Archive for the ‘bosan’ Category

Bukan nak kata sibuk. Serius! Tapi anak anak yang sudah membesar, gaji yang tak seberapa, fikiran yang bercelaru, hamster yang mandul, jualan ice blended yang merudum rugi, jiran sebelah rumah gaduh pasal parking dan banyak lagi masalah-masalah lain membuatkan aku tak sempat update.  Serius!

Dalam keadaan aku tak pasti nak update apa dalam blog ni dan lansung tiada idea. Tiba tiba wordpress membantu dengan memberikan data data dibawah untuk aku kongsikan. Sangat membantu. Serius!

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads This blog is doing awesome!. Agak menipu juga kot. Macam lansung tak awesome pun.

Pengunjung. lalalala….

Featured image

A helper monkey made this abstract painting, inspired by your stats.

A Boeing 747-400 passenger jet can hold 416 passengers. This blog was viewed about 2,900 times in 2010. That’s about 7 full 747s.

Dalam tahun 2010, aku hanya sempat masukkan 5 entry sahaja, sangat membantu dalam memberi sumbangan untuk aku genapkan semua entry aku kepada angka 60 tepat.

Sepanjang 2010, hari yang paling banyak orang view blog aku ni adalah pada 18 Oktober 2010, sebanyak 63 views(waaa…’banyak’ giler..buat malu je..haha). Pada hari yang bersejarah tu, ramai sangat yang baca entry aku yang ni.  CAFE NOOR PULAI UTAMA: Er..kak, sambal belacan dan sup kosong jangan lupa ya..

Top referring website?

Ni la laman laman web yang dimaksudkan..Nak aku ucap terima kasih ke?Haha…

1. atmkeikan.blogspot.com
2. guruji.com
3. mail.yahoo.com
3. search.conduit.com
4. google.com.my.

Lorr…selain tu, ramai juga yang datang blog aku ni sebab nak mencari sesuatu. Ni adalah diantara keyword yang orang orang tu cari; main makcik, kisah-kisah cinta, makcik leha, sajak duka, and sajak palestine.

Attractions in 2010. Huhu…

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

1

CAFE NOOR PULAI UTAMA: Er..kak, sambal belacan dan sup kosong jangan lupa ya. October 2010
4 comments

2

GULI-GULI RACUN: Mak Cik Leha Janda October 2009
11 comments

3

MAK CIK LEHA JANDA: Sejadah Mak dah pandai berdiri, tak lama lagi mesti pandai jalan. October 2009
13 comments

4

SAJAK-SAJAK DUKA LARA January 2008
8 comments

5

KISAH-KISAH CINTA DUKA January 2008
13 comments

Advertisements

Kreeeuuuk……Kruueeekk…Kreeeuukkk….Krrueeekk….Abang Ali asah parang. “Mah! Ambilkan tuala kecil abang atas almari tu. Kotak rokok pun” Abang Ali minta dari Kak Temah. Abang Ali tukang sembelih lembu. Kalau musim musim korban ni Abang Ali la paling sibuk. Kalah Maher Zain.

Dulu sekali pernah dia nak pencen dari kerja sembelih sembelih ni. Tapi Abang Ali kata. “Ni je la sumbangan aku kat orang kampung Zaki oiiii” jawab Abang Ali bila Zaki, driver teksi yang kerusi belakang teksinya dah koyak koyak tu tanya, bila Abang Ali nak berhenti sembelih lembu.

“Abang. Daging nanti kita buat sup?” kak temah tanya Abang Ali, sambil hulur tuala sama kotak rokok. ” Cicah sambal, euuuw”

“Euwwww” Abang Ali jawab “Tak nak. Kita bakar, cicah sambal….euuuuw”

………………………….

“….ana tengok dah lama tak baca Quran. Qiam pun macam jarang. Ana jamin kalau enta mantain istighfar 70 kali sehari. InsyaALLAH okey. Ana tau dia ikhwah juga. Jangan tertipu. Sebab kita kena ada kekuatan untuk membentuk, jika tak. Kita akan dibentuk….”

Johan kayuh basikal laju-laju. Kali ni je Johan lambat sikit. Sebelum-sebelum ni, belum lagi Gemuk, Napi, Hafzi, Suid, Shidi sampai, Johan mesti dah sampai. Kalau Hafzi bawa sebotol guli, habis Johan sapu bersih. Kalau Suid bawa guli satu tin milo, habis Johan kalahkan.

Johan tak kira dah dengan peluh-peluh muda didahi tu, meleleh-leleh mengikut  hujung-hujung rambut. Tapi hari tu tak lah panas sangat. Selesa dan nyaman. Nak kata panas sangat pun tak. Sejuk sangat pun tak.  Ditengah jalan. Johan nampak seorang wanita tua berjalan bertentangan arah. Langkah laju-laju pula tu.

Oh~Mak Cik Leha janda rupanya.  Setelah beberapa depa jarak menghampiri Mak Cik Leha,Johan tegur. Acik Leha! Nak gi mana tu? Laju bukan main. Johan tanya.  Mak Cik leha janda tak layan pun. Mak Cik Leha  Janda terus langkah laju-laju. Alah, satu kampung dah tahu, kalau tak ke kebun mesti Mak Cik Leha ke kilang maruku Kampung Selatan. Tapi tak kan tengah hari macam ni. Johan cuba menganalisis, tapi tak penting pun. Yang penting dia kena sampai awal ke tempat pertarungan guli.

…………………………

Lambat gila hang Johan! Ingat takut dah nak lawan kami. Hafzi terus tegur Johan. Johan belum lagi turun dari basikal. Belah la. Tengok la guli aku bawa ni. Baru ni. Johan balas, dengan bangga macam selalu-selalu. Johan terus keluarkan guli dari plastik. Jom! Jom! Jom main. Mula! Mula jom! Johan kata, dah betul-betul tak sabar dah.

Di tengah-tengah permainan. Azri, seorang yang menjadi pemerhati tetap setiap permainan. Boleh kata hari-hari dia mesti ada. Cuma yang peliknya, Azri tak pernah pun nak main sekali. Tapi ada satu perkara yang selalu Azri ni lakukan. Batu api. Azri tak habis melaga-lagakan  Johan dan yang lain. Padahal Johan dan yang lain ok je. Mereka akrab. Cuma kadang-kadang bermain dan nak  merebut kemenangan tu biasa la kalau gaduh sikit-sikit.

Hari ni Azri dengan modal yang baru, dia cuba bagi tahu Hafzi, Shidi dan Suid yang Johan ni cuba main tipu. Nak menang cepat. Kata Azri, sebab tu Johan ni selalu menang.

Nasib Azri hari ni baik. Semua hasutan dia mengena. Sampai Hafzi dan Johan siap bertekak. Tarik-tarik baju. Dah siap tumbuk-menumbuk dah. Azri bangga, seronok gila dia tengok budak-budak tu bertekak. Johan, Hafzi, Suid yang asalnya mempunyai matlamat yang sama; menang main guli dan jadi bergaduh-gaduh. Dan puncanya dari orang luar. Yang tak ada lansung kaitan dengan permainan. Ish. Ish. Ish.

Sekali lagi hang cakap aku main tipu, aku baling guli hang kat jalan. Berani?! Cakap lar?! Bentak Johan.

Si Hafzi pula bukan jenis boleh dicabar. Nak cakap la ni!! Hafzi balas balik. Joo Haan memang main tiipuu!

Apa lagi. Johan terus ambil botol Hafzi yang penuh guli tu dan dibaling ke tengah jalan. Botol berkecai dan guli berterabur keluar. Hafzi cuba meluru untuk selamatkan gulinya yang dah berterabur tu. Tiba-tiba. PooOOooonnnn!! Lori besar datang dari arah barat menghala kea rah Hafzi. Dan sipi sipi lagi nak langgat Hafzi. Namun lori tersebut sempat mengelak. Meluru ketepi jalan. Hafzi selamat walau dengan keadaan penuh terkejut. Malangnya , lori  tu gagal dikawal dan melanggar seorang wanita tua  yang sedang berjalan. Berjalan laju-laju.

Mak Cik Leha! Mak Cik leha! Mak Cik Leha janda dilanggar lori! Hafzi jerit sekuat hati. Dalam terkejut.

Suid, Gemuk, Napi , Shidi dan Johan terkesima.

Cuma Azri sudah hilang. Guli-guli milik semua orang juga hilang. Azri larikan.

p/s: Mak Cik Leha Janda tak sempat pergi SC. Keh..keh..keh..Azri? Memang dia tak nak pergi. tak dijemput pun.

Entry kali ni bukanlah mesra pembaca. Panjang nak mati.

Kilang maruku kita dah maju. Dah ramai yang suka makan maruku kita. Dah ramai juga yang bekerja di kilang maruku kita tu. Tapi dalam kemajuan tu macam ada cacat cela sikit. Biasa la tu kan. Tapi bagi Mak Cik Leha Janda, ada seperti sesuatu yang tak kena dengan kilang maruku yang dimiliki bersama Persatuan Wanita Kampung Selatan.

Pagi tu, Mak Cik Leha Janda tak kira. Macam mana pun dia kena luahkan juga.

Aku tak kira!! Kata Mak Cik leha Janda.

Aku nak diorang tahu yang perjuangan kita adalah nak bagi maruku ni laku. Dapat untung! Tak kisah la orang kenal ke tak kilang kita tu! Ini tak,asyik-asyik sibuk dengan kerja-kerja yang tak membuahkan amal. Ececece…Mak Cik Leha meluahkan rasa.

Kisahnya. Sekarang dah pecah-pecah.

Dulu semua  macam satu kumpulan besar yang bekerja membuat maruku. Sekarang. Ada kumpulan yang pom pang pom pang pom pang pom pang cakap pasal kepentingan kilang dan kepentingan menjadi pekerja kilang yang baik. Tapi haram, puak-puak ni lansung tak tahu nak buat maruku. Ada satu group ni sibuk dengan kursus-kursus membina pekerja berkualiti kononnya. Dah tentulah Osman Ayam  sebagai ketua. Kalau siapa tak kenal Osman Ayam kat Kampung Selatan ni silap la. Dia memang hebat dengan teori dan fakta-fakta dari buku-buku motivasi menjadi pekerja berkualiti.

Masih lagi menyokong perjuangan memajukan pengusahaan maruku,  Karim sekepala dengan  Mak Cik Leha Janda, katanya kilang tu hanyalah tempat nak mudahkan kerja kita. Kalau tak ada kilang tu? Karim bertanya. Adakah bermaksud kita kena hentikan perniangaan maruku kita ni? Hah! Jawab! Jawab! Luah Karim dalam satu meeting satu masa dulu. Dah tentu jawapannya tak!! Kita mesti teruskan kerja membuat maruku ni, sebab ni memang kerja kita. Karim menambah.

Cuma bezanya Karim dan Mak Cik Leha Janda adalah, Mak Cik Leha bekerja dan terlibat secara lansung dengan kilang. Tapi Karim tak. Dia jual maruku sendiri-sendiri. Bekerja pun dengan orang-orang dia sahaja. Cumanya yang tak best bagi Mak Cik Leha Janda dengan Karim ni adalah sifatnya yang mudah sangat mencari kelemahan gerak kerja membuat maruku dalam kilang tu. Tapi dia tak bagi idea pun. Padahal dulu dia dapat resepi nak buat maruku pun dari kilang tu lah. Kalau diminta untuk bekerja dalam kilang. Karim akan kata dia cuma akan tengok-tengok orangnya dihujung kampung. Kami pun buat maruku juga. Karim kata.

……………………………..

Suasana tengahari tu selesa sangat. Panas sangat pun tak. Hujan sangat pun tak. Mak Cik Leha Janda langkah laju laju menuju ke kilang. Sambil dikilang, Mak Cik Susila, Mak Cik Rabiah ,  Datin Masrobi, Pak Cik Suhai Sepet dan beberapa orang lagi yang terlalu asyik dengan kemajuan kilang tapi tak berapa pasti kemana tujuan nak bawa maruku mereka sedang sibuk bekerja. Uli-uli tepung. Gaul-gaul perencah. Yang penting Osman Ayam  mestilah ada sekali dalam kilang tu.

Kedegaaaang! Tiba-tiba pintu kilang terbuka pantas. Berdiri Mak Cik Leha Janda didepan pintu.

Hah! Hari ni aku nak bagi tahu kau orang semua. Mak Cik Leha mula berucap. Jari telunjuk menekan-nekan daun pintu. Dengar sini! Aku nak kau orang faham. Perjuangan kita adalah nak bagi semua orang rasa maruku kita. Sedap dengan maruku kita. Kampung kita dah gersang dari maruku yang sedap-sedap. Ni tak! Kita hanya sibuk dengan kerja-kerja selain tu. Sibuk dengan nak besarkan kilang. Sibuk dengan nak tukar hiasan dalam kilang. Semua tu tak salah kalau kita semakin maju dalam proses buat maruku. Ni tak.

Mak Cik Leha janda menapak setapak dua ke depan. Ni ha! Ni ha! Tepung ni salah ni. Kata Mak Cik Leha sambil meangkat satu plastik tepung yang dah kosong dari lantai.Kita bukan guna tepung ni! Kau orang sudah menyeleweng. Tak ikut resepi yang asal. Mak Cik Leha semakin marah. Kalau resepi pun salah, besarkan kilang pun tak guna.

Mak Cik Leha janda nak teruskan syarahan, tapi dia dah rasa tak perlu. Buang karang je marah-marah. Mak Cik Leha nak pindah kampung. Cari jalan sendiri. Dia nak join kilang lain katanya. Mak Cik Leha berlalu dari kilang.

Senyap. Semua saling pandang memandang.

*

*

*

Gedegaaaang!! Bunyi dari jalan raya. Mak Cik Leha! Mak Cik Leha! Kedengaran orang menjerit. Mak Cik Leha Janda dilanggar lori. Mak Cik Leha Janda mati syahid.

Habis.

Kilang maruku Mak Cik Leha dah maju. Dah ramai yang suka makan maruku Mak Cik Leha. Dah ramai juga yang bekerja di kilang maruku Mak Cik Leha tu. Tapi dalam kemajuan tu macam ada cacat cela sikit. Biasa la tu kan. Tapi bagi Mak Cik Leha Janda, ada seperti sesuatu yang tak kena dengan kilang maruku yang dimiliki bersama Persatuan Wanita Kampung Selatan.

p/s: Mak Cik Leha Janda tak sempat pergi SC. Keh..keh..keh..

WARNA-WARNA CERIA SI CERIA

Posted: February 16, 2009 in bosan, isu semasa, personal

Fuhhh~

Kau mesti jeles kan….kan?..kan?
Lepas ni komfem kau akan cari warna-warna crayon anak-anak saudara kau punya.  Lepas tu kau akan cat celah-celah tulisan di blog milik kau biar nampak macam blog aku yang warna warna ceria ni.

Kata orang aku, biar hati tak ceria. Asalkan blog ceria. Bila blog ceria akan dapat hati jadi ceria.
*buntu menulis….

Pagi tu lepas hujan di Kota Perdana.
Mak Bedah datang terhenjut-henjut.
Macam sakit kaki je.  Hari ni Mak Bedah ingat tak nak puasa sunat, macam selalu-selalu.  Macam mana nak puasa sebab batuk kering Mak Bedah menjadi-jadi. Kalau puasa, macam mana nak makan ubat.

Mak Bedah datang terhenjut-henjut.
Kali ni mak bedah pakai tudung bulat tau~.Tudung besar. Kalau dulu-dulu Mak Bedah lebih suka pakai selendang. Lipat-lipat sahaja kat kepala. Lepas tu siap. Bukan tudung je besar, kali Mak Bedah pakai stokin. Wallauweyh~ Mak Bedah dah jadi ustazah tu~.

Ni! Ni! Ni! Mak Bedah ketuk-ketuk meja. Macam Mak Bedah selalu buat dulu-dulu. Ni! Ni ha! Kau dah derma? Mak Bedah tanya Dolah.

Mak Bedah~. Yer pun bagi la salam. Dolah sahaja cari pasal.

Keletuk! Aduhai~macam biasa payung Mak Bedah singgah ke kepala Dolah. Mak Bedah tak senyum pun.

Ni Haaa! Jawab soalan aku! Dah derma? Mak Bedah lagi. Sambil hulur artikel tentang Palestin.

Erk!! Dolah tergamam. Derma Palestin rupanya.

Dah! Dah!Kau ambil ni. Pergi photostat! Mak Bedah hulur satu keping artikel palestin. Lepas tu edar! Mak Bedah sambung.

Photostat? Dolah tanya, sambil sapu buih teh tarik kat bibir. Buat-buat blurr, tapi memang dia blurr pun.  Mana dia tau apa-apa pasal Palestin. Dolah bukan macam remaja-remaja yang selalau pakai badge atau tampal sticker Palestin di kereta tu. Alahai Dolah~

Mak Bedah tenung mata Dolah. Sumpah! Kalau kau ditempat Dolah. Kau akan rasa mata Mak Bedah tajam macam pisau.

Tak kan photostat pun dah tak pandai~ Mak Bedah sambung lagi. Sambil acu-acu payung kat kepala Dolah.

Lepas tu edar kat kolej kau! Tau? ………..Tau tak ni?

Erk!! tau~tau~. Dolah jawab.

Mak Bedah pergi terhenjut-henjut. Hari ni Mak Bedah ingat tak nak puasa sunat, macam selalu-selalu.  Macam mana nak puasa sebab batuk kering Mak Bedah menjadi-jadi. Kalau puasa, macam mana nak makan ubat.

Tiba-tiba Mak Bedah pusing.

Kau minum apa tu? Nescafe?

Eh! Mana ada. Teh tarik la. Dolah jawab.

Bagus! Ingaaaat….Nescafe tu Nestle. Boikot tau! Mak Bedah pesan.

Hoho.Dolah lagi la blurr. Boikot apa hal pula? Mana dia tau apa-apa pasal boikot. Dolah bukan macam remaja-remaja yang selalau pakai badge atau tampal sticker boikot Israel di kereta tu. Alahai Dolah~

Mak Bedah pergi terhenjut-henjut. Hari ni Mak Bedah ingat tak nak puasa sunat, macam selalu-selalu.  Macam mana nak puasa sebab batuk kering Mak Bedah menjadi-jadi. Kalau puasa, macam mana nak makan ubat.

Mak Bedah pusing lagi. Hah? Kau tahu Dolah?

Tahu apa? tanya Dolah, dalam hati Dolah kata “apa lagi la orang tua ni~”

Barack Obama tu ha! Mak Bedah sambung. Dia nak cat White House dengan warna hitam.

Hoho. Lagi Dolah blurr.

Mak Bedah pergi terhenjut-henjut. Dicelah ketiak dicepitnya beberapa helai artikel. Kali ni mak bedah pakai tudung bulat tau~.Tudung besar. Kalau dulu-dulu Mak Bedah lebih suka pakai selendang. Lipat-lipat sahaja kat kepala. Lepas tu siap. Bukan tudung je besar, kali Mak Bedah pakai stokin. Wallauweyh~ Mak Bedah dah jadi ustazah tu~.

p/s: Kau macam Dolah ke? Alahai~

Sekarang. Antara musafir dan menulis. Aku lebih cenderung untuk bermusafir. Bila ada masa-masa terluang, dan bila ada sumber internet barulah aku akan menulis. Tu pun kalau rajin lah. Kalau tak, aku akan terus bermusafir dalam dunia maya.

Masa-masa macam sekarang, tentulah semuanya hangat tentang berita-berita saudara kita dari Palestin.

Disini aku nak kongsi dengan beberapa artikel yang kau orang boleh baca dan fikir.

LINTASLANSUNG:

Selain Palestin, dimana lagi saudara kita merana?Klik artikel-artikel dibawah…

Kat mana lagi kita perlu tahu?

CHINA: Kebebasan Beragama dan Isu Terorisme di Xinjiang

China Xinjiang: Diskriminasi dan Kesempatan Orang-orang Uighur

XinJiang,perlukan peduli dunia!!

Yang ini berkaitan isu boikot dan demonstrasi.

Adakah Boikot dan Demonstrasi Sunnah?

LATEST!! Demonstarasi dan Boikot: Jawapan Kepada Yang Membantah

Semoga bermanfaat!!Wallauweyhh…

Waaa....

Hee….Malu la…
Aku tukar template baru. Malu tauuu..Mesti kau kata lawa kan!! Eley..eley..tak
ngaku la tu…Mula-mula pilih yang simple, tapi nanti orang kata aku orang tak pandai menilai seni. Tapi yang ni pun lawa kan…
Alaa…
Jangan la puji lebih-lebih. Pipi aku dah merah tau…
Kau niiii……

Minggu ni macam banyak program tau. Minggu -minggu lepas pun sebenarnya.
Esok pagi sepatutnya ke Mutiara Resort. Ada Malam Penghargaan Khidmat Masyarakat
yang aku dan rakyat-rakyat Kota Perdana pernah pergi dulu. Dari pagi sampai la
malam. Sekejap je, tak la lama sangat. Fuh..tapi mestilah penat nanti.
Bagusnya
malangnya aku tak dapat pergi. Pertamanya SiNap tak ikut. Dia
balik kampung. Kasihan dia tau….erm..tak boleh la bagi tahu sebabnya, nantilah.
Keduanya aku ada program kitab-kitab malam ni, pagi dan malam esok. Ketiganya,
memang aku malas pergi. Haha… tak kisah la SiNap ada ke….ada program
kitab-kitab ke…..ataupun malam tu dihadiri artis-artis dari langit.

Tadi. Lepas Jumaat, ada kempen memboikot Belanda. Ramai juga orang bagi nama
dan tandatangan. Maknanya ramai juga la pelajar Muslim yang sedar. Tak lagi
dengan sikap TAK PEDULISME. Kalau tak, asyik sibuk dengan Akademi Plastik, tak
pun dengan isu-isu dan kerja-kerja sendiri.

HamidMan yang selalu jual CD cetak rompak tu pun tandatangan. Lepas tu masa
nak ambil motor keluar dari parkir, dia bagi tahu aku, “harap-harap aku menang
pertandingan tandatangan ni”. Alahai. Ketuk baru tau. Biarlah siapa pun mereka, janji mereka tahu dan faham kenapa mereka menurunkan tandatangan.

SufiMan lagi best. Dia kata dia tak tandatangan pun. Dia lukis spongebob. Seorang lagi nak kena ketuk. Ketuk betul-betul baru tau.

Hah!!!! mesti nak tau kan. Atas tu. Nak tahu cuba la klik. Bukan apa. Semalam. Tak tahu nak buat apa. Selak-selak gambar. Teringin pula rasa nak kongsi. Selain gambar tu, ada banyak lagi yang aku baru upload. Lawat ya, tinggal komennya sekali tau.

LINTASLANSUNG:
Jom Sertai Kami

Osman bangun meninggalkan secawan kopi separa panas di meja. Mana taknya. Baru sahaja nak buka bisnes, dah kena gelak. Mana Osman tahan kena gelak. Osman pun bukannya pakar-pakar jualan lansung yang tahan sabar dan pandai susun ayat bunga-bunga. Malah tak pernah pun Osman hadir kursus-kursus perniagaan.

Tadi.

……………………………………………………………………………………………

Osman bukanlah macam lelaki-lelaki biasa yang tak kisah memakai tali leher pink atau seluar belang-belang walaupun kemeja warna hijau pekat. Setiap pemakaiannya dijaga rapi. Dibilik, boleh kata setiap kain pelikat kena ada baju melayu sendiri, warna pun kenalah matching. Setiap tali leher, ada kemeja tertentu sahaja yang boleh dipakai bersama. Fuuuyyyyoo…

Macam sekarang, dia sembang-sebang pasal macam mana dia jaga muka. Osman kata zaman sekarang tak perlu habis duit banyak-banyak atau banyak-banyak habis duit. Macam dia habiskan duit dulu-dulu. Masa-masa cara baru belum ada. Masa Dato’ tu belum ajar cara baru. Sekarang dah ada cara baru.

Tak perlu lagi guna botox, setakat krim-krim muka dah tak main la. Osman kata.
Haha…kawan yang minum semeja dengan Osman gelak.

Walaupun sejak tadi dia diketawakan, Osman masih tak kisah.
Dia tetap pertahankan pendapatnya.

Korang buta ke? Osman keluar hujah. Hey! Heyy! Kalau tak berkesan , takkanlah Dato’ tu guna cara aku. Dah! Dah!. Beli ni hah. Gerenti muka licin. Pujuk Osman.

…………………………………………………………………………………………..

Osman bukanlah pakar-pakar jualan lansung yang tahan sabar dan pandai susun ayat bunga-bunga. Malah tak pernah pun Osman hadir kursus-kursus perniagaan. Sebab tu la dia fikir, kalau statement yang Dato’ tu keluarkan sudah cukup untuk membuatkan jualan tempenya laku.

Osman bangun terus meninggalkan secawan kopi separa panas di meja. Mana taknya. Baru sahaja nak buka bisnes, dah kena gelak Mana bleyyy!!!!!

TULIS

Posted: January 16, 2008 in bosan, personal, sahabat, tips

Kadang-kadang aku tak la setuju sangat dengan Ayie. Tapi cuma kadang-kadang. Macam selalunya, banyak idea dia yang aku suka. Dan orang lain juga suka. Macam dulu dulu, dia pernah kata dia tak suka tulis tentang diri sendiri dalam blog. Sebabnya nanti tak ramai yang komen. Sebabnya tak ramai yang tahu tentang diri dia.

Tapi aku pula kata, aku suka tulis apa-apa saja. Tak kisah tentang diri sendiri ke, orang lain ke, tentang keluarga ke, tentang menteri yang macam pramugara yang buat DVD tu ke, tentang artis yang nyanyi buka baju tu ke, tentang pasangan kekasih yang mengambil kesempatan keatas pasangannya yang satu lagi disaat pasangannya tak sembahyang tu ke, ataupun pasal penyapu. Dan tak kisah kalau orang komen atau tak. Pasal komen tu belakang cerita. Sebabnya memang aku suka menulis…aaa…menaip.

Sampai sekarang Ayie masih dengan kata-kata dia yang dulu tu.

Semalam dia tanya aku dengan nada sinis. Dah tak suka menulis ke? Ayie perli aku. Dah berhabuk blog kau aku tengok.

Aku juga masih dengan kata-kata aku yang dulu tu. Tapi kalau aku tak menulis bukanlah bermaksud aku tak suka menulis. Ataupun aku dalam keadaan tak berapa suka(happy). Tapi ada la sebab-sebab lain yang memaksa aku untuk tidak menulis. Tak pun, mungkin aku sedang buat benda lain yang aku suka.

Tapi macam aku kata…aaa…..taip kat atas tadi. Banyak juga idea Ayie yang aku suka. Contohnya dia kata tampilkan diri yang sebenar bila menulis. Jangan berlakon. Tulis apa yang benar-benar belaka.

Dia pun ada pesan. Buat apa yang kita suka. Jangan ikut-ikut orang. Haha…Ayie! sekarang aku sedang amalkan apa yang kau ajarkan. Buat apa yang kita suka, jang ikut-ikut orang.

Haha..Kadang-kadang aku tak la setuju sangat dengan Ayie. Tapi cuma kadang-kadang.

PENYAPU

Posted: November 17, 2007 in bosan, cereka, isu semasa, kontroversi

Hari ni Cikgu Latifah membebel lagi. Pasal penyapu yang baru tiga hari dibeli untuk kelasnya rosak lagi.
Asyik-asyik rosak. Asyik-asyik rosak. Cikgu Latifah membebel.

Ahmad! Kamu ketua kelas sepatutnya jaga penyapu yang saya beli. Cikgu Latifah salahkan Ahmad.

Kalau macam ni la prestasi kamu semua. Saya tak belikan kamu penyapu lagi. Bersih guna tangan. Ugut Cikgu Latifah. Tak faham saya, semakin lama,semakin menurun prestasi displin kamu .

Eleh..kelas bersih pun hadiah penyapu. Ahmad menjawab. Kelas kotor pun hadiah penyapu. Cikgu!! Penyapu untuk golongan yang prestasi tak memberangsangkan je la!! Ingat kami anak Selangor ke?

Ohh…menjawab!! Dah tu kalau bukan penyapu, saya nak belikan apa untuk bersihkan kelas? Telinga Ahmad dipiat.

Tengah hari tu. Baju Ahmad basah-basah sebab peluh. Dia kena berdiri diluar kelas.

Tegur sikit berdiri kat luar. Tegur sikit berdiri kat luar. Rengus Ahmad sambil sesekali mengelap peluh meleleh di pipi. Tak boleh beri pendapat lansung.

 

 

 

 

 

 

 

LINTAS LANSUNG:

Anugerah Penyapu Tidak Wajar
Selangor perkenal VSS, bersara awal ganti anugerah penyapu