Archive for the ‘personal’ Category

Bukan nak kata sibuk. Serius! Tapi anak anak yang sudah membesar, gaji yang tak seberapa, fikiran yang bercelaru, hamster yang mandul, jualan ice blended yang merudum rugi, jiran sebelah rumah gaduh pasal parking dan banyak lagi masalah-masalah lain membuatkan aku tak sempat update.  Serius!

Dalam keadaan aku tak pasti nak update apa dalam blog ni dan lansung tiada idea. Tiba tiba wordpress membantu dengan memberikan data data dibawah untuk aku kongsikan. Sangat membantu. Serius!

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads This blog is doing awesome!. Agak menipu juga kot. Macam lansung tak awesome pun.

Pengunjung. lalalala….

Featured image

A helper monkey made this abstract painting, inspired by your stats.

A Boeing 747-400 passenger jet can hold 416 passengers. This blog was viewed about 2,900 times in 2010. That’s about 7 full 747s.

Dalam tahun 2010, aku hanya sempat masukkan 5 entry sahaja, sangat membantu dalam memberi sumbangan untuk aku genapkan semua entry aku kepada angka 60 tepat.

Sepanjang 2010, hari yang paling banyak orang view blog aku ni adalah pada 18 Oktober 2010, sebanyak 63 views(waaa…’banyak’ giler..buat malu je..haha). Pada hari yang bersejarah tu, ramai sangat yang baca entry aku yang ni.  CAFE NOOR PULAI UTAMA: Er..kak, sambal belacan dan sup kosong jangan lupa ya..

Top referring website?

Ni la laman laman web yang dimaksudkan..Nak aku ucap terima kasih ke?Haha…

1. atmkeikan.blogspot.com
2. guruji.com
3. mail.yahoo.com
3. search.conduit.com
4. google.com.my.

Lorr…selain tu, ramai juga yang datang blog aku ni sebab nak mencari sesuatu. Ni adalah diantara keyword yang orang orang tu cari; main makcik, kisah-kisah cinta, makcik leha, sajak duka, and sajak palestine.

Attractions in 2010. Huhu…

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

1

CAFE NOOR PULAI UTAMA: Er..kak, sambal belacan dan sup kosong jangan lupa ya. October 2010
4 comments

2

GULI-GULI RACUN: Mak Cik Leha Janda October 2009
11 comments

3

MAK CIK LEHA JANDA: Sejadah Mak dah pandai berdiri, tak lama lagi mesti pandai jalan. October 2009
13 comments

4

SAJAK-SAJAK DUKA LARA January 2008
8 comments

5

KISAH-KISAH CINTA DUKA January 2008
13 comments

Advertisements

Johan kayuh basikal laju-laju. Kali ni je Johan lambat sikit. Sebelum-sebelum ni, belum lagi Gemuk, Napi, Hafzi, Suid, Shidi sampai, Johan mesti dah sampai. Kalau Hafzi bawa sebotol guli, habis Johan sapu bersih. Kalau Suid bawa guli satu tin milo, habis Johan kalahkan.

Johan tak kira dah dengan peluh-peluh muda didahi tu, meleleh-leleh mengikut  hujung-hujung rambut. Tapi hari tu tak lah panas sangat. Selesa dan nyaman. Nak kata panas sangat pun tak. Sejuk sangat pun tak.  Ditengah jalan. Johan nampak seorang wanita tua berjalan bertentangan arah. Langkah laju-laju pula tu.

Oh~Mak Cik Leha janda rupanya.  Setelah beberapa depa jarak menghampiri Mak Cik Leha,Johan tegur. Acik Leha! Nak gi mana tu? Laju bukan main. Johan tanya.  Mak Cik leha janda tak layan pun. Mak Cik Leha  Janda terus langkah laju-laju. Alah, satu kampung dah tahu, kalau tak ke kebun mesti Mak Cik Leha ke kilang maruku Kampung Selatan. Tapi tak kan tengah hari macam ni. Johan cuba menganalisis, tapi tak penting pun. Yang penting dia kena sampai awal ke tempat pertarungan guli.

…………………………

Lambat gila hang Johan! Ingat takut dah nak lawan kami. Hafzi terus tegur Johan. Johan belum lagi turun dari basikal. Belah la. Tengok la guli aku bawa ni. Baru ni. Johan balas, dengan bangga macam selalu-selalu. Johan terus keluarkan guli dari plastik. Jom! Jom! Jom main. Mula! Mula jom! Johan kata, dah betul-betul tak sabar dah.

Di tengah-tengah permainan. Azri, seorang yang menjadi pemerhati tetap setiap permainan. Boleh kata hari-hari dia mesti ada. Cuma yang peliknya, Azri tak pernah pun nak main sekali. Tapi ada satu perkara yang selalu Azri ni lakukan. Batu api. Azri tak habis melaga-lagakan  Johan dan yang lain. Padahal Johan dan yang lain ok je. Mereka akrab. Cuma kadang-kadang bermain dan nak  merebut kemenangan tu biasa la kalau gaduh sikit-sikit.

Hari ni Azri dengan modal yang baru, dia cuba bagi tahu Hafzi, Shidi dan Suid yang Johan ni cuba main tipu. Nak menang cepat. Kata Azri, sebab tu Johan ni selalu menang.

Nasib Azri hari ni baik. Semua hasutan dia mengena. Sampai Hafzi dan Johan siap bertekak. Tarik-tarik baju. Dah siap tumbuk-menumbuk dah. Azri bangga, seronok gila dia tengok budak-budak tu bertekak. Johan, Hafzi, Suid yang asalnya mempunyai matlamat yang sama; menang main guli dan jadi bergaduh-gaduh. Dan puncanya dari orang luar. Yang tak ada lansung kaitan dengan permainan. Ish. Ish. Ish.

Sekali lagi hang cakap aku main tipu, aku baling guli hang kat jalan. Berani?! Cakap lar?! Bentak Johan.

Si Hafzi pula bukan jenis boleh dicabar. Nak cakap la ni!! Hafzi balas balik. Joo Haan memang main tiipuu!

Apa lagi. Johan terus ambil botol Hafzi yang penuh guli tu dan dibaling ke tengah jalan. Botol berkecai dan guli berterabur keluar. Hafzi cuba meluru untuk selamatkan gulinya yang dah berterabur tu. Tiba-tiba. PooOOooonnnn!! Lori besar datang dari arah barat menghala kea rah Hafzi. Dan sipi sipi lagi nak langgat Hafzi. Namun lori tersebut sempat mengelak. Meluru ketepi jalan. Hafzi selamat walau dengan keadaan penuh terkejut. Malangnya , lori  tu gagal dikawal dan melanggar seorang wanita tua  yang sedang berjalan. Berjalan laju-laju.

Mak Cik Leha! Mak Cik leha! Mak Cik Leha janda dilanggar lori! Hafzi jerit sekuat hati. Dalam terkejut.

Suid, Gemuk, Napi , Shidi dan Johan terkesima.

Cuma Azri sudah hilang. Guli-guli milik semua orang juga hilang. Azri larikan.

p/s: Mak Cik Leha Janda tak sempat pergi SC. Keh..keh..keh..Azri? Memang dia tak nak pergi. tak dijemput pun.

RILEKS LaaaAAA!!

Posted: September 5, 2009 in isu semasa, kitab-kitab, personal, sahabat, ukhwah

Habislah. Kalau kau terlalu nak yang lengkap je semua. Ideal je semua. Serius kau akan tension. Biasalah. Dalam kelebihan-kelebihan yang ada, akan disulami dengan kekurangan. Ianya bersifat mendidik. Agar nanti kita tak lah terlalu berbangga, gembira,berpuas hati, tanpa disulami syukur.

Menuju yang ideal itu perlu. Tapi kenalah ingat juga, disepanjang jalan nak cari yang ideal tu, kita akan menempuh dulu halangan-halangan. Kalau nak mencuci tandas ibaratnya, perlu ditempuh dulu bau-bau kurang enak, kekotoran jilik…..bersih sikit-sikit. Then, akhirnya bersih.

So, dalam kau ‘bekerja’.  Jangan peliklah kalau bukan semua anak usrah kau menjadi. Bukan semua yang dijemput meletak kepentingan kepada jemputan. Bukan semua yang memberi tumpuan dan menyalin ketika usrah. Bukan semua gembira disaat kau berkumpul. Bukan semua sedia untuk bekerja. Bukan semua meletakkan kau sebagai rujukan dan tempat lapor. Apa anda rasa?????  Rileks la…..

* Post kali ini juga bukanlah post yang mesra pembaca. Tapi bukan bermaksud  aku sudah tidak mesra seperti jejaka-jejaka hebat diluar sana. Aku masih lagi begitu, cuma jari aku lebih suka menulis beberapa ketika ini. Nada tulisan kali ini mungkin mengelikan hati mana-mana pihak atau mungkin menyebakan kalian mengatakan aku poyosss….hehe. Tapi ketahuilah bahawa ini adalah blog musafirmenulis, bukan kalianmenulis….so…biarkanlah aku terus menulis.

Berat!

Dan kadang-kadang aku gagal melakukannya. Bila difikir-fikirkan, aku rasa amat-amat takut. Mungkinkah diri aku yang lemah dan banyak dosa ni yang menyebabkan mereka sukar berubah.

Sifat-sifat mazmumah yang masih ada sisa-sisanya dalam diri ni terasa seolah-olah hijab untuk aku menerima kejayaan dalam kerja-kerja yang berat macam yang aku lakukan sekarang. Bukan tak pernah untuk aku berusaha, namun bila berdepan dengan situasi genting, tak semena-mena aku gagal mengawal diri. Mudah marah, bersangka buruk, sukar memaafkan dan banyak lagi perkara-perkara yang sepatutnya aku dah buang jauh-jauh sebelum aku menjadi Walid/Al Ab/Al Umm, Syeikh, Ustaz/Muallim, dan Qaid.

Teringat perbincangan malam tu. Tentang ujian dalam dakwah.  Sebenarnya, kita belum lagi bertemu dengan ujian yang sebenar-benarnya ujian dalam medan dakwah ni. Ujian yang dilalui sekarang hanyalah ujian-ujian duniawi ataupun ujian-ujian yang datang dari diri kita. Malas la. Masa tak cukup la. Penat la. Nak rehat la. Ada kerja lain la. Padahal kerja dakwah yang sebenarnya dilakukan tak lah sehebat mana pun. Belum cukup untuk menuntut masa rehat. Apatah lagi nak kata diri dah penat.

Ayahkah aku?

Berbalik pada koreksi diri. Untuk menjadi murobbi yang mempunyai ciri-ciri Walid/Al Ab/Al Umm, aku berfikir panjang. Adakah aku dah lakukan semua ni. Seorang ayah yang sepatutnya memantau anak-anaknya, yang merasa sakit ketika anaknya sakit, yang merasa gembira tatkala anaknya gembira, yang menjanjikan bantuan dalam apa jua keadaan, yang merasa runsing dengan amal anak-anaknya, yang ingin memastikan anaknya sentiasa dalam kemantapan iman, memastikan anaknya sentiasa dalam kebahagian dan banyak lagi tugas-tugas berat.

Maaf adik-adik yang amat-amat abang sayangi. Kadang-kadang abang terlepas pandang. Tidak dapat abang bantu dalam keadaan kalian memerlukan. Apatah lagi nak merasa susah tatkala kalin susah. Namun bukanlah abang bermaksud mahu melepaskan tanggungjawab, cuma kelemahan dalam diri menyebabkan ianya tak telaksana. Kadang-kadang bantuan yang kecil-kecil seperti mahu meminjam kereta, masalah kewangan, dan banyak lagi masalah lain abang tak mampu berikan. Maaf!

AlhamduliLlah, bagi yang sudi berterus terang. Abang tidak menyalahkan kalian, malah dengan cara itulah abang dapat baiki diri. Seperti mana abang sering menasihati mahukan adik-adik berubah dan mengislahkan diri, begitulah jugalah harapan agar abang juga dibetulkan sekiranya diri abang melakukan kesilapan.

Abang gagal menghadirkan diri  dan berada ditempat kalian pada saat-saat tertentu. Maaf sekiranya abang tidak menerima alasan-alasan yang diberikan ketika kalian tidak berkesempatan untuk bersama-sama dalam sesuatu program. Percayalah, ianya disebabkan abang mahukan perubahan dalam diri kalian. Bukan niat untuk memaksa. Tapi seperti yang selalu kita ulang-ulang, jalan ini perlukan pengorbanan. Bukan sedikit masa, bukan setitik peluh, bukan sedikit ruang dalam fikiran yang perlu kita luangkan.

Namun, mungkin abang hanya mengajak dan kadang kala mungkin memaksa tanpa melihat masalah-masalah yang mungkin kalian hadapai. jauh sekali untuk turut sama merasa susahnya berada ditempat kalin. InsyaALlah, akan kucuba. Terima kasih sekali lagi kepada yang berterus terang.

Syeikh, lagilah berat.

Mempunyai rohani yang bersih. Iman yang kuat. Ruhiyyah yang terpelihara.
Adakah aku sudah laksanakannya kepada kalian, sedangkan semuanya akan dipersoalkan nanti keatas bahu ini. Cukupkah sekadar kita setkan amal-amal harian pada setiap minggu, tanpa aku sendiri bersama mengajak kalian mengamalkannya. Cukupkah sekadar hanya bertanya pada setiap kali perjumpaan tanpa aku meluangkan masa untuk bersama-sama  beramal bersama kalian.

Bukankah sebelum aku mengajak, aku juga perlu memantapkan diri, memastikan iman aku juga sihat, akhlak aku juga sihat, dan peribadi aku juga sihat.


Ustaz/Muallim

Aku cuba berikan yang terbaik, akan aku cuba berikan apa yang termampu. Tapi maaf, ianya juga seakan gagal. Dalam keadaan keluarga-keluarga lain giat berkongsi ilmu. Aku sekadar melihat dan tidak berusaha menambah ilmu diri agar lebih banyak dapatku luahkan. Bukan sedikit soalan-soalan yang aku gagalkan selesaikan. Namun percayalah, selagi termampu dan berdaya akan aku teruskan usaha murni ini. Ingin juga aku melihat kalian selepas ini juga melakukan tugas yang sama. Membawa keluarga-keluarga sendiri. Membuat perubahan-perubahan kecil atau besar.


Qaid

Memimpin dengan memberi tauladan. Haahh…sekali lagi aku rasa amat gagal. Pemimpin yang baik adalah yang mampu memimpin diri sendiri. Sekali lagi terima kasih kepada yang berterus terang dan memberi nasihat. Aku sepatutnya memimpin kalian untuk berjalan dijalan ini. Bagaimana, dengan apa, caranya, syaratnya perlulah aku berikan.

Adik-adik. Atas kelemahan diri abang, mungkin banyak benda yang tak dapat terlaksana yang sedikit sebanyak merosakkan semangat dan tumpuan kalian. Marah abanga bukan bermaksud kalian dibenci. Kegagalan membantu bukan bermaksud kalian mahu diabaikan. Tidak bersama bukan bermaksud bosan. InsyaAllah, hati kita dihubungkan dengan fikrah, akidah, tujuan, niat dan matlamat yang satu. Ikhlas dari yang ingin melihat perubahan.

*Terima kasih pada insan yang mengirimkan email yang mencetuskan aku untuk menulis perkara ini.

Kami bukan tak ada strategi, tapi kami bermain secara amal jama`ie. Bola ke atas semua naik atas. Bola ke bawah semua ke bawah. Kalau kami nak menang tu boleh sangat. Ahaks!! Kami juga bukan tak nak menang, tapi kami nak apply konsep ithar dalam kehidupan sebagai seorang pemain futsal beriman. Ha ha ha ha. Maklumlah la kan~ Kami ni bukannya macam remaja-remaja lain yang suka bawa motor laju-laju bila bila jalan kampung dah lengang. Kami ni remaja-remaja yang suka baca kitab-kitab tau. Wallawei!

0041

Ayob jadi keeper masa tu. Sikit-sikit membebel. Sikit-sikit membebel.

Woi!! Pengulas duduk luar padang la!~ aku kata. Dah malas sangat nak dengar dia membebel, so ubatnya kena la sound sikit.

Dalam banyak-banyak team. Ada satu team yang pemainnya sangatlah muda-muda. Tapi tak la muda mana. Kami pun muda apa?  Eeeeuuuww.

Dan yang best, kami telah memberi peluang kepada team yang muda-muda ni untuk menang. Bukan apa. Macam kami cakap tadi. Kami ni kan pemain futsal yang beriman, bila lagi nak amalkan konsep ithar. Ha ha..

Yang penting. Lepas ni kau jangan gatal-gatal nak tulis komen yang kami amalkan konsep ithar yang salah. Terus kami akan delete(Dengan Lebih Tenang).Haha..

Hah! Dan kau yang tak tahu ithar tu apa. Jangan segan-segan. Meh la, join kami baca kitab. Serus ni! Join kami ya. Kami akan bagi tahu apa itu ithar. Dan macam mana nak jadi pemain futsal beriman. Eeeeuuuww.

LINTASLANSUNG:
Karnival Sukan IQRA’

WARNA-WARNA CERIA SI CERIA

Posted: February 16, 2009 in bosan, isu semasa, personal

Fuhhh~

Kau mesti jeles kan….kan?..kan?
Lepas ni komfem kau akan cari warna-warna crayon anak-anak saudara kau punya.  Lepas tu kau akan cat celah-celah tulisan di blog milik kau biar nampak macam blog aku yang warna warna ceria ni.

Kata orang aku, biar hati tak ceria. Asalkan blog ceria. Bila blog ceria akan dapat hati jadi ceria.
*buntu menulis….

Sumpah! Aku tak pernah pun ajar dia orang menipu tau! Tau! Cikgu-cikgu lain pun tak pernah. Taaaak kanlah kaaann.

Ni ha! Semalam. Dia orang hantar tugasan yang aku bagi. Minggu lepas. Complete! Semua hantar. Yang semua hantar tu baguslah kaaaan. Tapi satu je yang tak berapa best. Sebab dia orang ni bijak sangat.  Bijak-bijak anak-anak didik aku ni. Bijak menipu. Er..macam gurunya dulu kot? Kau jangan ingat aku nak serkap jarang tak menentu je. Tak apa. Tak apa. Aku tak kisah. Apa kata aku bagi bukti-bukti yang kukuh dan aku nak kau jadi hakim. Hakimilah pelajar-pelajar aku ni sama ada di orang menipu atau tak.

Bukti Satu.

Dalam satu Penghargaan, ada seorang pelajar ni tulis.

Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurnianNya, dapat saya menyiapkan semua tugasan yang diberikan dengan jayanya”

Fuhh~ sejuk hatikan, baca ayat-ayat anak-anak aku ni. Tapi yang best, pelajar ni pelajar Cina dan beragama Buddha. Sejak bila pula dia masuk Islam. Hampeh!

Bukti Dua.

Juga dalam Penghargaan, seorang pelajar ni, eh! Bukan seorang, tapi tiga. Tiga orang tau. Dah la semua ayat dalam Penghargaan dia orang ni sama. Bab tu aku tak kisah, memang kerja copy-paste ni kerja biasa. Tapi yang best, ada satu ayatnya macam ni

“ Terima kasih juga kepada guru mata pelajaran saya Puan Hasmah bt Razali diatas semua tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan”

Hampeh! Lagi sekali. Sejak bila pula nama akau Puan Hasmah bt Razali. Chinamakahaiii…..

Dah baca? Hah! Jadi hakim noooow!!

Dua hari lepas. Dalam kelas. Aku kena puji tau! Murid lelaki puji aku. Wallauuweyhh!!

Cikgu! Muka cikgu macam muka pelakon aaa..Macam Adi Putra.

Oo eh? Memang la. Cikgu ni adik Adi Putra. Aku jawab. Siap dengan muka serius tu. Percaya habis murid aku.

Perghh!! Adik Adi Putra. 

 

Semalam. Dalam makmal.

Cikgu! Cikgu pernah berlakon?

Haa! Tak pernah. Kenapa?

Ooo..ingatkan cikgu ni pelakon lelaki yang selalu keluar TV3 tu.

Adi Putra?

Ha ah! Ada kaitan ke?

Tak ada la. Iras-iras je.

Tiiiiiiipuuuu!!. Tetiba aku kena sergah dari murid laki-laki seorang tu. Yang duduk kat belakang. Belakang sekali.

Semalam cikgu cakap Adi Putra tu abang cikgu. Tiiiiiipuu!!

Alamak. Aku lupa aku mengajar murid kelas yang sama. Cuma tempat berbeza.

 

 

 

 

Semalam. Dalam makmal. Aku kena keji. Murid lelaki keji aku. Chet!!

*tepuk dahi. Tak nakkkkkk!!

Aku mula Latihan Mengajar pada 14 Julai. Doakan aku tau! Tau!

Diam! Diam! Diam! Yuni ada teka-teki ni! Yuni bagi arahan. Seisi rumah diamterus tau. Semua mata mata penghuni rumah pandang Yuni.

Ijat yang tadi tengah sedap makan bihun sup pun boleh berhenti menyuap. tengok Yuni adik bongsunya tu.

Aaa..aa….kalau Ali naik basikalll…..Yuni mula meneka, dengan nada ala-ala manja nak kena cubit. Abah!! Dengar la Yuni nak teka ni! Yuni pancing peminat.

Abah yang tadi lebih memberi perhatian kepada Buletin Utama akur dengan Yuni. Layan je la kan.

Kalau Ali naik basikal. Yuni sambung meneka. Siapa naik basikal?

Haha..teka-teki macam ni pun ada. Ijat.

Teka la kalau teror. Yuni cabar lagi.

Ali la. Tu pun susah ke? Ijat beri jawapan. Dengan confident pula tu.

Hahahaha…gelak Yuni lagi panjang. Salahhh..Bukan Ali la, tapi Ali. Hahaha

.

.

.

Ijat sambung makan bihun sup sambil buat-buat hilang pendengaran. Abah sambung melayan Buletin Utama. Sambil kadang-kadang dahi berkerut mendengar harga minyak yang makin naik.

*dah lama tak update ni. eleyh..rindu aku la tu. maaf ya. doakan ayah aku semakin baik ya.

Kau suka teka-teki?

Pernah dengar soalan macam ni…

Buah apa yang KENAPA?

Kan pelik tuu..Ni anak sedara aku punya soalan. Yang kalau kerja memberi teka-teki tu pekerjaan yang bergaji. Aku rasa dialah yang paling kaya kat dunia ni. Memang tak ada kerja lain. Dari buka mata pagi-pagi sampai la aku nak tutup balik mata untuk hari berikutnya, bertalu-talu soalan yang aku dapat.

Yang best dia akan buka soalan teka-teki tu kat semua yang ada  mendengar. Di akhir setiap soalan dia akan berpesan. Siapa yang tahu diam tau! Jangan jawab. Alahai. Dah tu sampai bila la kami semua yang mendnegar ni tak tahu jawapan melainkan dia yang bagi tahu. Sebab siapa yang tahu jawapan kena diam. Tak boleh jawab.

Ali sedang naik basikal. Siapa naik basikal?

 

Ni lagi satu soalan yang buat aku nak gigit kusyen sampai lumat. Ada juga ke soalan macam ni? aku kata dalam hati. Sambil gelak. Kalau kau nak rasa gigit kusyen sambil memerah otak. Cubalah jawab soalan-soalan tu. Jawab tau! Tau! Tau!

 

 

 

~berada dalam mode senyap beberapa ketika. maaf ya. buntu mahu menulis. tangan kaku mahu menaip. otak beku mahu memikir. kaki musafir ini sudah kuat dari jari, maka suka lagi berjalan dari menaip. hanya untuk beberapa ketika. mungkin hanya saat cuti.

 

Dia dah kandungkan kita 9 bulan tau! Tau! Tau! Susah tu. Perit.
Kalau dia mengandungkan kita hanya dua bulan sekalipun, jasa-jasa dan pengorbanan dia sudah cukup besar dan tak ternilai. Tak terhingga.

Siapa nak bayar semua tu? Siapa nak tebus?

Tapi kan. Cuba kita ingat-ingat balik. Renung dalam-dalam. Perasan tak, sekalipun dia tak pernah minta kita bayar balik kan. Tak pernah pun dia keluarkan bil untuk jumlah kewangan yang dia dah guna. Tak pernah pun dia terdetik dan berniat untuk menangih jasa dan duit kita sebagaimana yang dia buat kat kita dulu.

So? Bila dia dah tak minta dibalas, ingat senang-senang kita boleh la la la atau hu hu hu tanpa balas balik dan ingat semua jasa-jasa dia? Helllllooo~

Sahabat-sahabat sekalian. Eeewaaahh~ Dengar ni. Eh! Baca ni.

Biarlah siapa kita sekarang. Di mana kita bekerja atau belajar sekarang. Apa jawatan kita sekalipun. Sebesar mana gaji kita. Setinggi mana kita berdiri dan seluas mana pejabat kita. Tapi tanpa pengorbana dia dan doa dia. Siapalah kita?

Sama-samalah kita fikir.

Sayang Emak!!!!!