Archive for the ‘komedi’ Category

Bicara Balik Surau

Posted: January 2, 2012 in cereka, dakwah, isu semasa, kampung, komedi

Helmi mencungkil cungkil celah gigi. Saki baki daging jamuan di surau tadi masih melekat.  Lupa pula Helmi nak ambil pencungkil gigi atas gerobok dalam surau. Selalunya Helmi tak ambil satu. Tapi segenggam, buat simpanan dan spare di rumah. Hamboihh~

Tak pelik lah kalau Pak Usu pencen tentera tu asyik asyik merungut, ” Qariah surau ni memang hantu cungkil gigi ke haper? Letak sekotak habis! Letak sekotak habis!”

Jarak dari surau ke rumah Helmi tak lah jauh.  Cuma sunyi. Tapi berjalan bersama Mail dan Usop tak lah rasa sunyi sangat.

Bunyi cengkerik bertalu-talu, berselang seli bunyi heretan selipar masing masing. Srohh sreehh…sroohh srehh~

“Mail”  Tiba-tiba Usop buka mulut.

“Ape?” Mail jawab.

“Kau dengar pengumuman Pak Usu tadi?”

“Pengumuman hasil mesyuarat tu?” Mail tanya.

“Haaa”. Usop kata.

Helmi masih cungkil cungkil celah gigi. Saki baki daging jamuan di surau tadi masih melekat lagi.  Lupa pula Helmi nak ambil pencungkil gigi atas gerobok dalam surau. Selalunya Helmi tak ambil satu. Tapi segenggam. Hamboiih~

“Aku tak setuju lansung! Mana boleh Pak usu buat macam tu. Dah lama dah kita buat majlis kahwin kat masjid. Masak-masak kat masjid. Kita dah biasa. Dah selesa. Tiba-tiba nak tukar ke dewan baru tu” Luah Usop.

“Tapi dia tanya pendapat semua dulu kan? Ok la. Ramai yang setuju” Jawab Mail. “Kau datang meeting tu?” Mail tanya.

“Ish. Mesti la datang. Kau tanya Helmi. Kan Helmi? Helmi!”

“Ergh..yee” Helmi jawab, selepas keluarkan jari dari mulut.  Sebentar.

” Tapiiii, dalam meeting tu pun aku dah tak setuju.  Masjid ni besar, bila buat kenduri kat sini kita boleh tarik orang datang masjid. Kumpul ramai-ramai. Bukan sikit, ramai. Cara ni berkesan. Iiish! Aku tak faham la cara Pak Usu fikir. Dia fikir cara lama”

“Usop” Helmi panggil Usop.

“Haaa..” Usop jawab

“Kau ada angakat tangan? Bagitau pendapat kau ni? Masa keputusan tu nak dibuat, kau ada bantah?” tanya Helmi coooool~

“…..” Usop.

“Aku tengok kau senyap je masa meeting tu. Tak ada pula nak banyak cakap macam ni. Haaaa..?”

“…..” Usop.
Yessss!! Daging dari celah gigi Helmi dah tanggal. Esok helmi tak lupa lagi nak ambil pengcungkil gigi. Bukan satu. Tapi segenggam.

Bunyi cengkerik bertalu-talu, berselang seli bunyi heretan selipar masing masing. Srohh sreehh…sroohh srehh

Advertisements

_mg_5793

Setakat gosip-gosip biasa kami dah tak kisah. Abaikan je. Lagipun ini bukan kali pertama gambar kami diambil curi-curi. Bagi kami, yang penting kami bahagia. Tengoklah, baju yang kami pakai tu,kan sama tu. Ha ha ha…

LINTASLANSUNG:
Gambar-gambar menarik sekitar Karnival Sukan.

Ha ha. Tapi kau orang janganlah ambil serius. Ayat-ayat cinta kat atas tu sekadar main-main. Kau jangan salah faham. Majoritas, semuanya memakai baju yang sama, bukan kami sahaja. Dan semua yang hadir pada hari tu disuap time nak sarapan bihun. Romantik tak kami? Aeeuuu~.  Bukan tu sahaja.  Macam aku dah bagi tahu. Cinta kami bukan cinta biasa. Cinta kami atas dasar cinta kami pada Pecinta Agung. Cinta kami kerana satu cita-cita.

Tapi, walau macam mana penerangan yang aku bagi. Kau orang mesti akan gosipkan kami kan. Kan?Kan?. Ala….tak kisah. Abaikan je. Lagipun ini bukan kali pertama gambar kami diambil curi-curi. Bagi kami, yang penting kami bahagia. Tengoklah, baju yang kami pakai tu,kan sama tu. Setakat gosip-gosip biasa kami dah tak kisah.

Pagi tu lepas hujan di Kota Perdana.
Mak Bedah datang terhenjut-henjut.
Macam sakit kaki je.  Hari ni Mak Bedah ingat tak nak puasa sunat, macam selalu-selalu.  Macam mana nak puasa sebab batuk kering Mak Bedah menjadi-jadi. Kalau puasa, macam mana nak makan ubat.

Mak Bedah datang terhenjut-henjut.
Kali ni mak bedah pakai tudung bulat tau~.Tudung besar. Kalau dulu-dulu Mak Bedah lebih suka pakai selendang. Lipat-lipat sahaja kat kepala. Lepas tu siap. Bukan tudung je besar, kali Mak Bedah pakai stokin. Wallauweyh~ Mak Bedah dah jadi ustazah tu~.

Ni! Ni! Ni! Mak Bedah ketuk-ketuk meja. Macam Mak Bedah selalu buat dulu-dulu. Ni! Ni ha! Kau dah derma? Mak Bedah tanya Dolah.

Mak Bedah~. Yer pun bagi la salam. Dolah sahaja cari pasal.

Keletuk! Aduhai~macam biasa payung Mak Bedah singgah ke kepala Dolah. Mak Bedah tak senyum pun.

Ni Haaa! Jawab soalan aku! Dah derma? Mak Bedah lagi. Sambil hulur artikel tentang Palestin.

Erk!! Dolah tergamam. Derma Palestin rupanya.

Dah! Dah!Kau ambil ni. Pergi photostat! Mak Bedah hulur satu keping artikel palestin. Lepas tu edar! Mak Bedah sambung.

Photostat? Dolah tanya, sambil sapu buih teh tarik kat bibir. Buat-buat blurr, tapi memang dia blurr pun.  Mana dia tau apa-apa pasal Palestin. Dolah bukan macam remaja-remaja yang selalau pakai badge atau tampal sticker Palestin di kereta tu. Alahai Dolah~

Mak Bedah tenung mata Dolah. Sumpah! Kalau kau ditempat Dolah. Kau akan rasa mata Mak Bedah tajam macam pisau.

Tak kan photostat pun dah tak pandai~ Mak Bedah sambung lagi. Sambil acu-acu payung kat kepala Dolah.

Lepas tu edar kat kolej kau! Tau? ………..Tau tak ni?

Erk!! tau~tau~. Dolah jawab.

Mak Bedah pergi terhenjut-henjut. Hari ni Mak Bedah ingat tak nak puasa sunat, macam selalu-selalu.  Macam mana nak puasa sebab batuk kering Mak Bedah menjadi-jadi. Kalau puasa, macam mana nak makan ubat.

Tiba-tiba Mak Bedah pusing.

Kau minum apa tu? Nescafe?

Eh! Mana ada. Teh tarik la. Dolah jawab.

Bagus! Ingaaaat….Nescafe tu Nestle. Boikot tau! Mak Bedah pesan.

Hoho.Dolah lagi la blurr. Boikot apa hal pula? Mana dia tau apa-apa pasal boikot. Dolah bukan macam remaja-remaja yang selalau pakai badge atau tampal sticker boikot Israel di kereta tu. Alahai Dolah~

Mak Bedah pergi terhenjut-henjut. Hari ni Mak Bedah ingat tak nak puasa sunat, macam selalu-selalu.  Macam mana nak puasa sebab batuk kering Mak Bedah menjadi-jadi. Kalau puasa, macam mana nak makan ubat.

Mak Bedah pusing lagi. Hah? Kau tahu Dolah?

Tahu apa? tanya Dolah, dalam hati Dolah kata “apa lagi la orang tua ni~”

Barack Obama tu ha! Mak Bedah sambung. Dia nak cat White House dengan warna hitam.

Hoho. Lagi Dolah blurr.

Mak Bedah pergi terhenjut-henjut. Dicelah ketiak dicepitnya beberapa helai artikel. Kali ni mak bedah pakai tudung bulat tau~.Tudung besar. Kalau dulu-dulu Mak Bedah lebih suka pakai selendang. Lipat-lipat sahaja kat kepala. Lepas tu siap. Bukan tudung je besar, kali Mak Bedah pakai stokin. Wallauweyh~ Mak Bedah dah jadi ustazah tu~.

p/s: Kau macam Dolah ke? Alahai~

AzriMan dan YusofMan cuti hari ni. Bapa mertua bos tempat mereka kerja nak pergi umrah. Masuk kali ni, dah lima kali ayah bos pergi umrah. Kali ni ayah bos bawa isteri baru. Isteri muda. Baru lepas dapat ijazah. Umrah dengan isteri muda tuuuu….

Bila dah janji, seperti biasa AzriMan dan YusofMan jumpa di Cafe Pak Mus untuk minum macam selalu-selalu. Kebetulan kawan sekerja mereka yang seorang lagi, NabilMan pun ada kat situ. Mereka bertiga ni betul-betul rapat. Tak macam kawan-kawan zaman sekarang.

NabilMan: Eh…dua je?
YusofMan: Eh…tak der lah. Kan tiga buah bas ni. Lagi mau tanya! Ketuk Baru tau.

AzriMan senyum….

NabilMan: Dah tengok Mehnah?
AzriMan: Hah!! Mehnah! Mehnah apa?

Azriman keliru…
YusofMan: Mehnah?

YusofMan pun…
NabilMan: Ala…tu la kau orang!! Kita kena la sensitif dengan kritikan dan penghinaan terhadap agama kita. Sampai dia orang keluarkan filem kutuk agama kita pun kau orang tak tahu. Orang lain dah siap boikot-boikot tau. Hey!! Hey!! ambil tahu la sikit tentang hal semasa.

AzriMan: Yang Belanda keluarkan tu ke?
YusofMan: Yang filem pendek tu?
Nabilman: A` ah…
YusofMan: Tu Fitnaaaa laaaa…..bukan Mehnah!!

FINAL EXAM 4

Posted: November 7, 2007 in akademik, cereka, famili, komedi, personal, sastera

Baca dulu…
Final Exam 1
Final Exam 2
Final Exam 3

Kalau markah peperiksaan akhir semester ini mengambil kira kadar pelajar melayari internet ketika study week, aku rasa akulah yang paling cemerlang markahnya.

 

_______________________________________________________

 

 

Anggap esok hari peperiksaan sebenar. Barulah kita takut. Bila takut barulah rasa nak belajar.

 

SMS yang ku terima sebagai balas kepada SMS yang ku hantar kepada kakak ku atas harapan untuk mendapat tip dan kata-kata semangat agar aku berminat mengulangkaji pelajaran. So, aku cubalah praktikkan bahawa esok exam.

 

Erm..esok exam!!

Esok exam!!

Esok exam!!

Esok exam!!

Esok exam!!

Esok exam!!

Esok exam!!

Esok exam!!

Esok exam!!

 

Trett!! Trett!! Trett!!…telefon ku bergetar. Kakak ku memanggil.

Sebentar kemudian.

 

 

“Haih~lambat angkat! Tidur ke?”

“Ha..’ah”, aku. Separuh mamai.

“La..kata nak study! Exam dah tak lama kan?”

“Eh!Tak…tak…esok exam. Akak juga yang cakap kan! So, kena lah tidur awal. Nanti ngantuk”

 

 

*plup

 

 

CEK

Posted: November 4, 2007 in cereka, komedi, sastera

 

Kesibukan lalu lintas dihadapan Klinik Doktor Azri sibuk seperti biasa. Di depan Klinik Doktor Azri kelihatan beberapa ekor kucing yang baru berusia seminggu berlari-lari bergaduh sesama sendiri. Mak Cik Ros yang hari-hari memulakan perniagaan kedai keknya seawal pukul lapan pagi disebelah Klinik Doktor Azri belum lagi menunjukkan tanda-tanda ingin membuka kedai walaupun jam sudah menunjukkan pukul sepuluh setengah.

Di dalam klinik: Doktor Azri betul-betulkan tali leher saat usai memeriksa pesakit yang tumbuh bisul di belakang bahu kanan. Dia betul-betulkan posisi punggung atas kerusi yang sudah tak berapa embuk yang dibeli semenjak klinik kecilnya itu dibuka. Bingkai-bingkai spannya pun sudah sedikit koyak-koyak. Sakit tulang pelvisnya akibat terlalu lama duduk kadang-kadang memaksanya mengerutkan dahi.

 

Next!!. Masuk pesakit seterusnya bila pekerja Dr Azri, Aishah memanggil dari dalam. Aishah, satu-satunya pekerja perempuan yang dimiliki Doktor Azri memang seorang yang manis. Ramah dan sopannya dengan pelanggan membuatkan Doktor Azri terus mengajinya walaupun Aishah hanya berkelulusan SPM.

Pesakit mengambil tempat bertentang Doktor Azri.

 

Ye..sakit apa?.Dr Azri tanya sambil senyum.

 

Senyum dibalas manis. Eh!saya tak sakit doktor. Saya nak cek. Kata pesakit, Osman masih tersenyum.

Erm..memang la. Tapi saya kena tahu simtom-simtom yang encik hadapi dulu sebelum saya teruskan. Ada demam?

Doktor!! saya nak cek. Kan saya dah bagitau tadi. Saya nak cek dan saya tak sakit. Osman menjawab.

 

Errr..macam ni lah, sebelum encik diperiksa, saya kena tahu dulu apa yang encik rasa. Macam demam ke..batuk ke..sakit tekak ke..Encik faham?

Doktorrrr…kan saya dah kata saya tak sakit. Faham? Osman

Tak! Sekarang saya tak faham. Doktor menegakkan dada. Kalau encik tak sakit, encik tak perlu datang sini. Ini klinik!!…..kliiiinik…encik faham? Klinik maknanya untuk orang yang kesihatan tak baik. Saya doktor….dooooktor…dan doktor untuk periksa orang sakit. Encik faham? Azri sedikit marah.

Osman mendengar dengan tenang,pengalamannya melayan anak-anaknya yang pelbagai kerenah mengajarnya untuk bersabar. Tambah-tambah anak sulongnya yang baru ditangkap akibat dadah tu….Osman menjawab. Doktor Azri, saya kan Osman. Masakan tak kenal saya? Saya kan pekerja Doktor kat sini….saya kan penjaga kaunter kat depan tuuu. Kan semalam doktor janji nak bagi cek gaji hari ni. Mana ceknya?

 

******************************************************************************

Anak-anak kucing diluar Klinik Doktor Azri berguling-guling diatas simen. Seronok benar mereka. Sesekali kelihatan ibu kucing menjilat-jilat badan anaknya yang seronok berkelahi.

Disebelah Klinik Doktor Azri kelihatan Mak Cik Ros baru keluar dari dengan mata bengkak sebelah. sakit mata rupanya, patutlah tak buka kedai.

 

Di dalam klinik: Doktor Azri tersipu-sipu.