GULI-GULI RACUN: Mak Cik Leha Janda

Posted: October 31, 2009 in bosan, cereka, dakwah, isu semasa, kontroversi, personal, ukhwah

Johan kayuh basikal laju-laju. Kali ni je Johan lambat sikit. Sebelum-sebelum ni, belum lagi Gemuk, Napi, Hafzi, Suid, Shidi sampai, Johan mesti dah sampai. Kalau Hafzi bawa sebotol guli, habis Johan sapu bersih. Kalau Suid bawa guli satu tin milo, habis Johan kalahkan.

Johan tak kira dah dengan peluh-peluh muda didahi tu, meleleh-leleh mengikut  hujung-hujung rambut. Tapi hari tu tak lah panas sangat. Selesa dan nyaman. Nak kata panas sangat pun tak. Sejuk sangat pun tak.  Ditengah jalan. Johan nampak seorang wanita tua berjalan bertentangan arah. Langkah laju-laju pula tu.

Oh~Mak Cik Leha janda rupanya.  Setelah beberapa depa jarak menghampiri Mak Cik Leha,Johan tegur. Acik Leha! Nak gi mana tu? Laju bukan main. Johan tanya.  Mak Cik leha janda tak layan pun. Mak Cik Leha  Janda terus langkah laju-laju. Alah, satu kampung dah tahu, kalau tak ke kebun mesti Mak Cik Leha ke kilang maruku Kampung Selatan. Tapi tak kan tengah hari macam ni. Johan cuba menganalisis, tapi tak penting pun. Yang penting dia kena sampai awal ke tempat pertarungan guli.

…………………………

Lambat gila hang Johan! Ingat takut dah nak lawan kami. Hafzi terus tegur Johan. Johan belum lagi turun dari basikal. Belah la. Tengok la guli aku bawa ni. Baru ni. Johan balas, dengan bangga macam selalu-selalu. Johan terus keluarkan guli dari plastik. Jom! Jom! Jom main. Mula! Mula jom! Johan kata, dah betul-betul tak sabar dah.

Di tengah-tengah permainan. Azri, seorang yang menjadi pemerhati tetap setiap permainan. Boleh kata hari-hari dia mesti ada. Cuma yang peliknya, Azri tak pernah pun nak main sekali. Tapi ada satu perkara yang selalu Azri ni lakukan. Batu api. Azri tak habis melaga-lagakan  Johan dan yang lain. Padahal Johan dan yang lain ok je. Mereka akrab. Cuma kadang-kadang bermain dan nak  merebut kemenangan tu biasa la kalau gaduh sikit-sikit.

Hari ni Azri dengan modal yang baru, dia cuba bagi tahu Hafzi, Shidi dan Suid yang Johan ni cuba main tipu. Nak menang cepat. Kata Azri, sebab tu Johan ni selalu menang.

Nasib Azri hari ni baik. Semua hasutan dia mengena. Sampai Hafzi dan Johan siap bertekak. Tarik-tarik baju. Dah siap tumbuk-menumbuk dah. Azri bangga, seronok gila dia tengok budak-budak tu bertekak. Johan, Hafzi, Suid yang asalnya mempunyai matlamat yang sama; menang main guli dan jadi bergaduh-gaduh. Dan puncanya dari orang luar. Yang tak ada lansung kaitan dengan permainan. Ish. Ish. Ish.

Sekali lagi hang cakap aku main tipu, aku baling guli hang kat jalan. Berani?! Cakap lar?! Bentak Johan.

Si Hafzi pula bukan jenis boleh dicabar. Nak cakap la ni!! Hafzi balas balik. Joo Haan memang main tiipuu!

Apa lagi. Johan terus ambil botol Hafzi yang penuh guli tu dan dibaling ke tengah jalan. Botol berkecai dan guli berterabur keluar. Hafzi cuba meluru untuk selamatkan gulinya yang dah berterabur tu. Tiba-tiba. PooOOooonnnn!! Lori besar datang dari arah barat menghala kea rah Hafzi. Dan sipi sipi lagi nak langgat Hafzi. Namun lori tersebut sempat mengelak. Meluru ketepi jalan. Hafzi selamat walau dengan keadaan penuh terkejut. Malangnya , lori  tu gagal dikawal dan melanggar seorang wanita tua  yang sedang berjalan. Berjalan laju-laju.

Mak Cik Leha! Mak Cik leha! Mak Cik Leha janda dilanggar lori! Hafzi jerit sekuat hati. Dalam terkejut.

Suid, Gemuk, Napi , Shidi dan Johan terkesima.

Cuma Azri sudah hilang. Guli-guli milik semua orang juga hilang. Azri larikan.

p/s: Mak Cik Leha Janda tak sempat pergi SC. Keh..keh..keh..Azri? Memang dia tak nak pergi. tak dijemput pun.

Advertisements
Comments
  1. msaa says:

    ..hmm.. ooh.. sambungan yang ditunggu-tunggu.. here it is.. but.. unfortunately, pakcik still cannot give any analysis for this part. maybe need to wait for another part. ok?

    //pakcik sibuk la sikit tuan Director..

  2. akatsuki says:

    versi filem:

    msaa jd suami makcik leha janda yg bru maka hilanglah status janda tu nnt…wakaka

  3. ..... says:

    ksian makcik leha janda… xsbr tggu smbngnnya….

  4. yaya_jun says:

    best jugak,,
    tengah nak faham..
    em macam nak faham motif cer-pen ni
    boleh faham..kot. ke?

  5. Ahmad Hnf says:

    awat gune namer org nih..**napi**..oit..xminta kebenaran tuh..huhuhu

  6. permata says:

    best juga merehatkan minda baca entri camni..wlupun masih tak dpt nak rasionalkan ape yg tertulis di sini,tp tahu pasti ada mesej yg nak disampaikan di hujung cerita..coz besenye budak2 usrah tulis dgn bermatlamat..ana sorg je yg dah malas nak menulis..teruskan..

  7. hadi says:

    salam ziarah…xnk komen tp nk ajak ziarah kt blog ak plak naa…:)

  8. mofadz says:

    wakaka…kelakar…tapi aku tak paham apa nak dismpaikan…

  9. […] GULI-GULI RACUN: Mak Cik Leha Janda October 2009 11 comments 3 […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s