Archive for the ‘sahabat’ Category

Serius!

Hari ni Hairi(bukan nama sebenar) sungguh sungguh happy. Happy sungguh sungguh katanya. Tapi seorang seorang sahaja la. Hairi tak tunjuk. Hairi kata kalau boleh dia nak tulis kat status facebook dia simbol smiley banyak banyak. Haha..

Hairi dah sujud syukur dah. Lepas ni Hairi tak perlu lagi gusar bagi pihak orang lain yang sepatutnya lagi gusar. Hairi tak perlu lagi risau bagi pihak orang lain yang sepatutnya lagi risau. Hairi tak perlu lagi fikir fikir soal semua benda tu bagi pihak orang lain yang sepatutnya lagi kena fikir fikir soal semua tu.

Hairi sangat happy. Happy sangat sangat. Tak tahu macam mana nak cakap dah. AlhamduliLlah. Hairi kata, ‘walaupun aku macam tak gembira. Tapi aku gembira kooot. Dalam doa aku sebut jugak koooot nama dia koooot‘. Serius!

 

Hairi sangat happy. Happy sangat sangat. Tak tahu macam mana nak cakap dah. AlhamduliLlah. Hairi sangat happy, bagi pihak mereka. Sebab akhirnya, mereka bersatu jua.

Protected: Maafkan Aku

Posted: November 18, 2010 in kontroversi, sahabat, ukhwah

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Kreeeuuuk……Kruueeekk…Kreeeuukkk….Krrueeekk….Abang Ali asah parang. “Mah! Ambilkan tuala kecil abang atas almari tu. Kotak rokok pun” Abang Ali minta dari Kak Temah. Abang Ali tukang sembelih lembu. Kalau musim musim korban ni Abang Ali la paling sibuk. Kalah Maher Zain.

Dulu sekali pernah dia nak pencen dari kerja sembelih sembelih ni. Tapi Abang Ali kata. “Ni je la sumbangan aku kat orang kampung Zaki oiiii” jawab Abang Ali bila Zaki, driver teksi yang kerusi belakang teksinya dah koyak koyak tu tanya, bila Abang Ali nak berhenti sembelih lembu.

“Abang. Daging nanti kita buat sup?” kak temah tanya Abang Ali, sambil hulur tuala sama kotak rokok. ” Cicah sambal, euuuw”

“Euwwww” Abang Ali jawab “Tak nak. Kita bakar, cicah sambal….euuuuw”

………………………….

“….ana tengok dah lama tak baca Quran. Qiam pun macam jarang. Ana jamin kalau enta mantain istighfar 70 kali sehari. InsyaALLAH okey. Ana tau dia ikhwah juga. Jangan tertipu. Sebab kita kena ada kekuatan untuk membentuk, jika tak. Kita akan dibentuk….”

RILEKS LaaaAAA!!

Posted: September 5, 2009 in isu semasa, kitab-kitab, personal, sahabat, ukhwah

Habislah. Kalau kau terlalu nak yang lengkap je semua. Ideal je semua. Serius kau akan tension. Biasalah. Dalam kelebihan-kelebihan yang ada, akan disulami dengan kekurangan. Ianya bersifat mendidik. Agar nanti kita tak lah terlalu berbangga, gembira,berpuas hati, tanpa disulami syukur.

Menuju yang ideal itu perlu. Tapi kenalah ingat juga, disepanjang jalan nak cari yang ideal tu, kita akan menempuh dulu halangan-halangan. Kalau nak mencuci tandas ibaratnya, perlu ditempuh dulu bau-bau kurang enak, kekotoran jilik…..bersih sikit-sikit. Then, akhirnya bersih.

So, dalam kau ‘bekerja’.  Jangan peliklah kalau bukan semua anak usrah kau menjadi. Bukan semua yang dijemput meletak kepentingan kepada jemputan. Bukan semua yang memberi tumpuan dan menyalin ketika usrah. Bukan semua gembira disaat kau berkumpul. Bukan semua sedia untuk bekerja. Bukan semua meletakkan kau sebagai rujukan dan tempat lapor. Apa anda rasa?????  Rileks la…..

* Post kali ini juga bukanlah post yang mesra pembaca. Tapi bukan bermaksud  aku sudah tidak mesra seperti jejaka-jejaka hebat diluar sana. Aku masih lagi begitu, cuma jari aku lebih suka menulis beberapa ketika ini. Nada tulisan kali ini mungkin mengelikan hati mana-mana pihak atau mungkin menyebakan kalian mengatakan aku poyosss….hehe. Tapi ketahuilah bahawa ini adalah blog musafirmenulis, bukan kalianmenulis….so…biarkanlah aku terus menulis.

Berat!

Dan kadang-kadang aku gagal melakukannya. Bila difikir-fikirkan, aku rasa amat-amat takut. Mungkinkah diri aku yang lemah dan banyak dosa ni yang menyebabkan mereka sukar berubah.

Sifat-sifat mazmumah yang masih ada sisa-sisanya dalam diri ni terasa seolah-olah hijab untuk aku menerima kejayaan dalam kerja-kerja yang berat macam yang aku lakukan sekarang. Bukan tak pernah untuk aku berusaha, namun bila berdepan dengan situasi genting, tak semena-mena aku gagal mengawal diri. Mudah marah, bersangka buruk, sukar memaafkan dan banyak lagi perkara-perkara yang sepatutnya aku dah buang jauh-jauh sebelum aku menjadi Walid/Al Ab/Al Umm, Syeikh, Ustaz/Muallim, dan Qaid.

Teringat perbincangan malam tu. Tentang ujian dalam dakwah.  Sebenarnya, kita belum lagi bertemu dengan ujian yang sebenar-benarnya ujian dalam medan dakwah ni. Ujian yang dilalui sekarang hanyalah ujian-ujian duniawi ataupun ujian-ujian yang datang dari diri kita. Malas la. Masa tak cukup la. Penat la. Nak rehat la. Ada kerja lain la. Padahal kerja dakwah yang sebenarnya dilakukan tak lah sehebat mana pun. Belum cukup untuk menuntut masa rehat. Apatah lagi nak kata diri dah penat.

Ayahkah aku?

Berbalik pada koreksi diri. Untuk menjadi murobbi yang mempunyai ciri-ciri Walid/Al Ab/Al Umm, aku berfikir panjang. Adakah aku dah lakukan semua ni. Seorang ayah yang sepatutnya memantau anak-anaknya, yang merasa sakit ketika anaknya sakit, yang merasa gembira tatkala anaknya gembira, yang menjanjikan bantuan dalam apa jua keadaan, yang merasa runsing dengan amal anak-anaknya, yang ingin memastikan anaknya sentiasa dalam kemantapan iman, memastikan anaknya sentiasa dalam kebahagian dan banyak lagi tugas-tugas berat.

Maaf adik-adik yang amat-amat abang sayangi. Kadang-kadang abang terlepas pandang. Tidak dapat abang bantu dalam keadaan kalian memerlukan. Apatah lagi nak merasa susah tatkala kalin susah. Namun bukanlah abang bermaksud mahu melepaskan tanggungjawab, cuma kelemahan dalam diri menyebabkan ianya tak telaksana. Kadang-kadang bantuan yang kecil-kecil seperti mahu meminjam kereta, masalah kewangan, dan banyak lagi masalah lain abang tak mampu berikan. Maaf!

AlhamduliLlah, bagi yang sudi berterus terang. Abang tidak menyalahkan kalian, malah dengan cara itulah abang dapat baiki diri. Seperti mana abang sering menasihati mahukan adik-adik berubah dan mengislahkan diri, begitulah jugalah harapan agar abang juga dibetulkan sekiranya diri abang melakukan kesilapan.

Abang gagal menghadirkan diri  dan berada ditempat kalian pada saat-saat tertentu. Maaf sekiranya abang tidak menerima alasan-alasan yang diberikan ketika kalian tidak berkesempatan untuk bersama-sama dalam sesuatu program. Percayalah, ianya disebabkan abang mahukan perubahan dalam diri kalian. Bukan niat untuk memaksa. Tapi seperti yang selalu kita ulang-ulang, jalan ini perlukan pengorbanan. Bukan sedikit masa, bukan setitik peluh, bukan sedikit ruang dalam fikiran yang perlu kita luangkan.

Namun, mungkin abang hanya mengajak dan kadang kala mungkin memaksa tanpa melihat masalah-masalah yang mungkin kalian hadapai. jauh sekali untuk turut sama merasa susahnya berada ditempat kalin. InsyaALlah, akan kucuba. Terima kasih sekali lagi kepada yang berterus terang.

Syeikh, lagilah berat.

Mempunyai rohani yang bersih. Iman yang kuat. Ruhiyyah yang terpelihara.
Adakah aku sudah laksanakannya kepada kalian, sedangkan semuanya akan dipersoalkan nanti keatas bahu ini. Cukupkah sekadar kita setkan amal-amal harian pada setiap minggu, tanpa aku sendiri bersama mengajak kalian mengamalkannya. Cukupkah sekadar hanya bertanya pada setiap kali perjumpaan tanpa aku meluangkan masa untuk bersama-sama  beramal bersama kalian.

Bukankah sebelum aku mengajak, aku juga perlu memantapkan diri, memastikan iman aku juga sihat, akhlak aku juga sihat, dan peribadi aku juga sihat.


Ustaz/Muallim

Aku cuba berikan yang terbaik, akan aku cuba berikan apa yang termampu. Tapi maaf, ianya juga seakan gagal. Dalam keadaan keluarga-keluarga lain giat berkongsi ilmu. Aku sekadar melihat dan tidak berusaha menambah ilmu diri agar lebih banyak dapatku luahkan. Bukan sedikit soalan-soalan yang aku gagalkan selesaikan. Namun percayalah, selagi termampu dan berdaya akan aku teruskan usaha murni ini. Ingin juga aku melihat kalian selepas ini juga melakukan tugas yang sama. Membawa keluarga-keluarga sendiri. Membuat perubahan-perubahan kecil atau besar.


Qaid

Memimpin dengan memberi tauladan. Haahh…sekali lagi aku rasa amat gagal. Pemimpin yang baik adalah yang mampu memimpin diri sendiri. Sekali lagi terima kasih kepada yang berterus terang dan memberi nasihat. Aku sepatutnya memimpin kalian untuk berjalan dijalan ini. Bagaimana, dengan apa, caranya, syaratnya perlulah aku berikan.

Adik-adik. Atas kelemahan diri abang, mungkin banyak benda yang tak dapat terlaksana yang sedikit sebanyak merosakkan semangat dan tumpuan kalian. Marah abanga bukan bermaksud kalian dibenci. Kegagalan membantu bukan bermaksud kalian mahu diabaikan. Tidak bersama bukan bermaksud bosan. InsyaAllah, hati kita dihubungkan dengan fikrah, akidah, tujuan, niat dan matlamat yang satu. Ikhlas dari yang ingin melihat perubahan.

*Terima kasih pada insan yang mengirimkan email yang mencetuskan aku untuk menulis perkara ini.

*Post ini bukanlah mesra pembaca. Tulisannya agak panjang dan maksudnya juga agak bersastera. Tapi kau hebat kan. So, baca sajalah.musim_peperiksaan_4

*Sepatutnya kartun ini gambar lelaki. Dan yang sakit itupun lelaki, bukan Fatimah. Aku dah puas cari, tapi mungkin lelaki tak suka tunjukkan rasa cinta melalui kartun-kartun macam ni. Lelaki lebih suka berahsia. Tapi cintanya berbisa. Eeeuuwww~

Macam aku selalu cakap-cakap. Cinta kami hebat, kurniaan Illahi, AlhamduliLlah. Didalam keluarga-keluarga yang kami selalu bersama baca kitab-kitab, benda inilah yang ditekankan.

“Kalau boleh ana nak demam je lama-lama” kata seorang pembaca kitab-kitab.

Alamak! Bahaya ni.

Time demam macam ni bilik ana macam ada kenduri” tambahnya lagi.

_________________________________________________________________________________________________

Adik-adik, hakikatnya apa yang kita ngin capai adalah sesuatu yang lebih besar daripada ini. Bukan setakat ukhuwwah. Bukan setakat ziarah menziarahi. Bukan setakat makan-makan bersama. Bukan setakat berprogram dengan kerusi empuk dan penghawa dingin canggih.Itupun ada lagi yang keberatan.

Tetapi, ingin melihat Islam berada ditempat selayaknya adalah cita-cita yang seharusnya kita bebani bersama. Bukankah kita sudah tahu apakah kemanisan dan balasan Allah kepada orang-orang yang bekerja demi agamaNya. Diatas indahnya kemanisan dan balasan Allah inilah yang membuatkan orang-orang hebat yang berada disekeliling kita tidak mengenal penat lelah ‘bekerja’ setiap masa. Bukan sedikit tenaga yang dihabiskan. Bukan sedikit harta yang yang diagihkan. Malah, masa dan harta yang dilaburkan inilah yang menjadi penghibur kepada mereka setiap hari dan setiap saat. Lansung tiada perasaan rugi pada mereka. Apatah lagi merasa dengan tindak tanduk mereka itu, mereka akan jatuh miskin.

Adik-adik, apakah yang akan kita jawab pada Allah nanti sekiranya amanah dan kewajipan menyebarkan agamanya dimukabumi ini kita abaikan. Apalah status kita agaknya ya? Adik-adik, percayalah. Dengan niat yang ikhlas, hati yang suci, niat untuk membaiki diri, percayalah bahawa setiap pengorbanan akan diganjari. Kecil atau besar, lumayan atau tidak, ganjaran dari Yang Maha Adil tetap dikira.

_________________________________________________________________________________________________

“Abaang..err…tolong photostat sijil ni boleh?”

Masa mula-mula dulu la ni. Masa tu Minggu Haluan Siswa. Tak sangka kan. Kita sekarang menanggung beban yang sama. AlhamduliLlah, kepada yang menentukan pertemuan kita. Melihat kepada peribadi mu dulu, abang yakin kau juga akan bekerja kuat, seperti mana sekarang. AlhamduliLlah, kepada yang telah membuka hati kita. Tapi adik, sepertimana yang kita faham, kerja yang kita maksudkan amatlah berat. Ianya perlukan pengorbanan yang amat besar. Kan. Tapi benda tu takkan menjadi masalah kepada kau, abang yakin. Kisah-kisah para sahabat, nabi d an rasul yang selalu kita bual-bualkan akan menjadi motivasi kepada kita untuk terus bekerja sehebat mereka , InsyaAllah.

“Abang, apa next step?”

Tanya kau bila ada orang yang kau cuba dekati untuk dibawa bersama ke dalam keluarga dan bekerja bersama kita. Tak mengapa, pengalaman boleh dicari dik. Kita jalan sikit-sikit. Sama-sama. Semua step tu boleh dipelajari dan dibincang. Cuma yang lebih penting, kita kenalah dekatkan diri dengan Pemilik hati kepada orang yang kita cuba dekati itu. Hatinya kan milik Pemilik Langit dan Bumi, pada Dialah kita nak minta-minta. Merayu-rayu. Sebab kita tiada upaya, malah amat hina. Apalah usaha dan daya kita kalau bukan datang dari Pemilik Langit dan Bumi tadi. Hidanyah yang kita cuba cari ni pun milik Dia.

AlhamduliLlah, kau juga sudah ada target sendiri. Seperti kau dulu ditarget. AlhamduliLlah, antara kau semua. Dah ada yang mula untuk mengajar. Dah ada yang mula aturkan acara. Dah ada yang melihat pentingnya bicara bersama. Dah ada yang mula giat membaca.

Cuba pesanan abang kepada diri dan kau sekalian, dalam kuatnya semangat kita. Niat perlu dipelihara, jangan terbabas. Amal juga perlu diperkasa, jangan sama sahaja setiap masa.

Kepada yang dah rasa penat, mintalah air dari yang berbekal.
Kepada yang sudah jelas, berilah motivasi kepada yang malas.

Semoga Allah memelihara kita. Agama kita. Kerja kita. Dan semua saudara-saudara kita di seluruh dunia. Sayang kalian.

_________________________________________________________________________________________________

“Err….abang. Program minggu ni tak dapat datang la. Assingment banyak!”

Erk!!…….*tepuk dahi~

usrah

_mg_5793

Setakat gosip-gosip biasa kami dah tak kisah. Abaikan je. Lagipun ini bukan kali pertama gambar kami diambil curi-curi. Bagi kami, yang penting kami bahagia. Tengoklah, baju yang kami pakai tu,kan sama tu. Ha ha ha…

LINTASLANSUNG:
Gambar-gambar menarik sekitar Karnival Sukan.

Ha ha. Tapi kau orang janganlah ambil serius. Ayat-ayat cinta kat atas tu sekadar main-main. Kau jangan salah faham. Majoritas, semuanya memakai baju yang sama, bukan kami sahaja. Dan semua yang hadir pada hari tu disuap time nak sarapan bihun. Romantik tak kami? Aeeuuu~.  Bukan tu sahaja.  Macam aku dah bagi tahu. Cinta kami bukan cinta biasa. Cinta kami atas dasar cinta kami pada Pecinta Agung. Cinta kami kerana satu cita-cita.

Tapi, walau macam mana penerangan yang aku bagi. Kau orang mesti akan gosipkan kami kan. Kan?Kan?. Ala….tak kisah. Abaikan je. Lagipun ini bukan kali pertama gambar kami diambil curi-curi. Bagi kami, yang penting kami bahagia. Tengoklah, baju yang kami pakai tu,kan sama tu. Setakat gosip-gosip biasa kami dah tak kisah.

Kami bukan tak ada strategi, tapi kami bermain secara amal jama`ie. Bola ke atas semua naik atas. Bola ke bawah semua ke bawah. Kalau kami nak menang tu boleh sangat. Ahaks!! Kami juga bukan tak nak menang, tapi kami nak apply konsep ithar dalam kehidupan sebagai seorang pemain futsal beriman. Ha ha ha ha. Maklumlah la kan~ Kami ni bukannya macam remaja-remaja lain yang suka bawa motor laju-laju bila bila jalan kampung dah lengang. Kami ni remaja-remaja yang suka baca kitab-kitab tau. Wallawei!

0041

Ayob jadi keeper masa tu. Sikit-sikit membebel. Sikit-sikit membebel.

Woi!! Pengulas duduk luar padang la!~ aku kata. Dah malas sangat nak dengar dia membebel, so ubatnya kena la sound sikit.

Dalam banyak-banyak team. Ada satu team yang pemainnya sangatlah muda-muda. Tapi tak la muda mana. Kami pun muda apa?  Eeeeuuuww.

Dan yang best, kami telah memberi peluang kepada team yang muda-muda ni untuk menang. Bukan apa. Macam kami cakap tadi. Kami ni kan pemain futsal yang beriman, bila lagi nak amalkan konsep ithar. Ha ha..

Yang penting. Lepas ni kau jangan gatal-gatal nak tulis komen yang kami amalkan konsep ithar yang salah. Terus kami akan delete(Dengan Lebih Tenang).Haha..

Hah! Dan kau yang tak tahu ithar tu apa. Jangan segan-segan. Meh la, join kami baca kitab. Serus ni! Join kami ya. Kami akan bagi tahu apa itu ithar. Dan macam mana nak jadi pemain futsal beriman. Eeeeuuuww.

LINTASLANSUNG:
Karnival Sukan IQRA’

Kalau hati aku boleh dibahagi-bahagi dan disusun-susun, akan aku susun betul-betul semua perasaan yang bercampur-baur tak tentu arah dan bermain dalam hati aku ni ha! Dengan rasa sedihnya, sunyi sepi , penat, pilu. Tapi nasib baik lah gembira pun ada.

Nantilah aku cerita satu-satu. SiNap dah lama balik rumah. Lepas saja tamat paper akhir kami hari tu. Malam tu terus dia bertolak. Dengan aku. Aku ke rumah SiNap, so banyak la masa kami untuk bersembang, jalan-jalan dan la la la sama-sama. Maklumlah kannn….Semester depan dah tak jumpa kannn….

Alahai, yang tak best kalau dah selalu buat kerja bersama. Dah tentulah sunyi sepi jiwa aku bila semua kerja sekarang dibuat secara solo. Makan seorang, keluar seorang. Haaiihhh~
Erm…mau teman aku?

Dah lama aku tak menaip. Apa boleh buat, balik dari rumah SiNap aku ke Kota Tinggi. Berprogram. Syukur tau….tau..tau..Dapat juga aku hilangkan sikit rasa sedih dan sunyi dan rindu kat SiNap tu.Hooyyeeyyhhh!!

Aku masih dalam program sebenarnya. Natilah aku buat entry baru yer..Kau kena tunggu tau! Tau! Tau!

La…8 jer?
Betul ke ni cik adik?
Tak nak tambah?
Aaaaaku jawab!
Aaaaaku jawab!
Aaaaku jawab tau!
Ready?
Ready?

1. Kau tahu, kalau aku disuruh memilih antara Nasi Ayam dan komputer yang berinternet. Aku akan memilih komputer yang berinternet.

2. Ada seorang kawan yang memang baik. Tapi aku je tak baik.

3. Ada orang tu cakap aku manja. Dah puas hidup orang tu agaknya. Wooii!! Mana ada. Sebab memang tak manja pun. Aku kan anak kedua bongsu! Bukan bongsu tau. Ingat masa kat maktab dulu. Sehari kena call mak 3 kali. Nak pergi kelas call. Nak pergi Zohor call. Lepas Maghrib call.

4. Waktu tingkatan 4 kat MJSC Balik Pulau. Aku dah ada handset pertama. Nokia 2100. Fuhh..aku lah insan terhebat masa tu. Tapi sekarang, budak tadika pun relax je guna handset kan.

5. Suka budak-budak. Tapi budak-budak tak suka aku. Ala..Kau pun selalu bertepuk sebelah tangan kan. Eleyh..Tak mengaku la tu!

6. Bangunnnnnn!! Assalaaamualaykum CIKgu!. Besssttt. Nanti hari-hari aku dengar ucapan ni.

7. Aku sayang Allah, Rasul, Mak, Ayah, Family dan kawan-kawan. Dan aku harap sayang aku berbalas.

8. Ala…Dah benda terakhir yang aku tulis. Apa ek! Hah..ramai cakap aku sombong bila tak berapa kenal aku. Sebab aku susah tersenyum. tapi bila dah kenal. Dia orang cakap AKU BESSSTT!. Dato’ Dr Fadzilah Kamsah kata, orang yang lahir bulan Januari macam aku susah nak mulakan perkenalan, tapi ghairah bila dah kenal. Haaa..beeeeetul la tu!

Nak tag siapa ek?
Hehe..INSAN BERTUAH.
Princess Liyana
Miss Azie
Phu Ying

Dulu. Masa sebelum exam. Malam tu.

Hari-hari tonton filem Inggeris. Tadi tonton 28 Weeks Later. Katanya mau rehat sekejap. Sekejap saja, lepas kepala berat dengan isi Optik. Sebab tu tonton filem. Filem Inggeris kali ini seram. Mau tutup mata aku bila tengok orang makan daging orang. Lepas tu buka balik. SiNap apatah lagi, penakut!!

Lusa ada kertas periksa ketiga. Optik. Aku baru buka Bab 1, alahai~. Mekanik kelmarin juga tak habis ulangkaji. Sebab banyak tengok filem Inggeris lah. Kalau tujuan filem tu dibuat sebab nak lalaikan kami. Makna, pengarahnya berjaya. Objektif tercapai.

“Nak tengok sampai habis ke?” SiNap.

“Kenapa?”aku.

“Takut~” SiNap mengada. Ketuk baru tau.

“Penakut!!” aku.

Sekarang musim exam datang lagi. Dulu-dulu. Nak exam tengok movie. Nak exam tengok movie. Orang nak exam dekatkan diri dengan Tuhan. Tapi kami tengok movie. Tapi tu masa zaman-zaman jahiliyah dulu la. Uhuk-uhuk.

Exam kali ni aku nak belajar rajin-rajin. Biar dapat naikkan balik result aku. Kau doakanlah aku tau! Tau! Tau!

Dalam sibuk dengan program kitab-kitab yang aku rasa tugas hakiki aku. Aku juga kenalah mantapkan diri dengan pencapaian yang baik. Tak nak lagi malas-malas.

Aku seorang pelajar. Di bahu aku ada tanggunjawab ibubapa.
Aku seorang muslim. Di bahu aku ada maruah agama.
Aku seorang anak. Di bahu aku ada jasa mereka yang perlu aku balas.

Exam kali ni aku nak belajar rajin-rajin. Biar dapat naikkan balik result aku. Kau doakanlah aku tau! Tau! Tau!

AzriMan dan YusofMan cuti hari ni. Bapa mertua bos tempat mereka kerja nak pergi umrah. Masuk kali ni, dah lima kali ayah bos pergi umrah. Kali ni ayah bos bawa isteri baru. Isteri muda. Baru lepas dapat ijazah. Umrah dengan isteri muda tuuuu….

Bila dah janji, seperti biasa AzriMan dan YusofMan jumpa di Cafe Pak Mus untuk minum macam selalu-selalu. Kebetulan kawan sekerja mereka yang seorang lagi, NabilMan pun ada kat situ. Mereka bertiga ni betul-betul rapat. Tak macam kawan-kawan zaman sekarang.

NabilMan: Eh…dua je?
YusofMan: Eh…tak der lah. Kan tiga buah bas ni. Lagi mau tanya! Ketuk Baru tau.

AzriMan senyum….

NabilMan: Dah tengok Mehnah?
AzriMan: Hah!! Mehnah! Mehnah apa?

Azriman keliru…
YusofMan: Mehnah?

YusofMan pun…
NabilMan: Ala…tu la kau orang!! Kita kena la sensitif dengan kritikan dan penghinaan terhadap agama kita. Sampai dia orang keluarkan filem kutuk agama kita pun kau orang tak tahu. Orang lain dah siap boikot-boikot tau. Hey!! Hey!! ambil tahu la sikit tentang hal semasa.

AzriMan: Yang Belanda keluarkan tu ke?
YusofMan: Yang filem pendek tu?
Nabilman: A` ah…
YusofMan: Tu Fitnaaaa laaaa…..bukan Mehnah!!