Archive for the ‘kampung’ Category

Bicara Balik Surau

Posted: January 2, 2012 in cereka, dakwah, isu semasa, kampung, komedi

Helmi mencungkil cungkil celah gigi. Saki baki daging jamuan di surau tadi masih melekat.  Lupa pula Helmi nak ambil pencungkil gigi atas gerobok dalam surau. Selalunya Helmi tak ambil satu. Tapi segenggam, buat simpanan dan spare di rumah. Hamboihh~

Tak pelik lah kalau Pak Usu pencen tentera tu asyik asyik merungut, ” Qariah surau ni memang hantu cungkil gigi ke haper? Letak sekotak habis! Letak sekotak habis!”

Jarak dari surau ke rumah Helmi tak lah jauh.  Cuma sunyi. Tapi berjalan bersama Mail dan Usop tak lah rasa sunyi sangat.

Bunyi cengkerik bertalu-talu, berselang seli bunyi heretan selipar masing masing. Srohh sreehh…sroohh srehh~

“Mail”  Tiba-tiba Usop buka mulut.

“Ape?” Mail jawab.

“Kau dengar pengumuman Pak Usu tadi?”

“Pengumuman hasil mesyuarat tu?” Mail tanya.

“Haaa”. Usop kata.

Helmi masih cungkil cungkil celah gigi. Saki baki daging jamuan di surau tadi masih melekat lagi.  Lupa pula Helmi nak ambil pencungkil gigi atas gerobok dalam surau. Selalunya Helmi tak ambil satu. Tapi segenggam. Hamboiih~

“Aku tak setuju lansung! Mana boleh Pak usu buat macam tu. Dah lama dah kita buat majlis kahwin kat masjid. Masak-masak kat masjid. Kita dah biasa. Dah selesa. Tiba-tiba nak tukar ke dewan baru tu” Luah Usop.

“Tapi dia tanya pendapat semua dulu kan? Ok la. Ramai yang setuju” Jawab Mail. “Kau datang meeting tu?” Mail tanya.

“Ish. Mesti la datang. Kau tanya Helmi. Kan Helmi? Helmi!”

“Ergh..yee” Helmi jawab, selepas keluarkan jari dari mulut.  Sebentar.

” Tapiiii, dalam meeting tu pun aku dah tak setuju.  Masjid ni besar, bila buat kenduri kat sini kita boleh tarik orang datang masjid. Kumpul ramai-ramai. Bukan sikit, ramai. Cara ni berkesan. Iiish! Aku tak faham la cara Pak Usu fikir. Dia fikir cara lama”

“Usop” Helmi panggil Usop.

“Haaa..” Usop jawab

“Kau ada angakat tangan? Bagitau pendapat kau ni? Masa keputusan tu nak dibuat, kau ada bantah?” tanya Helmi coooool~

“…..” Usop.

“Aku tengok kau senyap je masa meeting tu. Tak ada pula nak banyak cakap macam ni. Haaaa..?”

“…..” Usop.
Yessss!! Daging dari celah gigi Helmi dah tanggal. Esok helmi tak lupa lagi nak ambil pengcungkil gigi. Bukan satu. Tapi segenggam.

Bunyi cengkerik bertalu-talu, berselang seli bunyi heretan selipar masing masing. Srohh sreehh…sroohh srehh

Advertisements

Diam! Diam! Diam! Yuni ada teka-teki ni! Yuni bagi arahan. Seisi rumah diamterus tau. Semua mata mata penghuni rumah pandang Yuni.

Ijat yang tadi tengah sedap makan bihun sup pun boleh berhenti menyuap. tengok Yuni adik bongsunya tu.

Aaa..aa….kalau Ali naik basikalll…..Yuni mula meneka, dengan nada ala-ala manja nak kena cubit. Abah!! Dengar la Yuni nak teka ni! Yuni pancing peminat.

Abah yang tadi lebih memberi perhatian kepada Buletin Utama akur dengan Yuni. Layan je la kan.

Kalau Ali naik basikal. Yuni sambung meneka. Siapa naik basikal?

Haha..teka-teki macam ni pun ada. Ijat.

Teka la kalau teror. Yuni cabar lagi.

Ali la. Tu pun susah ke? Ijat beri jawapan. Dengan confident pula tu.

Hahahaha…gelak Yuni lagi panjang. Salahhh..Bukan Ali la, tapi Ali. Hahaha

.

.

.

Ijat sambung makan bihun sup sambil buat-buat hilang pendengaran. Abah sambung melayan Buletin Utama. Sambil kadang-kadang dahi berkerut mendengar harga minyak yang makin naik.

*dah lama tak update ni. eleyh..rindu aku la tu. maaf ya. doakan ayah aku semakin baik ya.

SAHABAT 2

Posted: November 6, 2007 in kampung, kontroversi, personal, sahabat, sedih, ukhwah

Diantara perkataan yang harus saya terima bila pulang ke kampung adalah “Hang nampak beghubah sekaghang”.

Memang lah..saya sudah ada janggut, misai pun sudah ada kalau saya tak cukur. Tinggi pun sudah bertambah. kadang-kadang makin putih, tapi ada juga saya balik ketika saya hitam.

Bukan begitu. Sebenarnya ada lagi ayat-ayat selepas ayat diatas. “Sombong lah hang sekaghang!!” Ini yang saya tak suka dengar. Sebab saya rasa saya dah teruk sangat. Apa yang saya lakukan?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Alahai~apalah daya saya untuk SMS setiap kawan saya atas tanda saya mengingati mereka. Matilah saya kalau semua orang saya nak SMS. Pelik juga saya bila memikirkan orang-orang yang menilai persahabatan dengan SMS. Nak tahu, orang-orang yang dekat saya kat Universiti Selatan ni pun saya jarang SMS. Apatah lagi jika kita sudah lama tak jumpa. Malangnya anda berkenalan dengan orang yang tak suka berSMS seperti saya, lebih-lebih malanglah anda jika anda seorang yang menilai persahataan melalui SMS.

Apa-apa pun, raya yang lepas sempatlah saya mengumpul nombor-nombor telefon yang telah saya hilangkan bersama-sama telefon yang abang saya baru belikan. Hah~lagi satu sebab saya tak hubungi anda adalah saya tak ada nombor anda. Handset saya baru sahaja hilang.

Apalagi, saya pun kirimkan ucapan raya. Syukur dan sejuk hati bila menerima respon yang menarik, tandanya saya masih lagi diterima. Saya rasa perlu saya sebutkan nama mereka yang sudi membalas SMS saya serta beberapa yang sanggup beraya bersama kerana saya amat-amat menghargai mereka : Zulfanida, Kimi, Dollah, Kero, Lokman, Taufik, Syazwan, Suid, Aniza, Azariah, Asma, Akhwani, Zahidah Fazi, Asma Nazirah.

Benar, saya amat-amat hargai anda. Bagi yang mengatakan saya sombong. Tiada apa yang mampu saya katakan melainkan saya mohon maaf sangat. Tapi pelik juga saya, kenapa hanya saya yang perlu menghubungi mereka tanpa mereka menghubungi saya. Selama saya keluar dari Sekolah Anak-anak Dato’ satu masa dulu, tak sorang pun pernah hubungi saya, tak pula saya ambil pusing. Ooo..saya tahu, mungkin kerana saya tak menilai persahabatan dari segi SMS.

Bukan, bukan, dan bukan saya mahu usaha saya menghubungi anda dikira sebagai satu jasa yang besar. Malah lebih elok jika anda tidak membalas mesej saya jika hanya mengatakan saya sombong. Tapi ok juga. Sekurang-kurangnya saya dapat koreksi balik diri saya dan apa yang telah saya lakukan. Mungkin banyak dosa saya kepada anda sehinggakan anda benar-benar marah kepada saya.

Kalaulah bukan sebab SMS, mushkil juga saya. Masakan anda tahu saya sombong walau tak berjumpa dengan saya. Mustahil jika anda hanya mendengar kata-kata orang.

Kalau anda kata saya tak habis-habis dengan penulisan seperti ini. Haha..ketahuilah oleh anda..ini blog MUSAFIR MENULIS…dan bukan blog ANDA MENULIS…maka ini blog saya. Bukan blog anda…..hahaha…maaf-maaf. Gurau je.

Beginilah, sebenarnya fahamilah kawan-kwan sekalian bahawa saya tidak sempat menghubungi anda sebenarnya, bukan tak nak. Malah jauh sekali unuk melupakan anda. Maaf lah, kita masih kawan kan? Kan? Kan? Tapi tenaga, masa dan ‘fulus’ saya juga terhad. Mungkin kawan-kawan juga sudah faham sekarang kerana saya tahu yang banyak dari anda semua sudah berada di menara gading. Syukur…saya seronok sangat-sangat, malah mengetahui salah seorang dari kawan kita keluar dari politeknik membuatkan saya betul-betul sedih. Mungkin sebab anda berada dimenara gading jugalah anda sudah kurang respon dengan mesej saya.

Kawan-kawan sekalian, terutama yang sekelas dengan saya semenjak darjah satu. Ketahuilah bahawa kenangan-kengan yang kita warnai bersama mustahil saya lupakan. Malah semuanya boleh kita jadikan pengajaran untuk teruskan hidup.

Fuh, sedih la pula.

NOTAKAKIBANGKU: tak percaya…..post yang jiwang..tapi saya suka