Archive for the ‘ukhwah’ Category

Serius!

Hari ni Hairi(bukan nama sebenar) sungguh sungguh happy. Happy sungguh sungguh katanya. Tapi seorang seorang sahaja la. Hairi tak tunjuk. Hairi kata kalau boleh dia nak tulis kat status facebook dia simbol smiley banyak banyak. Haha..

Hairi dah sujud syukur dah. Lepas ni Hairi tak perlu lagi gusar bagi pihak orang lain yang sepatutnya lagi gusar. Hairi tak perlu lagi risau bagi pihak orang lain yang sepatutnya lagi risau. Hairi tak perlu lagi fikir fikir soal semua benda tu bagi pihak orang lain yang sepatutnya lagi kena fikir fikir soal semua tu.

Hairi sangat happy. Happy sangat sangat. Tak tahu macam mana nak cakap dah. AlhamduliLlah. Hairi kata, ‘walaupun aku macam tak gembira. Tapi aku gembira kooot. Dalam doa aku sebut jugak koooot nama dia koooot‘. Serius!

 

Hairi sangat happy. Happy sangat sangat. Tak tahu macam mana nak cakap dah. AlhamduliLlah. Hairi sangat happy, bagi pihak mereka. Sebab akhirnya, mereka bersatu jua.

Protected: Maafkan Aku

Posted: November 18, 2010 in kontroversi, sahabat, ukhwah

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Kreeeuuuk……Kruueeekk…Kreeeuukkk….Krrueeekk….Abang Ali asah parang. “Mah! Ambilkan tuala kecil abang atas almari tu. Kotak rokok pun” Abang Ali minta dari Kak Temah. Abang Ali tukang sembelih lembu. Kalau musim musim korban ni Abang Ali la paling sibuk. Kalah Maher Zain.

Dulu sekali pernah dia nak pencen dari kerja sembelih sembelih ni. Tapi Abang Ali kata. “Ni je la sumbangan aku kat orang kampung Zaki oiiii” jawab Abang Ali bila Zaki, driver teksi yang kerusi belakang teksinya dah koyak koyak tu tanya, bila Abang Ali nak berhenti sembelih lembu.

“Abang. Daging nanti kita buat sup?” kak temah tanya Abang Ali, sambil hulur tuala sama kotak rokok. ” Cicah sambal, euuuw”

“Euwwww” Abang Ali jawab “Tak nak. Kita bakar, cicah sambal….euuuuw”

………………………….

“….ana tengok dah lama tak baca Quran. Qiam pun macam jarang. Ana jamin kalau enta mantain istighfar 70 kali sehari. InsyaALLAH okey. Ana tau dia ikhwah juga. Jangan tertipu. Sebab kita kena ada kekuatan untuk membentuk, jika tak. Kita akan dibentuk….”

Johan kayuh basikal laju-laju. Kali ni je Johan lambat sikit. Sebelum-sebelum ni, belum lagi Gemuk, Napi, Hafzi, Suid, Shidi sampai, Johan mesti dah sampai. Kalau Hafzi bawa sebotol guli, habis Johan sapu bersih. Kalau Suid bawa guli satu tin milo, habis Johan kalahkan.

Johan tak kira dah dengan peluh-peluh muda didahi tu, meleleh-leleh mengikut  hujung-hujung rambut. Tapi hari tu tak lah panas sangat. Selesa dan nyaman. Nak kata panas sangat pun tak. Sejuk sangat pun tak.  Ditengah jalan. Johan nampak seorang wanita tua berjalan bertentangan arah. Langkah laju-laju pula tu.

Oh~Mak Cik Leha janda rupanya.  Setelah beberapa depa jarak menghampiri Mak Cik Leha,Johan tegur. Acik Leha! Nak gi mana tu? Laju bukan main. Johan tanya.  Mak Cik leha janda tak layan pun. Mak Cik Leha  Janda terus langkah laju-laju. Alah, satu kampung dah tahu, kalau tak ke kebun mesti Mak Cik Leha ke kilang maruku Kampung Selatan. Tapi tak kan tengah hari macam ni. Johan cuba menganalisis, tapi tak penting pun. Yang penting dia kena sampai awal ke tempat pertarungan guli.

…………………………

Lambat gila hang Johan! Ingat takut dah nak lawan kami. Hafzi terus tegur Johan. Johan belum lagi turun dari basikal. Belah la. Tengok la guli aku bawa ni. Baru ni. Johan balas, dengan bangga macam selalu-selalu. Johan terus keluarkan guli dari plastik. Jom! Jom! Jom main. Mula! Mula jom! Johan kata, dah betul-betul tak sabar dah.

Di tengah-tengah permainan. Azri, seorang yang menjadi pemerhati tetap setiap permainan. Boleh kata hari-hari dia mesti ada. Cuma yang peliknya, Azri tak pernah pun nak main sekali. Tapi ada satu perkara yang selalu Azri ni lakukan. Batu api. Azri tak habis melaga-lagakan  Johan dan yang lain. Padahal Johan dan yang lain ok je. Mereka akrab. Cuma kadang-kadang bermain dan nak  merebut kemenangan tu biasa la kalau gaduh sikit-sikit.

Hari ni Azri dengan modal yang baru, dia cuba bagi tahu Hafzi, Shidi dan Suid yang Johan ni cuba main tipu. Nak menang cepat. Kata Azri, sebab tu Johan ni selalu menang.

Nasib Azri hari ni baik. Semua hasutan dia mengena. Sampai Hafzi dan Johan siap bertekak. Tarik-tarik baju. Dah siap tumbuk-menumbuk dah. Azri bangga, seronok gila dia tengok budak-budak tu bertekak. Johan, Hafzi, Suid yang asalnya mempunyai matlamat yang sama; menang main guli dan jadi bergaduh-gaduh. Dan puncanya dari orang luar. Yang tak ada lansung kaitan dengan permainan. Ish. Ish. Ish.

Sekali lagi hang cakap aku main tipu, aku baling guli hang kat jalan. Berani?! Cakap lar?! Bentak Johan.

Si Hafzi pula bukan jenis boleh dicabar. Nak cakap la ni!! Hafzi balas balik. Joo Haan memang main tiipuu!

Apa lagi. Johan terus ambil botol Hafzi yang penuh guli tu dan dibaling ke tengah jalan. Botol berkecai dan guli berterabur keluar. Hafzi cuba meluru untuk selamatkan gulinya yang dah berterabur tu. Tiba-tiba. PooOOooonnnn!! Lori besar datang dari arah barat menghala kea rah Hafzi. Dan sipi sipi lagi nak langgat Hafzi. Namun lori tersebut sempat mengelak. Meluru ketepi jalan. Hafzi selamat walau dengan keadaan penuh terkejut. Malangnya , lori  tu gagal dikawal dan melanggar seorang wanita tua  yang sedang berjalan. Berjalan laju-laju.

Mak Cik Leha! Mak Cik leha! Mak Cik Leha janda dilanggar lori! Hafzi jerit sekuat hati. Dalam terkejut.

Suid, Gemuk, Napi , Shidi dan Johan terkesima.

Cuma Azri sudah hilang. Guli-guli milik semua orang juga hilang. Azri larikan.

p/s: Mak Cik Leha Janda tak sempat pergi SC. Keh..keh..keh..Azri? Memang dia tak nak pergi. tak dijemput pun.

Entry kali ni bukanlah mesra pembaca. Panjang nak mati.

Kilang maruku kita dah maju. Dah ramai yang suka makan maruku kita. Dah ramai juga yang bekerja di kilang maruku kita tu. Tapi dalam kemajuan tu macam ada cacat cela sikit. Biasa la tu kan. Tapi bagi Mak Cik Leha Janda, ada seperti sesuatu yang tak kena dengan kilang maruku yang dimiliki bersama Persatuan Wanita Kampung Selatan.

Pagi tu, Mak Cik Leha Janda tak kira. Macam mana pun dia kena luahkan juga.

Aku tak kira!! Kata Mak Cik leha Janda.

Aku nak diorang tahu yang perjuangan kita adalah nak bagi maruku ni laku. Dapat untung! Tak kisah la orang kenal ke tak kilang kita tu! Ini tak,asyik-asyik sibuk dengan kerja-kerja yang tak membuahkan amal. Ececece…Mak Cik Leha meluahkan rasa.

Kisahnya. Sekarang dah pecah-pecah.

Dulu semua  macam satu kumpulan besar yang bekerja membuat maruku. Sekarang. Ada kumpulan yang pom pang pom pang pom pang pom pang cakap pasal kepentingan kilang dan kepentingan menjadi pekerja kilang yang baik. Tapi haram, puak-puak ni lansung tak tahu nak buat maruku. Ada satu group ni sibuk dengan kursus-kursus membina pekerja berkualiti kononnya. Dah tentulah Osman Ayam  sebagai ketua. Kalau siapa tak kenal Osman Ayam kat Kampung Selatan ni silap la. Dia memang hebat dengan teori dan fakta-fakta dari buku-buku motivasi menjadi pekerja berkualiti.

Masih lagi menyokong perjuangan memajukan pengusahaan maruku,  Karim sekepala dengan  Mak Cik Leha Janda, katanya kilang tu hanyalah tempat nak mudahkan kerja kita. Kalau tak ada kilang tu? Karim bertanya. Adakah bermaksud kita kena hentikan perniangaan maruku kita ni? Hah! Jawab! Jawab! Luah Karim dalam satu meeting satu masa dulu. Dah tentu jawapannya tak!! Kita mesti teruskan kerja membuat maruku ni, sebab ni memang kerja kita. Karim menambah.

Cuma bezanya Karim dan Mak Cik Leha Janda adalah, Mak Cik Leha bekerja dan terlibat secara lansung dengan kilang. Tapi Karim tak. Dia jual maruku sendiri-sendiri. Bekerja pun dengan orang-orang dia sahaja. Cumanya yang tak best bagi Mak Cik Leha Janda dengan Karim ni adalah sifatnya yang mudah sangat mencari kelemahan gerak kerja membuat maruku dalam kilang tu. Tapi dia tak bagi idea pun. Padahal dulu dia dapat resepi nak buat maruku pun dari kilang tu lah. Kalau diminta untuk bekerja dalam kilang. Karim akan kata dia cuma akan tengok-tengok orangnya dihujung kampung. Kami pun buat maruku juga. Karim kata.

……………………………..

Suasana tengahari tu selesa sangat. Panas sangat pun tak. Hujan sangat pun tak. Mak Cik Leha Janda langkah laju laju menuju ke kilang. Sambil dikilang, Mak Cik Susila, Mak Cik Rabiah ,  Datin Masrobi, Pak Cik Suhai Sepet dan beberapa orang lagi yang terlalu asyik dengan kemajuan kilang tapi tak berapa pasti kemana tujuan nak bawa maruku mereka sedang sibuk bekerja. Uli-uli tepung. Gaul-gaul perencah. Yang penting Osman Ayam  mestilah ada sekali dalam kilang tu.

Kedegaaaang! Tiba-tiba pintu kilang terbuka pantas. Berdiri Mak Cik Leha Janda didepan pintu.

Hah! Hari ni aku nak bagi tahu kau orang semua. Mak Cik Leha mula berucap. Jari telunjuk menekan-nekan daun pintu. Dengar sini! Aku nak kau orang faham. Perjuangan kita adalah nak bagi semua orang rasa maruku kita. Sedap dengan maruku kita. Kampung kita dah gersang dari maruku yang sedap-sedap. Ni tak! Kita hanya sibuk dengan kerja-kerja selain tu. Sibuk dengan nak besarkan kilang. Sibuk dengan nak tukar hiasan dalam kilang. Semua tu tak salah kalau kita semakin maju dalam proses buat maruku. Ni tak.

Mak Cik Leha janda menapak setapak dua ke depan. Ni ha! Ni ha! Tepung ni salah ni. Kata Mak Cik Leha sambil meangkat satu plastik tepung yang dah kosong dari lantai.Kita bukan guna tepung ni! Kau orang sudah menyeleweng. Tak ikut resepi yang asal. Mak Cik Leha semakin marah. Kalau resepi pun salah, besarkan kilang pun tak guna.

Mak Cik Leha janda nak teruskan syarahan, tapi dia dah rasa tak perlu. Buang karang je marah-marah. Mak Cik Leha nak pindah kampung. Cari jalan sendiri. Dia nak join kilang lain katanya. Mak Cik Leha berlalu dari kilang.

Senyap. Semua saling pandang memandang.

*

*

*

Gedegaaaang!! Bunyi dari jalan raya. Mak Cik Leha! Mak Cik Leha! Kedengaran orang menjerit. Mak Cik Leha Janda dilanggar lori. Mak Cik Leha Janda mati syahid.

Habis.

Kilang maruku Mak Cik Leha dah maju. Dah ramai yang suka makan maruku Mak Cik Leha. Dah ramai juga yang bekerja di kilang maruku Mak Cik Leha tu. Tapi dalam kemajuan tu macam ada cacat cela sikit. Biasa la tu kan. Tapi bagi Mak Cik Leha Janda, ada seperti sesuatu yang tak kena dengan kilang maruku yang dimiliki bersama Persatuan Wanita Kampung Selatan.

p/s: Mak Cik Leha Janda tak sempat pergi SC. Keh..keh..keh..

IMT-6786eIMT-6877eIMT-6812eIMT-6855e

IMT-6756e

IMT-6775e

IMT-6788eIMT-6851e

Mula-mula Ayub tak kata nak pergi pun. Ayub kata di banyak kerja. Omar dah buat muka toya dah. Kalau Ayub tak pergi Omar nak pergi dengan siapa. Kereta Omar dah la ada orang pinjam.

Ayub kata, ana kalau pergi ana nak follow Pak Cik Ainul, tu ja. At least dapat banyak masuk gambar.

Ana nak pergi sebab nak derma duit ni ha. Omar kata, sambil tepuk tepuk dompet sebelum masukkan ke poket belakang seluar.

Nila first time Ayub nak pergi Malam Badar ni. Tu yang excited semacam. Sampai-sampai. Tu lecturer ana. Ayub kata. Lorr…tu pun lecturer ana….aik…ketua jabatan pun ada.

Yang penting malam tu sejumlah wang dapat dikumpul. Seutuh ukhwah dapat disimpul. Semanis madu senyuman disimpul. Takkkbiiirrr!!!!!

Gambar dari Pakcik Ainul

RILEKS LaaaAAA!!

Posted: September 5, 2009 in isu semasa, kitab-kitab, personal, sahabat, ukhwah

Habislah. Kalau kau terlalu nak yang lengkap je semua. Ideal je semua. Serius kau akan tension. Biasalah. Dalam kelebihan-kelebihan yang ada, akan disulami dengan kekurangan. Ianya bersifat mendidik. Agar nanti kita tak lah terlalu berbangga, gembira,berpuas hati, tanpa disulami syukur.

Menuju yang ideal itu perlu. Tapi kenalah ingat juga, disepanjang jalan nak cari yang ideal tu, kita akan menempuh dulu halangan-halangan. Kalau nak mencuci tandas ibaratnya, perlu ditempuh dulu bau-bau kurang enak, kekotoran jilik…..bersih sikit-sikit. Then, akhirnya bersih.

So, dalam kau ‘bekerja’.  Jangan peliklah kalau bukan semua anak usrah kau menjadi. Bukan semua yang dijemput meletak kepentingan kepada jemputan. Bukan semua yang memberi tumpuan dan menyalin ketika usrah. Bukan semua gembira disaat kau berkumpul. Bukan semua sedia untuk bekerja. Bukan semua meletakkan kau sebagai rujukan dan tempat lapor. Apa anda rasa?????  Rileks la…..

* Post kali ini juga bukanlah post yang mesra pembaca. Tapi bukan bermaksud  aku sudah tidak mesra seperti jejaka-jejaka hebat diluar sana. Aku masih lagi begitu, cuma jari aku lebih suka menulis beberapa ketika ini. Nada tulisan kali ini mungkin mengelikan hati mana-mana pihak atau mungkin menyebakan kalian mengatakan aku poyosss….hehe. Tapi ketahuilah bahawa ini adalah blog musafirmenulis, bukan kalianmenulis….so…biarkanlah aku terus menulis.

Berat!

Dan kadang-kadang aku gagal melakukannya. Bila difikir-fikirkan, aku rasa amat-amat takut. Mungkinkah diri aku yang lemah dan banyak dosa ni yang menyebabkan mereka sukar berubah.

Sifat-sifat mazmumah yang masih ada sisa-sisanya dalam diri ni terasa seolah-olah hijab untuk aku menerima kejayaan dalam kerja-kerja yang berat macam yang aku lakukan sekarang. Bukan tak pernah untuk aku berusaha, namun bila berdepan dengan situasi genting, tak semena-mena aku gagal mengawal diri. Mudah marah, bersangka buruk, sukar memaafkan dan banyak lagi perkara-perkara yang sepatutnya aku dah buang jauh-jauh sebelum aku menjadi Walid/Al Ab/Al Umm, Syeikh, Ustaz/Muallim, dan Qaid.

Teringat perbincangan malam tu. Tentang ujian dalam dakwah.  Sebenarnya, kita belum lagi bertemu dengan ujian yang sebenar-benarnya ujian dalam medan dakwah ni. Ujian yang dilalui sekarang hanyalah ujian-ujian duniawi ataupun ujian-ujian yang datang dari diri kita. Malas la. Masa tak cukup la. Penat la. Nak rehat la. Ada kerja lain la. Padahal kerja dakwah yang sebenarnya dilakukan tak lah sehebat mana pun. Belum cukup untuk menuntut masa rehat. Apatah lagi nak kata diri dah penat.

Ayahkah aku?

Berbalik pada koreksi diri. Untuk menjadi murobbi yang mempunyai ciri-ciri Walid/Al Ab/Al Umm, aku berfikir panjang. Adakah aku dah lakukan semua ni. Seorang ayah yang sepatutnya memantau anak-anaknya, yang merasa sakit ketika anaknya sakit, yang merasa gembira tatkala anaknya gembira, yang menjanjikan bantuan dalam apa jua keadaan, yang merasa runsing dengan amal anak-anaknya, yang ingin memastikan anaknya sentiasa dalam kemantapan iman, memastikan anaknya sentiasa dalam kebahagian dan banyak lagi tugas-tugas berat.

Maaf adik-adik yang amat-amat abang sayangi. Kadang-kadang abang terlepas pandang. Tidak dapat abang bantu dalam keadaan kalian memerlukan. Apatah lagi nak merasa susah tatkala kalin susah. Namun bukanlah abang bermaksud mahu melepaskan tanggungjawab, cuma kelemahan dalam diri menyebabkan ianya tak telaksana. Kadang-kadang bantuan yang kecil-kecil seperti mahu meminjam kereta, masalah kewangan, dan banyak lagi masalah lain abang tak mampu berikan. Maaf!

AlhamduliLlah, bagi yang sudi berterus terang. Abang tidak menyalahkan kalian, malah dengan cara itulah abang dapat baiki diri. Seperti mana abang sering menasihati mahukan adik-adik berubah dan mengislahkan diri, begitulah jugalah harapan agar abang juga dibetulkan sekiranya diri abang melakukan kesilapan.

Abang gagal menghadirkan diri  dan berada ditempat kalian pada saat-saat tertentu. Maaf sekiranya abang tidak menerima alasan-alasan yang diberikan ketika kalian tidak berkesempatan untuk bersama-sama dalam sesuatu program. Percayalah, ianya disebabkan abang mahukan perubahan dalam diri kalian. Bukan niat untuk memaksa. Tapi seperti yang selalu kita ulang-ulang, jalan ini perlukan pengorbanan. Bukan sedikit masa, bukan setitik peluh, bukan sedikit ruang dalam fikiran yang perlu kita luangkan.

Namun, mungkin abang hanya mengajak dan kadang kala mungkin memaksa tanpa melihat masalah-masalah yang mungkin kalian hadapai. jauh sekali untuk turut sama merasa susahnya berada ditempat kalin. InsyaALlah, akan kucuba. Terima kasih sekali lagi kepada yang berterus terang.

Syeikh, lagilah berat.

Mempunyai rohani yang bersih. Iman yang kuat. Ruhiyyah yang terpelihara.
Adakah aku sudah laksanakannya kepada kalian, sedangkan semuanya akan dipersoalkan nanti keatas bahu ini. Cukupkah sekadar kita setkan amal-amal harian pada setiap minggu, tanpa aku sendiri bersama mengajak kalian mengamalkannya. Cukupkah sekadar hanya bertanya pada setiap kali perjumpaan tanpa aku meluangkan masa untuk bersama-sama  beramal bersama kalian.

Bukankah sebelum aku mengajak, aku juga perlu memantapkan diri, memastikan iman aku juga sihat, akhlak aku juga sihat, dan peribadi aku juga sihat.


Ustaz/Muallim

Aku cuba berikan yang terbaik, akan aku cuba berikan apa yang termampu. Tapi maaf, ianya juga seakan gagal. Dalam keadaan keluarga-keluarga lain giat berkongsi ilmu. Aku sekadar melihat dan tidak berusaha menambah ilmu diri agar lebih banyak dapatku luahkan. Bukan sedikit soalan-soalan yang aku gagalkan selesaikan. Namun percayalah, selagi termampu dan berdaya akan aku teruskan usaha murni ini. Ingin juga aku melihat kalian selepas ini juga melakukan tugas yang sama. Membawa keluarga-keluarga sendiri. Membuat perubahan-perubahan kecil atau besar.


Qaid

Memimpin dengan memberi tauladan. Haahh…sekali lagi aku rasa amat gagal. Pemimpin yang baik adalah yang mampu memimpin diri sendiri. Sekali lagi terima kasih kepada yang berterus terang dan memberi nasihat. Aku sepatutnya memimpin kalian untuk berjalan dijalan ini. Bagaimana, dengan apa, caranya, syaratnya perlulah aku berikan.

Adik-adik. Atas kelemahan diri abang, mungkin banyak benda yang tak dapat terlaksana yang sedikit sebanyak merosakkan semangat dan tumpuan kalian. Marah abanga bukan bermaksud kalian dibenci. Kegagalan membantu bukan bermaksud kalian mahu diabaikan. Tidak bersama bukan bermaksud bosan. InsyaAllah, hati kita dihubungkan dengan fikrah, akidah, tujuan, niat dan matlamat yang satu. Ikhlas dari yang ingin melihat perubahan.

*Terima kasih pada insan yang mengirimkan email yang mencetuskan aku untuk menulis perkara ini.

*Post ini bukanlah mesra pembaca. Tulisannya agak panjang dan maksudnya juga agak bersastera. Tapi kau hebat kan. So, baca sajalah.musim_peperiksaan_4

*Sepatutnya kartun ini gambar lelaki. Dan yang sakit itupun lelaki, bukan Fatimah. Aku dah puas cari, tapi mungkin lelaki tak suka tunjukkan rasa cinta melalui kartun-kartun macam ni. Lelaki lebih suka berahsia. Tapi cintanya berbisa. Eeeuuwww~

Macam aku selalu cakap-cakap. Cinta kami hebat, kurniaan Illahi, AlhamduliLlah. Didalam keluarga-keluarga yang kami selalu bersama baca kitab-kitab, benda inilah yang ditekankan.

“Kalau boleh ana nak demam je lama-lama” kata seorang pembaca kitab-kitab.

Alamak! Bahaya ni.

Time demam macam ni bilik ana macam ada kenduri” tambahnya lagi.

_________________________________________________________________________________________________

Adik-adik, hakikatnya apa yang kita ngin capai adalah sesuatu yang lebih besar daripada ini. Bukan setakat ukhuwwah. Bukan setakat ziarah menziarahi. Bukan setakat makan-makan bersama. Bukan setakat berprogram dengan kerusi empuk dan penghawa dingin canggih.Itupun ada lagi yang keberatan.

Tetapi, ingin melihat Islam berada ditempat selayaknya adalah cita-cita yang seharusnya kita bebani bersama. Bukankah kita sudah tahu apakah kemanisan dan balasan Allah kepada orang-orang yang bekerja demi agamaNya. Diatas indahnya kemanisan dan balasan Allah inilah yang membuatkan orang-orang hebat yang berada disekeliling kita tidak mengenal penat lelah ‘bekerja’ setiap masa. Bukan sedikit tenaga yang dihabiskan. Bukan sedikit harta yang yang diagihkan. Malah, masa dan harta yang dilaburkan inilah yang menjadi penghibur kepada mereka setiap hari dan setiap saat. Lansung tiada perasaan rugi pada mereka. Apatah lagi merasa dengan tindak tanduk mereka itu, mereka akan jatuh miskin.

Adik-adik, apakah yang akan kita jawab pada Allah nanti sekiranya amanah dan kewajipan menyebarkan agamanya dimukabumi ini kita abaikan. Apalah status kita agaknya ya? Adik-adik, percayalah. Dengan niat yang ikhlas, hati yang suci, niat untuk membaiki diri, percayalah bahawa setiap pengorbanan akan diganjari. Kecil atau besar, lumayan atau tidak, ganjaran dari Yang Maha Adil tetap dikira.

_________________________________________________________________________________________________

“Abaang..err…tolong photostat sijil ni boleh?”

Masa mula-mula dulu la ni. Masa tu Minggu Haluan Siswa. Tak sangka kan. Kita sekarang menanggung beban yang sama. AlhamduliLlah, kepada yang menentukan pertemuan kita. Melihat kepada peribadi mu dulu, abang yakin kau juga akan bekerja kuat, seperti mana sekarang. AlhamduliLlah, kepada yang telah membuka hati kita. Tapi adik, sepertimana yang kita faham, kerja yang kita maksudkan amatlah berat. Ianya perlukan pengorbanan yang amat besar. Kan. Tapi benda tu takkan menjadi masalah kepada kau, abang yakin. Kisah-kisah para sahabat, nabi d an rasul yang selalu kita bual-bualkan akan menjadi motivasi kepada kita untuk terus bekerja sehebat mereka , InsyaAllah.

“Abang, apa next step?”

Tanya kau bila ada orang yang kau cuba dekati untuk dibawa bersama ke dalam keluarga dan bekerja bersama kita. Tak mengapa, pengalaman boleh dicari dik. Kita jalan sikit-sikit. Sama-sama. Semua step tu boleh dipelajari dan dibincang. Cuma yang lebih penting, kita kenalah dekatkan diri dengan Pemilik hati kepada orang yang kita cuba dekati itu. Hatinya kan milik Pemilik Langit dan Bumi, pada Dialah kita nak minta-minta. Merayu-rayu. Sebab kita tiada upaya, malah amat hina. Apalah usaha dan daya kita kalau bukan datang dari Pemilik Langit dan Bumi tadi. Hidanyah yang kita cuba cari ni pun milik Dia.

AlhamduliLlah, kau juga sudah ada target sendiri. Seperti kau dulu ditarget. AlhamduliLlah, antara kau semua. Dah ada yang mula untuk mengajar. Dah ada yang mula aturkan acara. Dah ada yang melihat pentingnya bicara bersama. Dah ada yang mula giat membaca.

Cuba pesanan abang kepada diri dan kau sekalian, dalam kuatnya semangat kita. Niat perlu dipelihara, jangan terbabas. Amal juga perlu diperkasa, jangan sama sahaja setiap masa.

Kepada yang dah rasa penat, mintalah air dari yang berbekal.
Kepada yang sudah jelas, berilah motivasi kepada yang malas.

Semoga Allah memelihara kita. Agama kita. Kerja kita. Dan semua saudara-saudara kita di seluruh dunia. Sayang kalian.

_________________________________________________________________________________________________

“Err….abang. Program minggu ni tak dapat datang la. Assingment banyak!”

Erk!!…….*tepuk dahi~

usrah

_mg_5793

Setakat gosip-gosip biasa kami dah tak kisah. Abaikan je. Lagipun ini bukan kali pertama gambar kami diambil curi-curi. Bagi kami, yang penting kami bahagia. Tengoklah, baju yang kami pakai tu,kan sama tu. Ha ha ha…

LINTASLANSUNG:
Gambar-gambar menarik sekitar Karnival Sukan.

Ha ha. Tapi kau orang janganlah ambil serius. Ayat-ayat cinta kat atas tu sekadar main-main. Kau jangan salah faham. Majoritas, semuanya memakai baju yang sama, bukan kami sahaja. Dan semua yang hadir pada hari tu disuap time nak sarapan bihun. Romantik tak kami? Aeeuuu~.  Bukan tu sahaja.  Macam aku dah bagi tahu. Cinta kami bukan cinta biasa. Cinta kami atas dasar cinta kami pada Pecinta Agung. Cinta kami kerana satu cita-cita.

Tapi, walau macam mana penerangan yang aku bagi. Kau orang mesti akan gosipkan kami kan. Kan?Kan?. Ala….tak kisah. Abaikan je. Lagipun ini bukan kali pertama gambar kami diambil curi-curi. Bagi kami, yang penting kami bahagia. Tengoklah, baju yang kami pakai tu,kan sama tu. Setakat gosip-gosip biasa kami dah tak kisah.

Kami bukan tak ada strategi, tapi kami bermain secara amal jama`ie. Bola ke atas semua naik atas. Bola ke bawah semua ke bawah. Kalau kami nak menang tu boleh sangat. Ahaks!! Kami juga bukan tak nak menang, tapi kami nak apply konsep ithar dalam kehidupan sebagai seorang pemain futsal beriman. Ha ha ha ha. Maklumlah la kan~ Kami ni bukannya macam remaja-remaja lain yang suka bawa motor laju-laju bila bila jalan kampung dah lengang. Kami ni remaja-remaja yang suka baca kitab-kitab tau. Wallawei!

0041

Ayob jadi keeper masa tu. Sikit-sikit membebel. Sikit-sikit membebel.

Woi!! Pengulas duduk luar padang la!~ aku kata. Dah malas sangat nak dengar dia membebel, so ubatnya kena la sound sikit.

Dalam banyak-banyak team. Ada satu team yang pemainnya sangatlah muda-muda. Tapi tak la muda mana. Kami pun muda apa?  Eeeeuuuww.

Dan yang best, kami telah memberi peluang kepada team yang muda-muda ni untuk menang. Bukan apa. Macam kami cakap tadi. Kami ni kan pemain futsal yang beriman, bila lagi nak amalkan konsep ithar. Ha ha..

Yang penting. Lepas ni kau jangan gatal-gatal nak tulis komen yang kami amalkan konsep ithar yang salah. Terus kami akan delete(Dengan Lebih Tenang).Haha..

Hah! Dan kau yang tak tahu ithar tu apa. Jangan segan-segan. Meh la, join kami baca kitab. Serus ni! Join kami ya. Kami akan bagi tahu apa itu ithar. Dan macam mana nak jadi pemain futsal beriman. Eeeeuuuww.

LINTASLANSUNG:
Karnival Sukan IQRA’

Macam hari-hari biasa, engkau akan bangun dan memulakan hari seperti hari-hari biasa dan seperti orang-orang biasa. Tak pun macam orang biasa-biasa. Cuma ada sesuatu dari engkau yang tak berapa nak sama dengan orang-orang biasa.

Setiap masa engkau ingin membuat kebaikan. Sehinggakan dicari-cari peluang tersebut. Setiap peluang yang ada digunakan engkau sebaik mungkin. Sebagai contoh, ternampak mak cik cleaner dari jauh. Hati engkau bukan sahaja terdetik untuk menegur, malah bersemangat ingin menolong. Paling kurang engkau lontarkan senyum untuk menyejukkan hati mereka yang penat bekerja. Hati engkau memikirkan keletihan yang dirasakan oleh mereka. Kalau sempat, engkau akan bertanya ” Mak cik..sudah makan?”..alangkah sejuknya hati mereka. Malah engkau akan mendoakan mereka agar anak-anak mereka akan berjaya agar dapat menolong mereka suatu hari nanti. engkau berdoa bersungguh. Jika diberi peluang, ingin sahaja engkau berjumpa dengan anak mereka untuk memesan agar tidak menderhaka.

Jika mereka engkau lihat terbeban dengan sesuatu kerja, engkau akan menawarkan diri untuk menolong. Malah jika duit engkau lebih, ingin sahaja engkau belikan mereka makanan tengah hari. Hati engkau sakit jika melihat orang tidak menghormati mereka. Ingin sahaja engkau mendekati makcik makcik ini jika berkesempatan. Bertanya mengenai anak mereka, rumah mereka, sakit pening mereka.

Hubungan sesama manusia amat-amat engkau jaga. Apatah lagi hubungan engkau dengan Tuhan. Sering sahaja engkau mencari peluang.  Sentiasa difikirkan saat-saat untuk berbual dengan Tuhan. Hati engkau menuggu-nunggu saat tibanya solat lima waktu. Dari subuh, hati engkau tidak sabar menantikan waktu Zohor, selepas sembahyang, engkau sayang untuk bangun dari sejadah kerana merasa rugi untuk tinggalkan perasaan seronok mengadu masalah dengan Tuhan. Enaknya perasaan ini. Enaknya bila mengadu-ngadu, bermanja-manja dan merintih meminta dengan Tuhan. Enaknya sehinggakan engkau ingin orang lain seperti sahabat, keluarga, serta orang-orang disekeliling engkau turut merasakan keenakkan perasaan tersebut. Engkau merasa betapa ruginya jika melihat orang lain mengadu masalah sesama manusia tetapi tidak memilih Tuhan sebagai tempat mengadu masalah. Ketika ini, ujian yang diterima dirasakan sebagai usikan serta gurauan dari Tuhan sehinggakan engkau tidak lagi merasa perit darinya. Malah dirindu-rindu akan saat itu kerana ketika itulah engkau akan sentiasa berbual-bual dengan Tuhan engkau untuk mengadu masalah.

Begitu juga perasan engkau terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad. Ingin sahaja engkau membaca kembali sejarahnya agar kau menitiskan air mata kerana merasakan betapa kasihnya Nabi kepada engkau dan umatnya yang lain. Rindu dan sayang egkau terhadapnya membuak-buak. Ingin sahaja engkau menghafali sejarah baginda dan dikongsi dengan kawan-kawan yang lain agar engkau merasa senang jika kawan-kawan engkau juga turut mengenali Nabi engkau. Engkau akan menangis bila membaca sejarahnya terutama ketika saat Baginda hendak wafat. Namun engkau kesal dengan sifat engkau yang sering meniggalkan sejarah baginda dan sibuk dengan urusan dunia sahaja. Hati engkau akan kesal dengan perjalanan engkau yang sebelumnya tidak mahu belajar bahasa arab agar mudah engkau hafali kitab-kitab sirah. Engkau akan kesal dengan sikap engkau dahulu yang mementingkan keduniaan semata. Lalu engkau terus membandingkan diri engkau dengan Nabi engkau, engkau akan merasakan mustahil jika amalan engkau akan memberi peluang untuk engkau bersama Baginda disyurga nanti. Ahh!!…terlalu jauh untuk itu, entah-entah pintu syurga pun aku tidak dapat lihat. Engkau berfikir sedemikian. Namun kasih sayang Tuhan memungkinkan segalanya.

Di tengah hari pula, jika engkau makan tengah hari contohnya, engkau akan mengingati jasa-jasa petani yang bertungkus-lumus untuk menanam padi, engkau membayangkan betapa susahnya anak-anak mereka untuk bersekolah dan susahnya untuk mereka mendapat hasil pendapatan. Tetapi engkau hidup senang lenang dengan kemewahan, dari sini terdetik hati engkau untuk bersedekah pula. Bila bersedekah, hati engkau yakin yang Tuhan akan membalas sepuluh kali ganda dari sedekah engkau. Ketika makan juga, engkau ingin sahaja membayar makanan orang dimeja sebelah engkau kalau mereka sudi. Hati engkau tidak sabar-sabar untuk bekerja kerana bila engkau sudah berduit, engkau akan membawa usrah engkau sendiri dan giat bersedekah. Mudahlah engkau untuk bekerja untuk Tuhan engkau.

Jika engkau menaiki bas, akan dikenag jasa abang-abang yang memandu bas dan engkau akan mendoakan mereka. Engkau turut mengenangkan jasa-jasa jurutera yang berhempas pulas mengeluarkan idea untuk mereka cipta kenderaan. Sekali lagi engkau mendoakan mereka. Dalam perjalanan pulang dari kuliah, hati engkau tidak sabar-sabar ingin membelek pula buku-buku ilmu akhirat. Biar habis masa membaca buku-buku ini  pun tidak mengapa.

Wahai ‘seorang engkau’ ,Ketika ini tahap iman engkau tinggi sebenarnya. Peliharalah ia agar tidak berkurang. Peliharalah dan berdoalah agar ianya berterusan. Percayalah, sekali anda merasainya, anda akan merinduinya. Jangan jadikan dosa sebagai penghalang untuk kenangan manis anda ini berulang. Disaat anda merasakan apa yang abi tulis ini, ingatlah!! Jaga dan peliharalah perasaan ini, ianya anugerah. Inilah yang dikatakan dengan kemanisan iman. Ianya rezeki Tuhan, ianya anugerah Tuhan. Peliharalah…..


Original Version