CAFE NOOR PULAI UTAMA: Er..kak, sambal belacan dan sup kosong jangan lupa ya.

Posted: October 15, 2010 in Uncategorized

Kalau aku tanya mesti kau dah tak ingat dah, kisah satu masa tu.
Masa zaman tu, kalau setakat seringgit dua ringgit duit kau aku pinjam. Kira macam halal terus. Macam bukan duit je. Tu seringgit dua ringgit. Tu belum yang ratus-ratus masa aku sangat sangat perlukan duit, yang tu pun kau buat tak kisah.

Pernah sekali tu aku banyak duit sikit. Aku hulurkan RM200 untuk bayar jumlah yang aku pinjam hari tu. Ingat apa respon kau masa tu? Kau gelak je. Nak je aku lempang kau masa tu. Kau kata.

Ha ha ha. Macam la enta ada duit lain nak makan kalau enta bayar ni. Tak yah la Dan~, enta mesti nak guna duit lepas ni.

Kalau aku ingat balik saat saat tu. Memang…memang aku rasa nak lempang kau. Ha ha. Aku tahu, masa tu apa yang kau cakap hanya atas  satu dasar. Dasar ukhuwwah. Kau buktikan ucapan ucapan manis yang kita belajar dalam usrah bukan setakat kata-kata yang diperlukan untuk melengkapi jadual perjalanan usrah, tetapi ianya adalah sesuatu yang perlu dibuktikan di peringkat amali. Praktikal beb!

Ha! Yang lagi tak boleh belah. Masa tu kita sama-sama makan di Restoran Noor Pulai Utama, dekat dengan rumah ayah mertua kau. Ingat? Aku nak bayar sendiri masa tu. Kononnya lah. Kau gelak lagi, macam biasa biasa. Nak je aku lempang juga. Kali ni aku tipu kau, aku kata aku ada duit. Kau tak percaya masa tu. Ana ada duit laa!!, aku kata. Kau gelak lagi kuat rupanya. Menyampah gila aku. Haha.

Rupa rupanya kau dah cek dompet aku sebelum kita pergi makan. Choii betul.

Bukan dalam dompet tu ada RM5 je ke? Kau tanya.
Mana enta tahu? Aku tanya balik.
Haha~

Dan sekarang. Tahniah Bro. Kau dah kahwin. Dan kalau aku tanya mesti kau dah tak ingat dah, kisah satu masa tu. Masa zaman tu, kalau setakat seringgit dua ringgit duit kau aku pinjam. Kira macam halal terus. Macam bukan duit je. Tu seringgit dua ringgit. Tu belum yang ratus-ratus masa aku sangat sangat perlukan duit, yang tu pun kau buat tak kisah. Aku pun dah hairan. Duit tu dah macam tiada nilai. Mugkin sebabnya nilainya tidak mengatasi satu benda yang lebih bernilai. Ukhuwwah.

Terima kasih juga sudi singgah beraya dirumah pada raya yang lepas. Kereta baru nampak~

Cuma aku masih berfikir. Apa sumbangan/kebaikan aku kepada kau ya?

Advertisements
Comments
  1. Ana says:

    hah..kenal2 sape nih…
    laaaa, dia dah beli kete baru ke?kete ape? fulamakk….haissh, tak saba nak tengok nih…hohoh..

    p/s: huish, baru nak wat anonymous, tup2 kene letak emel…huhu

  2. hahaha~ mesti ana tuh kan?

    pekh~ mulia seh ana…hahaha~ ;p

  3. […] Sepanjang 2010, hari yang paling banyak orang view blog aku ni adalah pada 18 Oktober 2010, sebanyak 63 views(waaa…’banyak’ giler..buat malu je..haha). Pada hari yang bersejarah tu, ramai sangat yang baca entry aku yang ni.  CAFE NOOR PULAI UTAMA: Er..kak, sambal belacan dan sup kosong jangan lupa ya.. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s