Archive for the ‘Uncategorized’ Category

1. Selain tanggungjawab sebagai anak, jadikan menghubungi emak ayah melalui telefon sebagai sesuatu yang menggembirakan. Dan memang realitinya menggembirakan pun~ Bukan kah kita rasa tenang, lapang dan lega selepas kita berbual dengan emak dan ayah kita. Kan?

2. Bila ye kita akan call mak ayah kita? Pernah terlupa? . So, susunlah jadual kekerapan yang munasabah untuk memastikan kita tak terlupa menghubungi mereka. Hati yang resah jika terlalu lama tidak berbual bual dengan mereka menunjukkan kita masih sedar bahawa kita ada tanggungjawab.

3. Emak ayah kita sudah tentu akan menerima panggilan kita tanpa mengira masa dan ketika. Namun, memilih masa sesuai untuk membuat panggilan adalah perlu. Untuk ini, mengetahui bila masanya emak kita sedang berehat, sedang masak di dapur, sedang lelapkan mata adalah sangat penting agar panggilan kita tak lah menggangu mereka. Membuat panggilan sehingga menggangu mereka tidur contohnya adalah satu perkara yang perlu di elakkan.

4. Disaat menerima panggilan daripada mereka. Pastikan kita melayan dengan sangat sopan dan baik. Dengarlah perkongsian kerana kadang-kadang mereka hanya mahu berkongsi. Ingat! Jangan sesekali menyebabkan tutur kata dan respon kita semacam endah tidak endah. Apatah lagi jika emak dan ayah kita sudah berumur.[seperti emak dan ayah saya]

5. Jika mereka yang membuat panggilan, pastikan mereka juga yang menghentikan panggilan. Maksudnya, cuba elakkan situasi dimana kita yang terlebih dahulu meminta untuk berhenti berbual. Lain la kalau dah betul betul perlu.

6. Kongsikan berita dan khabar kita yang gembira, yang mampu membuat mereka turut gembira. Kalau anak-anak kita[kalau yang dah ada anak lah]:

  • sering sebut sebut nama dan rindu atok dan nenek mereka
  • dah mula pandai berjalan
  • dah khatam Quran

just maklumkan.

7. Di hujung perbualan, jangan lupa kirimkan salam kepada ayah jika kita sedang berbual dengan emak. Bertanyakan apa yang ayah sedang buat dan khabar kesihatan  nya juga perlu untuk ayah juga merasakan dihargai, walaupun kita sedang berbual dengan emak.:-) Dan sebaliknya. Tidak lupa adik beradik lain yang berada di rumah.

…………………………..

tambahan:

8. Jika anda seorang murobbi/naqib. Pastikan bertanyakan kepada anak-anak usrah bila kali terakhir mereka hubungi emak dan ayah. Sarankan agar ianya mesti dilaksanakan.

9. Kongsikan kelebihan-kelebihan menjaga hubungan dan adab dengan emak dan ayah serta keperluan seorang daie berbuat sedemikian.

10. Masukkan aktiviti menghubungi ibu bapa sebagai wajibatul yaum/’amal yaumiah bagi setiap dari anak usrah dan diperiksa secara berkala.

Advertisements

Sampai ikat tali kasut pun aku nak senyum. Hari ni. Aku tampar bola aku senyum. Aku berhenti kat traffic light aku senyum. Aku minum air Iman punya pun aku senyum.

” Kenapa enta senyum je ni?” Iman tanya. Iman ahli geng kitab-kitab. Tu yang ana enta ana enta tu.

Aku jawab dengan senyum. Haha. Iman kerut dahi. “Adoii”  Iman jerit sebab aku lempang pipi dia sikit. Haha. Sambil senyum.

Aku serve bola tampar tadi pun aku senyum.

Ukhuwwah ni kan, manis kan. Aku tak mampu nak ucap macam mana. Serius! Kadang-kadang Allah tarik hujan kita, tapi Dia bagi angin sebab nak keringkan baju. Kadang-kadang Allah bagi kita masa yang sempit, tapi Dia bagi juga kita tidur yang lena agar dapat hilangkan penat.

Time aku tekan tekan keyboard ni pun aku senyum. Kalau la keyboard aku ni boleh cakap…..Oh. Tak. sebab dia tak akan boleh cakap.

Herm…:-)

Bayangkan.  Aku minum air Iman punya pun aku senyum. Aku berhenti kat traffic light aku senyum. Aku tampar bola aku senyum. Hari ni.  Sampai ikat tali kasut pun aku nak senyum.  Wallaweyh!!

Kalau aku tanya mesti kau dah tak ingat dah, kisah satu masa tu.
Masa zaman tu, kalau setakat seringgit dua ringgit duit kau aku pinjam. Kira macam halal terus. Macam bukan duit je. Tu seringgit dua ringgit. Tu belum yang ratus-ratus masa aku sangat sangat perlukan duit, yang tu pun kau buat tak kisah.

Pernah sekali tu aku banyak duit sikit. Aku hulurkan RM200 untuk bayar jumlah yang aku pinjam hari tu. Ingat apa respon kau masa tu? Kau gelak je. Nak je aku lempang kau masa tu. Kau kata.

Ha ha ha. Macam la enta ada duit lain nak makan kalau enta bayar ni. Tak yah la Dan~, enta mesti nak guna duit lepas ni.

Kalau aku ingat balik saat saat tu. Memang…memang aku rasa nak lempang kau. Ha ha. Aku tahu, masa tu apa yang kau cakap hanya atas  satu dasar. Dasar ukhuwwah. Kau buktikan ucapan ucapan manis yang kita belajar dalam usrah bukan setakat kata-kata yang diperlukan untuk melengkapi jadual perjalanan usrah, tetapi ianya adalah sesuatu yang perlu dibuktikan di peringkat amali. Praktikal beb!

Ha! Yang lagi tak boleh belah. Masa tu kita sama-sama makan di Restoran Noor Pulai Utama, dekat dengan rumah ayah mertua kau. Ingat? Aku nak bayar sendiri masa tu. Kononnya lah. Kau gelak lagi, macam biasa biasa. Nak je aku lempang juga. Kali ni aku tipu kau, aku kata aku ada duit. Kau tak percaya masa tu. Ana ada duit laa!!, aku kata. Kau gelak lagi kuat rupanya. Menyampah gila aku. Haha.

Rupa rupanya kau dah cek dompet aku sebelum kita pergi makan. Choii betul.

Bukan dalam dompet tu ada RM5 je ke? Kau tanya.
Mana enta tahu? Aku tanya balik.
Haha~

Dan sekarang. Tahniah Bro. Kau dah kahwin. Dan kalau aku tanya mesti kau dah tak ingat dah, kisah satu masa tu. Masa zaman tu, kalau setakat seringgit dua ringgit duit kau aku pinjam. Kira macam halal terus. Macam bukan duit je. Tu seringgit dua ringgit. Tu belum yang ratus-ratus masa aku sangat sangat perlukan duit, yang tu pun kau buat tak kisah. Aku pun dah hairan. Duit tu dah macam tiada nilai. Mugkin sebabnya nilainya tidak mengatasi satu benda yang lebih bernilai. Ukhuwwah.

Terima kasih juga sudi singgah beraya dirumah pada raya yang lepas. Kereta baru nampak~

Cuma aku masih berfikir. Apa sumbangan/kebaikan aku kepada kau ya?

Dari rumah lagi Maksu Midah dah plan.

Dia nak tuala kecil satu,tuala besar satu, bunga telur pengamtin satu, goodies bag satu, bunga penyangga satu, bekas telur kaca satu. Lauk pengantin semua jenis Maksu Midah nak bungkus.

Dulu-dulu, kalau musim kenduri kenduri atau musim cuti sekolah atau musim orang gatal nak kahwin, seminggu Maksu Midah tak masak. Makan lauk kenduri je. Lepas makan masuk peti, lepas tu panaskan balik. Masuk peti, panaskan. Masuk peti, panaskan. Seminggu tu Maksu Midah makan lauk daging dan ayam kenduri je la.

 

 

 

 

…..bersambung

Laaa…dah kalian yang lambat sangat. Last-last, mak aku yang carikan.
Yang ni ok? mak tanya, sambil tunjuk satu gambar.
Tak kot mak. Dia kelantan kan. Tak nak la.
Yang ni? mak pegang gambar kedua.
Herm….
.…..bersambung

Diam! Diam! Diam! Yuni ada teka-teki ni! Yuni bagi arahan. Seisi rumah diamterus tau. Semua mata mata penghuni rumah pandang Yuni.

Ijat yang tadi tengah sedap makan bihun sup pun boleh berhenti menyuap. tengok Yuni adik bongsunya tu.

Aaa..aa….kalau Ali naik basikalll…..Yuni mula meneka, dengan nada ala-ala manja nak kena cubit. Abah!! Dengar la Yuni nak teka ni! Yuni pancing peminat.

Abah yang tadi lebih memberi perhatian kepada Buletin Utama akur dengan Yuni. Layan je la kan.

Kalau Ali naik basikal. Yuni sambung meneka. Siapa naik basikal?

Haha..teka-teki macam ni pun ada. Ijat.

Teka la kalau teror. Yuni cabar lagi.

Ali la. Tu pun susah ke? Ijat beri jawapan. Dengan confident pula tu.

Hahahaha…gelak Yuni lagi panjang. Salahhh..Bukan Ali la, tapi Ali. Hahaha

.

.

.

Ijat sambung makan bihun sup sambil buat-buat hilang pendengaran. Abah sambung melayan Buletin Utama. Sambil kadang-kadang dahi berkerut mendengar harga minyak yang makin naik.

*dah lama tak update ni. eleyh..rindu aku la tu. maaf ya. doakan ayah aku semakin baik ya.