

ENGKAU YANG HEBAT DUA: Edited Version

Posted by: musafir87 on: October 27, 2008

Aku ingin menjadi seperti engkau. Sebab aku lihat engkau ni hebat.

Engkau seorang yang hebat kerana dapat menjaga syariat walau dalam apa jua keadaan. Berprogram, bermesyuarat, bersukan dan apa jua aktiviti yang egkau sertai, engkau masih mengutamakan syariat. Waktu solat, pergaulan, tatatertib, adap sopan sebagai seorang muslim tidak tercemar walau apa jua kedaan yang engkau lalui. Hebat la engkau.

Walau masa engkau penuh diisi dengan program-program tertentu, engkau masih tidak melupakan al-Quran. Malah masa untuk membacanya adalah lebih utama. Tiada apa yang boleh mencuri masa engkau untuk membaca al-Quran. Hebatnya engkau.

Engkau tidak kisah apa tanggapan orang terhadap engkau jika engkau tidak menyertai mereka dalam gelak ketawa dan gurau senda yang melalaikan. Namun, engkau masih menjaga hubungan dengan mereka untuk mengelakkan agama engkau difitnah sebagai agama yang tidak mesra. Sesekali jika engkau alpa, cepat-cepat engkau memohon taubat. Engkau redha bahawa hamba tidak pernah lari dari tidak membuat dosa. Maka taubat engkau bayar sebagai ganti. Tidak pernah sekali engkau berbangga dengan dosa. Hebatnya engkau.

Mereka menyanyi, engkau juga menyanyi. Bermesyuarat juga macam biasa. Sukan juga begitu. Tapi syariat tetap syariat, engkau pelihara dengan cermatnya. Yang utama pelu diutamakan. Hebatnya engkau.

Walupun ramai dari mereka yang tidak faham malah pernah menganggap engkau sombong, namun engkau tetap sabar dan redha. Yakin dengan mengutamakan syariat akan beroleh kebaikan membuatkan engkau lebih tabah menjaganya. Itu akan membuatkan engkau tidak peduli dengan kata-kata serta umpatan mereka.

Namun, lemahnya iman aku kerana tidak boleh menjejaki langkah engkau.
Persoalannya bilakah aku boleh menjadi seperti engkau.
Bagaimana engkau menjaga waktu solat, tutur kata, pergaulan, adap sopan, dan mahmudah yang lain membuatkan aku bertambah tertarik untuk bersikap seperti engkau.

Kerana engkau hebat. Aku ingin menjadi seperti engkau.

Original Version

JIWA SEORANG PENDIDIK: OooOoo…tipu yerr!!

Posted by: musafir87 on: October 17, 2008

Sumpah! Aku tak pernah pun ajar dia orang menipu tau! Tau! Cikgu-cikgu lain pun tak pernah. Taaaak kanlah kaaann.

Ni ha! Semalam. Dia orang hantar tugasan yang aku bagi. Minggu lepas. Complete! Semua hantar. Yang semua hantar tu baguslah kaaaan. Tapi satu je yang tak berapa best. Sebab dia orang ni bijak sangat.  Bijak-bijak anak-anak didik aku ni. Bijak menipu. Er..macam gurunya dulu kot? Kau jangan ingat aku nak serkap jarang tak menentu je. Tak apa. Tak apa. Aku tak kisah. Apa kata aku bagi bukti-bukti yang kukuh dan aku nak kau jadi hakim. Hakimilah pelajar-pelajar aku ni sama ada di orang menipu atau tak.

Bukti Satu.

Dalam satu Penghargaan, ada seorang pelajar ni tulis.

Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurnianNya, dapat saya menyiapkan semua tugasan yang diberikan dengan jayanya”

Fuhh~ sejuk hatikan, baca ayat-ayat anak-anak aku ni. Tapi yang best, pelajar ni pelajar Cina dan beragama Buddha. Sejak bila pula dia masuk Islam. Hampeh!

Bukti Dua.

Juga dalam Penghargaan, seorang pelajar ni, eh! Bukan seorang, tapi tiga. Tiga orang tau. Dah la semua ayat dalam Penghargaan dia orang ni sama. Bab tu aku tak kisah, memang kerja copy-paste ni kerja biasa. Tapi yang best, ada satu ayatnya macam ni

“ Terima kasih juga kepada guru mata pelajaran saya Puan Hasmah bt Razali diatas semua tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan”

Hampeh! Lagi sekali. Sejak bila pula nama akau Puan Hasmah bt Razali. Chinamakahaiii…..

Dah baca? Hah! Jadi hakim noooow!!

musafir

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

 

 

muka dalam buku


Shahidan Shaarani's Facebook Profile

tarikh menulis

July 2009
M T W T F S S
« May    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

orang kita

PALESTINE IN OUR HEART

FREE PALESTINE

FREE PALESTINE

twittering

  • Berbincang tentang PPSMI, Wikipedia, cara buat pagar rumah dan cara solat dalam kelas Semikonduktor. Hoh!! #fb 6 hours ago
  • Pagi! Mula kuliah pertama sekarang. Ikhlaskan niat. InsyaAllah. #fb 4 days ago
  • Jalan-lalan sambil DFing dgn adik2 di Hutan Bandanr.40 semuanya. #fb 5 days ago
  • AlhamduliLlah..selamat sampai..Tunggu Akh Nidzam dtg amik.. #fb 1 week ago
  • Sejam lagi mau sampai. Ya Allah,selamatkanlah perjalananku.Amin. #fb 1 week ago

RSS PalestinKini

  • (Terkini) Kelab malam Israel edar poster wanita bogel berlatarkan Qubbah Sahra.
    Jumaat , 10/07/2009 – Salah sebuah kelab malam di Israel membuat kad undangan dan poster yang dihiasi dengan foto wanita bogel berlatarkan Qubbah Sahra. Perkara ini mengundang kecaman hebat dari warga Palestin yang melihatnya sebagai penghinaan terhadap kehormatan kaum muslimin dan Arab. Zahi Nujaedat, juru cakap Gerakan Islam di Palestin ’48 dalam k […]
  • (Terkini) Pelarian Palestin meninggal di sempadan Iraq Syria.
    Jumaat , 10/07/2009 – Seorang pelarian Palestin telah meninggal dunia pada Khamis lalu di kem Al Waleed, sempadan Iraqi-Syria selepas kesihatannya merosot dengan mendadak ketika terkandas bersama hampir ratusan pelarian di situ. Wanita itu telah dikenalpasti sebagai Suad Abdul-Qader Al Hallaq. Pelarian Palestin yang meninggalkan Iraq selepas perang m […]
  • (Terkini) Lagi kematian rakyat Palestin akibat kepungan kejam Israel di Gaza.
    Khamis , 09/07/2009 – Seorang lelaki Palestin dari Gaza telah diumumkan meninggal dunia pada Rabu lepas selepas para doktor tidak mampu untuk menyelamatkannya disebabkan pengepungan Israel terhadap wilayah tersebut. Abed Al Haleem Zo’rob berumur 44 menghidapi kanser otak dan dia telah ditahan daripada meninggalkan wilyah itu untuk mendapat rawa […]
  • Hammad : “Kami berjaya menahan rangkaian perisik Fatah di Gaza”.
    Khamis , 09/07/2009 – Di dalam satu wawancara dengan TV Al-Aqsa milik Hamas di Gaza, Fathi Hammad yang merupakan Menteri Dalam Negeri bagi Kerjaan Hamas di Gaza yang telah dibubarkan, berkata bahawa pihak keselamatan di kementeriannya telah menahan mereka yang digelar “rangkaian perisik” yang bekerja untuk gerakan Fatah. Menurut Hammad, semua yang d […]
  • Kerajaan Haneyya mengutuk penculikan rakyat Palestin dan kaum wanita.
    Rabu , 08/07/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Perdana Menteri Ismail Haneyya mengutuk penculikan berterusan yang dilakukan oleh militia Ababs di Tebing Barat, terutamanya penculikan terhadap kaum wanita sambil menegaskan bahawa penculikan tersebut amat bercanggah dengan undang-undang dan tidak bermoral. Ketika mesyuarat mingguannya pada ha […]

RSS Dr Asri

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

kamera poket

Waaa....

Hik...Hik...

Senyum..Klik..klik...

Machooooooooocccuuuunnn....

More Photos

Powered by

musafirpublishing