Archive for the ‘cereka’ Category

Bicara Balik Surau

Posted: January 2, 2012 in cereka, dakwah, isu semasa, kampung, komedi

Helmi mencungkil cungkil celah gigi. Saki baki daging jamuan di surau tadi masih melekat.  Lupa pula Helmi nak ambil pencungkil gigi atas gerobok dalam surau. Selalunya Helmi tak ambil satu. Tapi segenggam, buat simpanan dan spare di rumah. Hamboihh~

Tak pelik lah kalau Pak Usu pencen tentera tu asyik asyik merungut, ” Qariah surau ni memang hantu cungkil gigi ke haper? Letak sekotak habis! Letak sekotak habis!”

Jarak dari surau ke rumah Helmi tak lah jauh.  Cuma sunyi. Tapi berjalan bersama Mail dan Usop tak lah rasa sunyi sangat.

Bunyi cengkerik bertalu-talu, berselang seli bunyi heretan selipar masing masing. Srohh sreehh…sroohh srehh~

“Mail”  Tiba-tiba Usop buka mulut.

“Ape?” Mail jawab.

“Kau dengar pengumuman Pak Usu tadi?”

“Pengumuman hasil mesyuarat tu?” Mail tanya.

“Haaa”. Usop kata.

Helmi masih cungkil cungkil celah gigi. Saki baki daging jamuan di surau tadi masih melekat lagi.  Lupa pula Helmi nak ambil pencungkil gigi atas gerobok dalam surau. Selalunya Helmi tak ambil satu. Tapi segenggam. Hamboiih~

“Aku tak setuju lansung! Mana boleh Pak usu buat macam tu. Dah lama dah kita buat majlis kahwin kat masjid. Masak-masak kat masjid. Kita dah biasa. Dah selesa. Tiba-tiba nak tukar ke dewan baru tu” Luah Usop.

“Tapi dia tanya pendapat semua dulu kan? Ok la. Ramai yang setuju” Jawab Mail. “Kau datang meeting tu?” Mail tanya.

“Ish. Mesti la datang. Kau tanya Helmi. Kan Helmi? Helmi!”

“Ergh..yee” Helmi jawab, selepas keluarkan jari dari mulut.  Sebentar.

” Tapiiii, dalam meeting tu pun aku dah tak setuju.  Masjid ni besar, bila buat kenduri kat sini kita boleh tarik orang datang masjid. Kumpul ramai-ramai. Bukan sikit, ramai. Cara ni berkesan. Iiish! Aku tak faham la cara Pak Usu fikir. Dia fikir cara lama”

“Usop” Helmi panggil Usop.

“Haaa..” Usop jawab

“Kau ada angakat tangan? Bagitau pendapat kau ni? Masa keputusan tu nak dibuat, kau ada bantah?” tanya Helmi coooool~

“…..” Usop.

“Aku tengok kau senyap je masa meeting tu. Tak ada pula nak banyak cakap macam ni. Haaaa..?”

“…..” Usop.
Yessss!! Daging dari celah gigi Helmi dah tanggal. Esok helmi tak lupa lagi nak ambil pengcungkil gigi. Bukan satu. Tapi segenggam.

Bunyi cengkerik bertalu-talu, berselang seli bunyi heretan selipar masing masing. Srohh sreehh…sroohh srehh

Advertisements

Kreeeuuuk……Kruueeekk…Kreeeuukkk….Krrueeekk….Abang Ali asah parang. “Mah! Ambilkan tuala kecil abang atas almari tu. Kotak rokok pun” Abang Ali minta dari Kak Temah. Abang Ali tukang sembelih lembu. Kalau musim musim korban ni Abang Ali la paling sibuk. Kalah Maher Zain.

Dulu sekali pernah dia nak pencen dari kerja sembelih sembelih ni. Tapi Abang Ali kata. “Ni je la sumbangan aku kat orang kampung Zaki oiiii” jawab Abang Ali bila Zaki, driver teksi yang kerusi belakang teksinya dah koyak koyak tu tanya, bila Abang Ali nak berhenti sembelih lembu.

“Abang. Daging nanti kita buat sup?” kak temah tanya Abang Ali, sambil hulur tuala sama kotak rokok. ” Cicah sambal, euuuw”

“Euwwww” Abang Ali jawab “Tak nak. Kita bakar, cicah sambal….euuuuw”

………………………….

“….ana tengok dah lama tak baca Quran. Qiam pun macam jarang. Ana jamin kalau enta mantain istighfar 70 kali sehari. InsyaALLAH okey. Ana tau dia ikhwah juga. Jangan tertipu. Sebab kita kena ada kekuatan untuk membentuk, jika tak. Kita akan dibentuk….”

Johan kayuh basikal laju-laju. Kali ni je Johan lambat sikit. Sebelum-sebelum ni, belum lagi Gemuk, Napi, Hafzi, Suid, Shidi sampai, Johan mesti dah sampai. Kalau Hafzi bawa sebotol guli, habis Johan sapu bersih. Kalau Suid bawa guli satu tin milo, habis Johan kalahkan.

Johan tak kira dah dengan peluh-peluh muda didahi tu, meleleh-leleh mengikut  hujung-hujung rambut. Tapi hari tu tak lah panas sangat. Selesa dan nyaman. Nak kata panas sangat pun tak. Sejuk sangat pun tak.  Ditengah jalan. Johan nampak seorang wanita tua berjalan bertentangan arah. Langkah laju-laju pula tu.

Oh~Mak Cik Leha janda rupanya.  Setelah beberapa depa jarak menghampiri Mak Cik Leha,Johan tegur. Acik Leha! Nak gi mana tu? Laju bukan main. Johan tanya.  Mak Cik leha janda tak layan pun. Mak Cik Leha  Janda terus langkah laju-laju. Alah, satu kampung dah tahu, kalau tak ke kebun mesti Mak Cik Leha ke kilang maruku Kampung Selatan. Tapi tak kan tengah hari macam ni. Johan cuba menganalisis, tapi tak penting pun. Yang penting dia kena sampai awal ke tempat pertarungan guli.

…………………………

Lambat gila hang Johan! Ingat takut dah nak lawan kami. Hafzi terus tegur Johan. Johan belum lagi turun dari basikal. Belah la. Tengok la guli aku bawa ni. Baru ni. Johan balas, dengan bangga macam selalu-selalu. Johan terus keluarkan guli dari plastik. Jom! Jom! Jom main. Mula! Mula jom! Johan kata, dah betul-betul tak sabar dah.

Di tengah-tengah permainan. Azri, seorang yang menjadi pemerhati tetap setiap permainan. Boleh kata hari-hari dia mesti ada. Cuma yang peliknya, Azri tak pernah pun nak main sekali. Tapi ada satu perkara yang selalu Azri ni lakukan. Batu api. Azri tak habis melaga-lagakan  Johan dan yang lain. Padahal Johan dan yang lain ok je. Mereka akrab. Cuma kadang-kadang bermain dan nak  merebut kemenangan tu biasa la kalau gaduh sikit-sikit.

Hari ni Azri dengan modal yang baru, dia cuba bagi tahu Hafzi, Shidi dan Suid yang Johan ni cuba main tipu. Nak menang cepat. Kata Azri, sebab tu Johan ni selalu menang.

Nasib Azri hari ni baik. Semua hasutan dia mengena. Sampai Hafzi dan Johan siap bertekak. Tarik-tarik baju. Dah siap tumbuk-menumbuk dah. Azri bangga, seronok gila dia tengok budak-budak tu bertekak. Johan, Hafzi, Suid yang asalnya mempunyai matlamat yang sama; menang main guli dan jadi bergaduh-gaduh. Dan puncanya dari orang luar. Yang tak ada lansung kaitan dengan permainan. Ish. Ish. Ish.

Sekali lagi hang cakap aku main tipu, aku baling guli hang kat jalan. Berani?! Cakap lar?! Bentak Johan.

Si Hafzi pula bukan jenis boleh dicabar. Nak cakap la ni!! Hafzi balas balik. Joo Haan memang main tiipuu!

Apa lagi. Johan terus ambil botol Hafzi yang penuh guli tu dan dibaling ke tengah jalan. Botol berkecai dan guli berterabur keluar. Hafzi cuba meluru untuk selamatkan gulinya yang dah berterabur tu. Tiba-tiba. PooOOooonnnn!! Lori besar datang dari arah barat menghala kea rah Hafzi. Dan sipi sipi lagi nak langgat Hafzi. Namun lori tersebut sempat mengelak. Meluru ketepi jalan. Hafzi selamat walau dengan keadaan penuh terkejut. Malangnya , lori  tu gagal dikawal dan melanggar seorang wanita tua  yang sedang berjalan. Berjalan laju-laju.

Mak Cik Leha! Mak Cik leha! Mak Cik Leha janda dilanggar lori! Hafzi jerit sekuat hati. Dalam terkejut.

Suid, Gemuk, Napi , Shidi dan Johan terkesima.

Cuma Azri sudah hilang. Guli-guli milik semua orang juga hilang. Azri larikan.

p/s: Mak Cik Leha Janda tak sempat pergi SC. Keh..keh..keh..Azri? Memang dia tak nak pergi. tak dijemput pun.

Entry kali ni bukanlah mesra pembaca. Panjang nak mati.

Kilang maruku kita dah maju. Dah ramai yang suka makan maruku kita. Dah ramai juga yang bekerja di kilang maruku kita tu. Tapi dalam kemajuan tu macam ada cacat cela sikit. Biasa la tu kan. Tapi bagi Mak Cik Leha Janda, ada seperti sesuatu yang tak kena dengan kilang maruku yang dimiliki bersama Persatuan Wanita Kampung Selatan.

Pagi tu, Mak Cik Leha Janda tak kira. Macam mana pun dia kena luahkan juga.

Aku tak kira!! Kata Mak Cik leha Janda.

Aku nak diorang tahu yang perjuangan kita adalah nak bagi maruku ni laku. Dapat untung! Tak kisah la orang kenal ke tak kilang kita tu! Ini tak,asyik-asyik sibuk dengan kerja-kerja yang tak membuahkan amal. Ececece…Mak Cik Leha meluahkan rasa.

Kisahnya. Sekarang dah pecah-pecah.

Dulu semua  macam satu kumpulan besar yang bekerja membuat maruku. Sekarang. Ada kumpulan yang pom pang pom pang pom pang pom pang cakap pasal kepentingan kilang dan kepentingan menjadi pekerja kilang yang baik. Tapi haram, puak-puak ni lansung tak tahu nak buat maruku. Ada satu group ni sibuk dengan kursus-kursus membina pekerja berkualiti kononnya. Dah tentulah Osman Ayam  sebagai ketua. Kalau siapa tak kenal Osman Ayam kat Kampung Selatan ni silap la. Dia memang hebat dengan teori dan fakta-fakta dari buku-buku motivasi menjadi pekerja berkualiti.

Masih lagi menyokong perjuangan memajukan pengusahaan maruku,  Karim sekepala dengan  Mak Cik Leha Janda, katanya kilang tu hanyalah tempat nak mudahkan kerja kita. Kalau tak ada kilang tu? Karim bertanya. Adakah bermaksud kita kena hentikan perniangaan maruku kita ni? Hah! Jawab! Jawab! Luah Karim dalam satu meeting satu masa dulu. Dah tentu jawapannya tak!! Kita mesti teruskan kerja membuat maruku ni, sebab ni memang kerja kita. Karim menambah.

Cuma bezanya Karim dan Mak Cik Leha Janda adalah, Mak Cik Leha bekerja dan terlibat secara lansung dengan kilang. Tapi Karim tak. Dia jual maruku sendiri-sendiri. Bekerja pun dengan orang-orang dia sahaja. Cumanya yang tak best bagi Mak Cik Leha Janda dengan Karim ni adalah sifatnya yang mudah sangat mencari kelemahan gerak kerja membuat maruku dalam kilang tu. Tapi dia tak bagi idea pun. Padahal dulu dia dapat resepi nak buat maruku pun dari kilang tu lah. Kalau diminta untuk bekerja dalam kilang. Karim akan kata dia cuma akan tengok-tengok orangnya dihujung kampung. Kami pun buat maruku juga. Karim kata.

……………………………..

Suasana tengahari tu selesa sangat. Panas sangat pun tak. Hujan sangat pun tak. Mak Cik Leha Janda langkah laju laju menuju ke kilang. Sambil dikilang, Mak Cik Susila, Mak Cik Rabiah ,  Datin Masrobi, Pak Cik Suhai Sepet dan beberapa orang lagi yang terlalu asyik dengan kemajuan kilang tapi tak berapa pasti kemana tujuan nak bawa maruku mereka sedang sibuk bekerja. Uli-uli tepung. Gaul-gaul perencah. Yang penting Osman Ayam  mestilah ada sekali dalam kilang tu.

Kedegaaaang! Tiba-tiba pintu kilang terbuka pantas. Berdiri Mak Cik Leha Janda didepan pintu.

Hah! Hari ni aku nak bagi tahu kau orang semua. Mak Cik Leha mula berucap. Jari telunjuk menekan-nekan daun pintu. Dengar sini! Aku nak kau orang faham. Perjuangan kita adalah nak bagi semua orang rasa maruku kita. Sedap dengan maruku kita. Kampung kita dah gersang dari maruku yang sedap-sedap. Ni tak! Kita hanya sibuk dengan kerja-kerja selain tu. Sibuk dengan nak besarkan kilang. Sibuk dengan nak tukar hiasan dalam kilang. Semua tu tak salah kalau kita semakin maju dalam proses buat maruku. Ni tak.

Mak Cik Leha janda menapak setapak dua ke depan. Ni ha! Ni ha! Tepung ni salah ni. Kata Mak Cik Leha sambil meangkat satu plastik tepung yang dah kosong dari lantai.Kita bukan guna tepung ni! Kau orang sudah menyeleweng. Tak ikut resepi yang asal. Mak Cik Leha semakin marah. Kalau resepi pun salah, besarkan kilang pun tak guna.

Mak Cik Leha janda nak teruskan syarahan, tapi dia dah rasa tak perlu. Buang karang je marah-marah. Mak Cik Leha nak pindah kampung. Cari jalan sendiri. Dia nak join kilang lain katanya. Mak Cik Leha berlalu dari kilang.

Senyap. Semua saling pandang memandang.

*

*

*

Gedegaaaang!! Bunyi dari jalan raya. Mak Cik Leha! Mak Cik Leha! Kedengaran orang menjerit. Mak Cik Leha Janda dilanggar lori. Mak Cik Leha Janda mati syahid.

Habis.

Kilang maruku Mak Cik Leha dah maju. Dah ramai yang suka makan maruku Mak Cik Leha. Dah ramai juga yang bekerja di kilang maruku Mak Cik Leha tu. Tapi dalam kemajuan tu macam ada cacat cela sikit. Biasa la tu kan. Tapi bagi Mak Cik Leha Janda, ada seperti sesuatu yang tak kena dengan kilang maruku yang dimiliki bersama Persatuan Wanita Kampung Selatan.

p/s: Mak Cik Leha Janda tak sempat pergi SC. Keh..keh..keh..

Pagi tu lepas hujan di Kota Perdana.
Mak Bedah datang terhenjut-henjut.
Macam sakit kaki je.  Hari ni Mak Bedah ingat tak nak puasa sunat, macam selalu-selalu.  Macam mana nak puasa sebab batuk kering Mak Bedah menjadi-jadi. Kalau puasa, macam mana nak makan ubat.

Mak Bedah datang terhenjut-henjut.
Kali ni mak bedah pakai tudung bulat tau~.Tudung besar. Kalau dulu-dulu Mak Bedah lebih suka pakai selendang. Lipat-lipat sahaja kat kepala. Lepas tu siap. Bukan tudung je besar, kali Mak Bedah pakai stokin. Wallauweyh~ Mak Bedah dah jadi ustazah tu~.

Ni! Ni! Ni! Mak Bedah ketuk-ketuk meja. Macam Mak Bedah selalu buat dulu-dulu. Ni! Ni ha! Kau dah derma? Mak Bedah tanya Dolah.

Mak Bedah~. Yer pun bagi la salam. Dolah sahaja cari pasal.

Keletuk! Aduhai~macam biasa payung Mak Bedah singgah ke kepala Dolah. Mak Bedah tak senyum pun.

Ni Haaa! Jawab soalan aku! Dah derma? Mak Bedah lagi. Sambil hulur artikel tentang Palestin.

Erk!! Dolah tergamam. Derma Palestin rupanya.

Dah! Dah!Kau ambil ni. Pergi photostat! Mak Bedah hulur satu keping artikel palestin. Lepas tu edar! Mak Bedah sambung.

Photostat? Dolah tanya, sambil sapu buih teh tarik kat bibir. Buat-buat blurr, tapi memang dia blurr pun.  Mana dia tau apa-apa pasal Palestin. Dolah bukan macam remaja-remaja yang selalau pakai badge atau tampal sticker Palestin di kereta tu. Alahai Dolah~

Mak Bedah tenung mata Dolah. Sumpah! Kalau kau ditempat Dolah. Kau akan rasa mata Mak Bedah tajam macam pisau.

Tak kan photostat pun dah tak pandai~ Mak Bedah sambung lagi. Sambil acu-acu payung kat kepala Dolah.

Lepas tu edar kat kolej kau! Tau? ………..Tau tak ni?

Erk!! tau~tau~. Dolah jawab.

Mak Bedah pergi terhenjut-henjut. Hari ni Mak Bedah ingat tak nak puasa sunat, macam selalu-selalu.  Macam mana nak puasa sebab batuk kering Mak Bedah menjadi-jadi. Kalau puasa, macam mana nak makan ubat.

Tiba-tiba Mak Bedah pusing.

Kau minum apa tu? Nescafe?

Eh! Mana ada. Teh tarik la. Dolah jawab.

Bagus! Ingaaaat….Nescafe tu Nestle. Boikot tau! Mak Bedah pesan.

Hoho.Dolah lagi la blurr. Boikot apa hal pula? Mana dia tau apa-apa pasal boikot. Dolah bukan macam remaja-remaja yang selalau pakai badge atau tampal sticker boikot Israel di kereta tu. Alahai Dolah~

Mak Bedah pergi terhenjut-henjut. Hari ni Mak Bedah ingat tak nak puasa sunat, macam selalu-selalu.  Macam mana nak puasa sebab batuk kering Mak Bedah menjadi-jadi. Kalau puasa, macam mana nak makan ubat.

Mak Bedah pusing lagi. Hah? Kau tahu Dolah?

Tahu apa? tanya Dolah, dalam hati Dolah kata “apa lagi la orang tua ni~”

Barack Obama tu ha! Mak Bedah sambung. Dia nak cat White House dengan warna hitam.

Hoho. Lagi Dolah blurr.

Mak Bedah pergi terhenjut-henjut. Dicelah ketiak dicepitnya beberapa helai artikel. Kali ni mak bedah pakai tudung bulat tau~.Tudung besar. Kalau dulu-dulu Mak Bedah lebih suka pakai selendang. Lipat-lipat sahaja kat kepala. Lepas tu siap. Bukan tudung je besar, kali Mak Bedah pakai stokin. Wallauweyh~ Mak Bedah dah jadi ustazah tu~.

p/s: Kau macam Dolah ke? Alahai~

Aku ingin menjadi seperti engkau. Sebab aku lihat engkau ni hebat.

Engkau seorang yang hebat kerana dapat menjaga syariat walau dalam apa jua keadaan. Berprogram, bermesyuarat, bersukan dan apa jua aktiviti yang egkau sertai, engkau masih mengutamakan syariat. Waktu solat, pergaulan, tatatertib, adap sopan sebagai seorang muslim tidak tercemar walau apa jua kedaan yang engkau lalui. Hebat la engkau.

Walau masa engkau penuh diisi dengan program-program tertentu, engkau masih tidak melupakan al-Quran. Malah masa untuk membacanya adalah lebih utama. Tiada apa yang boleh mencuri masa engkau untuk membaca al-Quran. Hebatnya engkau.

Engkau tidak kisah apa tanggapan orang terhadap engkau jika engkau tidak menyertai mereka dalam gelak ketawa dan gurau senda yang melalaikan. Namun, engkau masih menjaga hubungan dengan mereka untuk mengelakkan agama engkau difitnah sebagai agama yang tidak mesra. Sesekali jika engkau alpa, cepat-cepat engkau memohon taubat. Engkau redha bahawa hamba tidak pernah lari dari tidak membuat dosa. Maka taubat engkau bayar sebagai ganti. Tidak pernah sekali engkau berbangga dengan dosa. Hebatnya engkau.

Mereka menyanyi, engkau juga menyanyi. Bermesyuarat juga macam biasa. Sukan juga begitu. Tapi syariat tetap syariat, engkau pelihara dengan cermatnya. Yang utama pelu diutamakan. Hebatnya engkau.

Walupun ramai dari mereka yang tidak faham malah pernah menganggap engkau sombong, namun engkau tetap sabar dan redha. Yakin dengan mengutamakan syariat akan beroleh kebaikan membuatkan engkau lebih tabah menjaganya. Itu akan membuatkan engkau tidak peduli dengan kata-kata serta umpatan mereka.

Namun, lemahnya iman aku kerana tidak boleh menjejaki langkah engkau.
Persoalannya bilakah aku boleh menjadi seperti engkau.
Bagaimana engkau menjaga waktu solat, tutur kata, pergaulan, adap sopan, dan mahmudah yang lain membuatkan aku bertambah tertarik untuk bersikap seperti engkau.

Kerana engkau hebat. Aku ingin menjadi seperti engkau.

Original Version

Hari ni Mak Bedah sakit gusi. Ulser. Kepala pun sakit katanya.

Eh! Azahs Mart ada jual Panadol. Mak Bedah tanya aku, sambil kedua-dua jari telunjuk tekan-tekan pipih dahi sebelah mata. Kau pergi beli jap. Mak Bedah suruh aku. Heellllllllo! kata aku. Dalam hati. Mahunya aku balas macam tu kat Mak Bedah. Kena bedah free tak pasal-pasal.

Aa..saya ada kelas ni Mak Bedah. Mak Bedah jalan la. Dekat je kan. Aku. Mak Bedah berhenti tekan-tekan pipih dahi sebelah mata. Mata jegil tepat kemata aku. Fuuuyyoooo, Mak Bedah main mata. Takut juga aku. Tapi tak lama.

Kau tak bercinta ke? Mak Bedah tukar tajuk, disaat perempuan-perempuan jelita lalu depan cafe, sambil kedua-dua jari telunjuk tekan-tekan pipih dahi sebelah mata. Tu ha! Kan cun tu!

Buat apa? aku tanya balik. Saya kan nak belajar lagi. Mada ada masa. Mana nak buat assignment, nak dating, nak baca kitab, nak basuh motor, nak tidur, nak main game, yang paling penting nak layan Mak Bedah. HA HA HA!

Keletuk! Mak Bedah ketuk dengan payung.
Adei!

Orang kata penantian satu penyiksaan. Memang la kan. Macam aku, menanti saat-saat tamat subjek terakhir exam amat-amat-amatlah menyeksa. Apatah lagi kalau mata mengadap buku, otak dah kat rumah di kampung makan pisang goreng. Kata orang lagi, lagi banyak penyiksaan, lagi manis yang kita dapat diakhir penantian. Waaaaahaaa! Tapi aku tak berapa pasti, penantian aku berakhir macam mana. Kalau kau mesti nak lulus dengan la la la kan? Sama la kita. Doakan aku tau! Tau! Tau!

Tadi, pergi cek surat kat pejabat kolej. Cek punya cek nampak surat dari Jusco. Dapat baucer RM20. Hooyeeyhh!! Dapat juga aku jalan-jalan malam ni. Orang kata(orang ni berbeza dengan orang kata diatas) “Dua ploh pun nak bisinggg”. Haha…orang yang poket nipis macam aku ni, bukan kata dua ploh. Se-ploh pun bising la.

Tapi yang paling best petang tadi. Mak Bedah Kota Perdana datang kat aku. Masa aku baru goyang-goyang straw dalam milo ais. Nampak Mak Beda dari jauh. Panas masa tu bukan main. Tapi payung Mak Bedah dibuat tongkat. Tapi Mak Bedah bukan jenis makan pinang sampai merah mulut.

Ni ha! Ni ha! tangan Mak Bedah tenyeh-tenyeh muka depan akhbar Metro. Aku dah kata. Mak Bedah tepuk-tepuk akhbar Metro. Aaaaartis kalau bercinta, bukan main nak ghak(rak)!

Dalam hati aku kata. Alahai, makcik-isme dia datang dah.
Dah tu napenye Mak Bedah? aku tanya Mak Bedah. Jodoh di tangan Tuhan kan.

Haiiih…Mak Bedah jegil mata. Dulu kan dia orang ni bukan main lagi cintanya. Siap jadi cover majalah ni majalah tu. Tup-tup! Dah putus.

Aku goyang-goyang straw dalam milo ais.

Tu la. Orang tua selalu pesan. Kalau bercinta jangan lupa batasan agama. Mak Bedah ceramah, beri pesan.

Aku goyang-goyang straw dalam milo ais.

Tu la. Orang muda-muda tak nak dengar pesan orang-orang agama. Mak Bedah lagi, sambil betulkan beg tangan dicelah ketiak. Dikepit erat-erat.

Aku goyang-goyang straw dalam milo ais.

..

..

..

..

Psstt! Ada tip nak halau mak Bedah?

AzriMan dan YusofMan cuti hari ni. Bapa mertua bos tempat mereka kerja nak pergi umrah. Masuk kali ni, dah lima kali ayah bos pergi umrah. Kali ni ayah bos bawa isteri baru. Isteri muda. Baru lepas dapat ijazah. Umrah dengan isteri muda tuuuu….

Bila dah janji, seperti biasa AzriMan dan YusofMan jumpa di Cafe Pak Mus untuk minum macam selalu-selalu. Kebetulan kawan sekerja mereka yang seorang lagi, NabilMan pun ada kat situ. Mereka bertiga ni betul-betul rapat. Tak macam kawan-kawan zaman sekarang.

NabilMan: Eh…dua je?
YusofMan: Eh…tak der lah. Kan tiga buah bas ni. Lagi mau tanya! Ketuk Baru tau.

AzriMan senyum….

NabilMan: Dah tengok Mehnah?
AzriMan: Hah!! Mehnah! Mehnah apa?

Azriman keliru…
YusofMan: Mehnah?

YusofMan pun…
NabilMan: Ala…tu la kau orang!! Kita kena la sensitif dengan kritikan dan penghinaan terhadap agama kita. Sampai dia orang keluarkan filem kutuk agama kita pun kau orang tak tahu. Orang lain dah siap boikot-boikot tau. Hey!! Hey!! ambil tahu la sikit tentang hal semasa.

AzriMan: Yang Belanda keluarkan tu ke?
YusofMan: Yang filem pendek tu?
Nabilman: A` ah…
YusofMan: Tu Fitnaaaa laaaa…..bukan Mehnah!!

Waaa....

Hee….Malu la…
Aku tukar template baru. Malu tauuu..Mesti kau kata lawa kan!! Eley..eley..tak
ngaku la tu…Mula-mula pilih yang simple, tapi nanti orang kata aku orang tak pandai menilai seni. Tapi yang ni pun lawa kan…
Alaa…
Jangan la puji lebih-lebih. Pipi aku dah merah tau…
Kau niiii……

Minggu ni macam banyak program tau. Minggu -minggu lepas pun sebenarnya.
Esok pagi sepatutnya ke Mutiara Resort. Ada Malam Penghargaan Khidmat Masyarakat
yang aku dan rakyat-rakyat Kota Perdana pernah pergi dulu. Dari pagi sampai la
malam. Sekejap je, tak la lama sangat. Fuh..tapi mestilah penat nanti.
Bagusnya
malangnya aku tak dapat pergi. Pertamanya SiNap tak ikut. Dia
balik kampung. Kasihan dia tau….erm..tak boleh la bagi tahu sebabnya, nantilah.
Keduanya aku ada program kitab-kitab malam ni, pagi dan malam esok. Ketiganya,
memang aku malas pergi. Haha… tak kisah la SiNap ada ke….ada program
kitab-kitab ke…..ataupun malam tu dihadiri artis-artis dari langit.

Tadi. Lepas Jumaat, ada kempen memboikot Belanda. Ramai juga orang bagi nama
dan tandatangan. Maknanya ramai juga la pelajar Muslim yang sedar. Tak lagi
dengan sikap TAK PEDULISME. Kalau tak, asyik sibuk dengan Akademi Plastik, tak
pun dengan isu-isu dan kerja-kerja sendiri.

HamidMan yang selalu jual CD cetak rompak tu pun tandatangan. Lepas tu masa
nak ambil motor keluar dari parkir, dia bagi tahu aku, “harap-harap aku menang
pertandingan tandatangan ni”. Alahai. Ketuk baru tau. Biarlah siapa pun mereka, janji mereka tahu dan faham kenapa mereka menurunkan tandatangan.

SufiMan lagi best. Dia kata dia tak tandatangan pun. Dia lukis spongebob. Seorang lagi nak kena ketuk. Ketuk betul-betul baru tau.

Hah!!!! mesti nak tau kan. Atas tu. Nak tahu cuba la klik. Bukan apa. Semalam. Tak tahu nak buat apa. Selak-selak gambar. Teringin pula rasa nak kongsi. Selain gambar tu, ada banyak lagi yang aku baru upload. Lawat ya, tinggal komennya sekali tau.

LINTASLANSUNG:
Jom Sertai Kami

Hari ni tak ramai orang kat Cafe Pak Mus. Kakak-kakak
cleaner
yang selalu makan-makan kat situ pun tak nampak. Mybe cuti
kot. Tak pun dah tukar kerja kat lain. Bukan tu je. Kucing-kucing yang selalu main gaduh-gaduh tu pun tak nampak.

AzriMan baru saja sampai. Baru saja menarik kerusi dia dah
mula bercerita.

Kita memang kena kena boikot! Mana boleh macam ni tau!
Azriman kata. Mana boleh buat video-video macam tu! Kita tak boleh duduk diam!

YusofMan yang dari dari tadi menunggu kehadiran AzriMan
hanya menguis-nguis ais dengan straw bengkok kaler hijau. Cuma sesekali mengakat
kening melihat AzriMan berceloteh. Jus oren yang diminta dah rasa tawar. Ais-ais
yang timbul-timbul tu pun dah jadi kecil. AzriMan melabuhkan punggung dikerusi kayu

Aku bukan la baik sangat. Azriman merendah diri. Baca Quran
pun celap-celup. Tapi aku tak boleh tengok orang-orang Belanda tu mainkan agama
kita. Dengar tak ni?

YusofMan angguk-angguk.

Belum sempat AzriMan menyambung. YusofMan mencelah.

Kau nak order apa? Yusofman tanya. Hari ni aku belanja.

Bagi aku jus Durian Belanda satu.

Hari ni tak nampak pun kucing-kucing yang selalu main
gaduh-gaduh tu .Bukan tu je. Kakak-kakak cleaner yang selalu makan-makan
kat situ pun tak nampak. Dak kerja kat tempat lain kot.

Hari ni tak ramai orang kat Cafe Pak Mus.

LINTASLANSUNG:

Apa kata Dr Zaharuddin


Mufti Perak gesa pendakwah Islam bangkit
tentang filem Fitna


Kempen Boikot Barang Belanda

Osman bangun meninggalkan secawan kopi separa panas di meja. Mana taknya. Baru sahaja nak buka bisnes, dah kena gelak. Mana Osman tahan kena gelak. Osman pun bukannya pakar-pakar jualan lansung yang tahan sabar dan pandai susun ayat bunga-bunga. Malah tak pernah pun Osman hadir kursus-kursus perniagaan.

Tadi.

……………………………………………………………………………………………

Osman bukanlah macam lelaki-lelaki biasa yang tak kisah memakai tali leher pink atau seluar belang-belang walaupun kemeja warna hijau pekat. Setiap pemakaiannya dijaga rapi. Dibilik, boleh kata setiap kain pelikat kena ada baju melayu sendiri, warna pun kenalah matching. Setiap tali leher, ada kemeja tertentu sahaja yang boleh dipakai bersama. Fuuuyyyyoo…

Macam sekarang, dia sembang-sebang pasal macam mana dia jaga muka. Osman kata zaman sekarang tak perlu habis duit banyak-banyak atau banyak-banyak habis duit. Macam dia habiskan duit dulu-dulu. Masa-masa cara baru belum ada. Masa Dato’ tu belum ajar cara baru. Sekarang dah ada cara baru.

Tak perlu lagi guna botox, setakat krim-krim muka dah tak main la. Osman kata.
Haha…kawan yang minum semeja dengan Osman gelak.

Walaupun sejak tadi dia diketawakan, Osman masih tak kisah.
Dia tetap pertahankan pendapatnya.

Korang buta ke? Osman keluar hujah. Hey! Heyy! Kalau tak berkesan , takkanlah Dato’ tu guna cara aku. Dah! Dah!. Beli ni hah. Gerenti muka licin. Pujuk Osman.

…………………………………………………………………………………………..

Osman bukanlah pakar-pakar jualan lansung yang tahan sabar dan pandai susun ayat bunga-bunga. Malah tak pernah pun Osman hadir kursus-kursus perniagaan. Sebab tu la dia fikir, kalau statement yang Dato’ tu keluarkan sudah cukup untuk membuatkan jualan tempenya laku.

Osman bangun terus meninggalkan secawan kopi separa panas di meja. Mana taknya. Baru sahaja nak buka bisnes, dah kena gelak Mana bleyyy!!!!!