MAK CIK LEHA JANDA: Sejadah Mak dah pandai berdiri, tak lama lagi mesti pandai jalan.

Posted: October 29, 2009 in bosan, cereka, isu semasa, ukhwah

Entry kali ni bukanlah mesra pembaca. Panjang nak mati.

Kilang maruku kita dah maju. Dah ramai yang suka makan maruku kita. Dah ramai juga yang bekerja di kilang maruku kita tu. Tapi dalam kemajuan tu macam ada cacat cela sikit. Biasa la tu kan. Tapi bagi Mak Cik Leha Janda, ada seperti sesuatu yang tak kena dengan kilang maruku yang dimiliki bersama Persatuan Wanita Kampung Selatan.

Pagi tu, Mak Cik Leha Janda tak kira. Macam mana pun dia kena luahkan juga.

Aku tak kira!! Kata Mak Cik leha Janda.

Aku nak diorang tahu yang perjuangan kita adalah nak bagi maruku ni laku. Dapat untung! Tak kisah la orang kenal ke tak kilang kita tu! Ini tak,asyik-asyik sibuk dengan kerja-kerja yang tak membuahkan amal. Ececece…Mak Cik Leha meluahkan rasa.

Kisahnya. Sekarang dah pecah-pecah.

Dulu semua  macam satu kumpulan besar yang bekerja membuat maruku. Sekarang. Ada kumpulan yang pom pang pom pang pom pang pom pang cakap pasal kepentingan kilang dan kepentingan menjadi pekerja kilang yang baik. Tapi haram, puak-puak ni lansung tak tahu nak buat maruku. Ada satu group ni sibuk dengan kursus-kursus membina pekerja berkualiti kononnya. Dah tentulah Osman Ayam  sebagai ketua. Kalau siapa tak kenal Osman Ayam kat Kampung Selatan ni silap la. Dia memang hebat dengan teori dan fakta-fakta dari buku-buku motivasi menjadi pekerja berkualiti.

Masih lagi menyokong perjuangan memajukan pengusahaan maruku,  Karim sekepala dengan  Mak Cik Leha Janda, katanya kilang tu hanyalah tempat nak mudahkan kerja kita. Kalau tak ada kilang tu? Karim bertanya. Adakah bermaksud kita kena hentikan perniangaan maruku kita ni? Hah! Jawab! Jawab! Luah Karim dalam satu meeting satu masa dulu. Dah tentu jawapannya tak!! Kita mesti teruskan kerja membuat maruku ni, sebab ni memang kerja kita. Karim menambah.

Cuma bezanya Karim dan Mak Cik Leha Janda adalah, Mak Cik Leha bekerja dan terlibat secara lansung dengan kilang. Tapi Karim tak. Dia jual maruku sendiri-sendiri. Bekerja pun dengan orang-orang dia sahaja. Cumanya yang tak best bagi Mak Cik Leha Janda dengan Karim ni adalah sifatnya yang mudah sangat mencari kelemahan gerak kerja membuat maruku dalam kilang tu. Tapi dia tak bagi idea pun. Padahal dulu dia dapat resepi nak buat maruku pun dari kilang tu lah. Kalau diminta untuk bekerja dalam kilang. Karim akan kata dia cuma akan tengok-tengok orangnya dihujung kampung. Kami pun buat maruku juga. Karim kata.

……………………………..

Suasana tengahari tu selesa sangat. Panas sangat pun tak. Hujan sangat pun tak. Mak Cik Leha Janda langkah laju laju menuju ke kilang. Sambil dikilang, Mak Cik Susila, Mak Cik Rabiah ,  Datin Masrobi, Pak Cik Suhai Sepet dan beberapa orang lagi yang terlalu asyik dengan kemajuan kilang tapi tak berapa pasti kemana tujuan nak bawa maruku mereka sedang sibuk bekerja. Uli-uli tepung. Gaul-gaul perencah. Yang penting Osman Ayam  mestilah ada sekali dalam kilang tu.

Kedegaaaang! Tiba-tiba pintu kilang terbuka pantas. Berdiri Mak Cik Leha Janda didepan pintu.

Hah! Hari ni aku nak bagi tahu kau orang semua. Mak Cik Leha mula berucap. Jari telunjuk menekan-nekan daun pintu. Dengar sini! Aku nak kau orang faham. Perjuangan kita adalah nak bagi semua orang rasa maruku kita. Sedap dengan maruku kita. Kampung kita dah gersang dari maruku yang sedap-sedap. Ni tak! Kita hanya sibuk dengan kerja-kerja selain tu. Sibuk dengan nak besarkan kilang. Sibuk dengan nak tukar hiasan dalam kilang. Semua tu tak salah kalau kita semakin maju dalam proses buat maruku. Ni tak.

Mak Cik Leha janda menapak setapak dua ke depan. Ni ha! Ni ha! Tepung ni salah ni. Kata Mak Cik Leha sambil meangkat satu plastik tepung yang dah kosong dari lantai.Kita bukan guna tepung ni! Kau orang sudah menyeleweng. Tak ikut resepi yang asal. Mak Cik Leha semakin marah. Kalau resepi pun salah, besarkan kilang pun tak guna.

Mak Cik Leha janda nak teruskan syarahan, tapi dia dah rasa tak perlu. Buang karang je marah-marah. Mak Cik Leha nak pindah kampung. Cari jalan sendiri. Dia nak join kilang lain katanya. Mak Cik Leha berlalu dari kilang.

Senyap. Semua saling pandang memandang.

*

*

*

Gedegaaaang!! Bunyi dari jalan raya. Mak Cik Leha! Mak Cik Leha! Kedengaran orang menjerit. Mak Cik Leha Janda dilanggar lori. Mak Cik Leha Janda mati syahid.

Habis.

Kilang maruku Mak Cik Leha dah maju. Dah ramai yang suka makan maruku Mak Cik Leha. Dah ramai juga yang bekerja di kilang maruku Mak Cik Leha tu. Tapi dalam kemajuan tu macam ada cacat cela sikit. Biasa la tu kan. Tapi bagi Mak Cik Leha Janda, ada seperti sesuatu yang tak kena dengan kilang maruku yang dimiliki bersama Persatuan Wanita Kampung Selatan.

p/s: Mak Cik Leha Janda tak sempat pergi SC. Keh..keh..keh..

Advertisements
Comments
  1. ..... says:

    menarik cter ni… mcm situasi kat…….

    • msaa says:

      Who’s “…..” ? not me…

      Anyway, a good narrated analysis for part of that drama. But still need a wider analysis. Maybe you need a few more perspectives.*

      *xpandai lah pakcik nak komen teater nih.. pakcik orang biasa je..

    • musafir87 says:

      …..: boleh difilemkan?

      • msaa says:

        Boleh, tapi mungkin dengan beberapa penambahbaikan. try to review back the storyline and as mentioned ealier, try to take consideration from a few perspectives. Maybe you can try sembang-sembang with a few people and get their opinion..

        Maju filem untuk.. erk.. apa ye?

        *xpandai lah pakcik nak komen.. pakcik orang biasa je..

  2. musafir87 says:

    @msaa:argh….kalau tanya semua orang mesti la tak setuju MakCik Leha pilih kilang lain…

  3. ummi khairunnisa says:

    alahai..br jer nk smpi klimaks,nk amk feel, tiba-tiba dh ending plk..citer dh sedap dh, sesedap maruku tu la kot..tp kalu di touch up lg, mesti lg enak kot..de bakat dh tu.

  4. mashizaki says:

    Makcik Leha pandai buat maruku, jelas dengan tujuannya, dan tahu resipinya… Tapi dia ada doa-doa tak supaya orang lain faham? Orang lain jelas?

    Kadang-kadang ramai yang bergantung pada skill yang ada kat orang tu, tapi mereka lupa sebenarnya yang menentukan semua tu bukan makcik Leha.

    Makcik Leha nak kena banyak-banyak doa dan banyak berbincang dengan orang. Makcik Leha takleh terus putus asa dan tiba-tiba tinggalkan bisnes.

    Bak kata p.a.k.c.i.k. msaa, mungkin jalan cerita perlu dilihat dari perspektif lain.

    Wallaweyh~!

    • musafir87 says:

      @mashi:haha..kelakar giler komen, seirus macam betul, dah kena masukkan semua scene…..haha..masukkan secene doa, so baru orang tahu MakCik Leha berdoa.

      *mamat khalid buat filem zombie kampung pisang, then orang bukan main kritik dan komen…last-last dia kata memang la, filem ni ditujukan bukan untuk orang yang memberi komen tu..memang la diorang tak setuju dengan filem tu…

      No more wallaweyh….now, Ecececece….

  5. ... says:

    bleh difilemkan untuk tarbiyah

  6. musafir87 says:

    @….: teringin membikin filem pendek

  7. 'asim says:

    Hahahaha~ sang musafir…lawak la cerita nta nie…menarik…huhu~

  8. […] MAK CIK LEHA JANDA: Sejadah Mak dah pandai berdiri, tak lama lagi mesti pandai jalan. October 2009 13 comments 4 […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s