Bicara Balik Surau

Posted: January 2, 2012 in cereka, dakwah, isu semasa, kampung, komedi

Helmi mencungkil cungkil celah gigi. Saki baki daging jamuan di surau tadi masih melekat.  Lupa pula Helmi nak ambil pencungkil gigi atas gerobok dalam surau. Selalunya Helmi tak ambil satu. Tapi segenggam, buat simpanan dan spare di rumah. Hamboihh~

Tak pelik lah kalau Pak Usu pencen tentera tu asyik asyik merungut, ” Qariah surau ni memang hantu cungkil gigi ke haper? Letak sekotak habis! Letak sekotak habis!”

Jarak dari surau ke rumah Helmi tak lah jauh.  Cuma sunyi. Tapi berjalan bersama Mail dan Usop tak lah rasa sunyi sangat.

Bunyi cengkerik bertalu-talu, berselang seli bunyi heretan selipar masing masing. Srohh sreehh…sroohh srehh~

“Mail”  Tiba-tiba Usop buka mulut.

“Ape?” Mail jawab.

“Kau dengar pengumuman Pak Usu tadi?”

“Pengumuman hasil mesyuarat tu?” Mail tanya.

“Haaa”. Usop kata.

Helmi masih cungkil cungkil celah gigi. Saki baki daging jamuan di surau tadi masih melekat lagi.  Lupa pula Helmi nak ambil pencungkil gigi atas gerobok dalam surau. Selalunya Helmi tak ambil satu. Tapi segenggam. Hamboiih~

“Aku tak setuju lansung! Mana boleh Pak usu buat macam tu. Dah lama dah kita buat majlis kahwin kat masjid. Masak-masak kat masjid. Kita dah biasa. Dah selesa. Tiba-tiba nak tukar ke dewan baru tu” Luah Usop.

“Tapi dia tanya pendapat semua dulu kan? Ok la. Ramai yang setuju” Jawab Mail. “Kau datang meeting tu?” Mail tanya.

“Ish. Mesti la datang. Kau tanya Helmi. Kan Helmi? Helmi!”

“Ergh..yee” Helmi jawab, selepas keluarkan jari dari mulut.  Sebentar.

” Tapiiii, dalam meeting tu pun aku dah tak setuju.  Masjid ni besar, bila buat kenduri kat sini kita boleh tarik orang datang masjid. Kumpul ramai-ramai. Bukan sikit, ramai. Cara ni berkesan. Iiish! Aku tak faham la cara Pak Usu fikir. Dia fikir cara lama”

“Usop” Helmi panggil Usop.

“Haaa..” Usop jawab

“Kau ada angakat tangan? Bagitau pendapat kau ni? Masa keputusan tu nak dibuat, kau ada bantah?” tanya Helmi coooool~

“…..” Usop.

“Aku tengok kau senyap je masa meeting tu. Tak ada pula nak banyak cakap macam ni. Haaaa..?”

“…..” Usop.
Yessss!! Daging dari celah gigi Helmi dah tanggal. Esok helmi tak lupa lagi nak ambil pengcungkil gigi. Bukan satu. Tapi segenggam.

Bunyi cengkerik bertalu-talu, berselang seli bunyi heretan selipar masing masing. Srohh sreehh…sroohh srehh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s