Archive for the ‘cinta’ Category

Serius!

Hari ni Hairi(bukan nama sebenar) sungguh sungguh happy. Happy sungguh sungguh katanya. Tapi seorang seorang sahaja la. Hairi tak tunjuk. Hairi kata kalau boleh dia nak tulis kat status facebook dia simbol smiley banyak banyak. Haha..

Hairi dah sujud syukur dah. Lepas ni Hairi tak perlu lagi gusar bagi pihak orang lain yang sepatutnya lagi gusar. Hairi tak perlu lagi risau bagi pihak orang lain yang sepatutnya lagi risau. Hairi tak perlu lagi fikir fikir soal semua benda tu bagi pihak orang lain yang sepatutnya lagi kena fikir fikir soal semua tu.

Hairi sangat happy. Happy sangat sangat. Tak tahu macam mana nak cakap dah. AlhamduliLlah. Hairi kata, ‘walaupun aku macam tak gembira. Tapi aku gembira kooot. Dalam doa aku sebut jugak koooot nama dia koooot‘. Serius!

 

Hairi sangat happy. Happy sangat sangat. Tak tahu macam mana nak cakap dah. AlhamduliLlah. Hairi sangat happy, bagi pihak mereka. Sebab akhirnya, mereka bersatu jua.

Advertisements

Kreeeuuuk……Kruueeekk…Kreeeuukkk….Krrueeekk….Abang Ali asah parang. “Mah! Ambilkan tuala kecil abang atas almari tu. Kotak rokok pun” Abang Ali minta dari Kak Temah. Abang Ali tukang sembelih lembu. Kalau musim musim korban ni Abang Ali la paling sibuk. Kalah Maher Zain.

Dulu sekali pernah dia nak pencen dari kerja sembelih sembelih ni. Tapi Abang Ali kata. “Ni je la sumbangan aku kat orang kampung Zaki oiiii” jawab Abang Ali bila Zaki, driver teksi yang kerusi belakang teksinya dah koyak koyak tu tanya, bila Abang Ali nak berhenti sembelih lembu.

“Abang. Daging nanti kita buat sup?” kak temah tanya Abang Ali, sambil hulur tuala sama kotak rokok. ” Cicah sambal, euuuw”

“Euwwww” Abang Ali jawab “Tak nak. Kita bakar, cicah sambal….euuuuw”

………………………….

“….ana tengok dah lama tak baca Quran. Qiam pun macam jarang. Ana jamin kalau enta mantain istighfar 70 kali sehari. InsyaALLAH okey. Ana tau dia ikhwah juga. Jangan tertipu. Sebab kita kena ada kekuatan untuk membentuk, jika tak. Kita akan dibentuk….”

* Post kali ini juga bukanlah post yang mesra pembaca. Tapi bukan bermaksud  aku sudah tidak mesra seperti jejaka-jejaka hebat diluar sana. Aku masih lagi begitu, cuma jari aku lebih suka menulis beberapa ketika ini. Nada tulisan kali ini mungkin mengelikan hati mana-mana pihak atau mungkin menyebakan kalian mengatakan aku poyosss….hehe. Tapi ketahuilah bahawa ini adalah blog musafirmenulis, bukan kalianmenulis….so…biarkanlah aku terus menulis.

Berat!

Dan kadang-kadang aku gagal melakukannya. Bila difikir-fikirkan, aku rasa amat-amat takut. Mungkinkah diri aku yang lemah dan banyak dosa ni yang menyebabkan mereka sukar berubah.

Sifat-sifat mazmumah yang masih ada sisa-sisanya dalam diri ni terasa seolah-olah hijab untuk aku menerima kejayaan dalam kerja-kerja yang berat macam yang aku lakukan sekarang. Bukan tak pernah untuk aku berusaha, namun bila berdepan dengan situasi genting, tak semena-mena aku gagal mengawal diri. Mudah marah, bersangka buruk, sukar memaafkan dan banyak lagi perkara-perkara yang sepatutnya aku dah buang jauh-jauh sebelum aku menjadi Walid/Al Ab/Al Umm, Syeikh, Ustaz/Muallim, dan Qaid.

Teringat perbincangan malam tu. Tentang ujian dalam dakwah.  Sebenarnya, kita belum lagi bertemu dengan ujian yang sebenar-benarnya ujian dalam medan dakwah ni. Ujian yang dilalui sekarang hanyalah ujian-ujian duniawi ataupun ujian-ujian yang datang dari diri kita. Malas la. Masa tak cukup la. Penat la. Nak rehat la. Ada kerja lain la. Padahal kerja dakwah yang sebenarnya dilakukan tak lah sehebat mana pun. Belum cukup untuk menuntut masa rehat. Apatah lagi nak kata diri dah penat.

Ayahkah aku?

Berbalik pada koreksi diri. Untuk menjadi murobbi yang mempunyai ciri-ciri Walid/Al Ab/Al Umm, aku berfikir panjang. Adakah aku dah lakukan semua ni. Seorang ayah yang sepatutnya memantau anak-anaknya, yang merasa sakit ketika anaknya sakit, yang merasa gembira tatkala anaknya gembira, yang menjanjikan bantuan dalam apa jua keadaan, yang merasa runsing dengan amal anak-anaknya, yang ingin memastikan anaknya sentiasa dalam kemantapan iman, memastikan anaknya sentiasa dalam kebahagian dan banyak lagi tugas-tugas berat.

Maaf adik-adik yang amat-amat abang sayangi. Kadang-kadang abang terlepas pandang. Tidak dapat abang bantu dalam keadaan kalian memerlukan. Apatah lagi nak merasa susah tatkala kalin susah. Namun bukanlah abang bermaksud mahu melepaskan tanggungjawab, cuma kelemahan dalam diri menyebabkan ianya tak telaksana. Kadang-kadang bantuan yang kecil-kecil seperti mahu meminjam kereta, masalah kewangan, dan banyak lagi masalah lain abang tak mampu berikan. Maaf!

AlhamduliLlah, bagi yang sudi berterus terang. Abang tidak menyalahkan kalian, malah dengan cara itulah abang dapat baiki diri. Seperti mana abang sering menasihati mahukan adik-adik berubah dan mengislahkan diri, begitulah jugalah harapan agar abang juga dibetulkan sekiranya diri abang melakukan kesilapan.

Abang gagal menghadirkan diri  dan berada ditempat kalian pada saat-saat tertentu. Maaf sekiranya abang tidak menerima alasan-alasan yang diberikan ketika kalian tidak berkesempatan untuk bersama-sama dalam sesuatu program. Percayalah, ianya disebabkan abang mahukan perubahan dalam diri kalian. Bukan niat untuk memaksa. Tapi seperti yang selalu kita ulang-ulang, jalan ini perlukan pengorbanan. Bukan sedikit masa, bukan setitik peluh, bukan sedikit ruang dalam fikiran yang perlu kita luangkan.

Namun, mungkin abang hanya mengajak dan kadang kala mungkin memaksa tanpa melihat masalah-masalah yang mungkin kalian hadapai. jauh sekali untuk turut sama merasa susahnya berada ditempat kalin. InsyaALlah, akan kucuba. Terima kasih sekali lagi kepada yang berterus terang.

Syeikh, lagilah berat.

Mempunyai rohani yang bersih. Iman yang kuat. Ruhiyyah yang terpelihara.
Adakah aku sudah laksanakannya kepada kalian, sedangkan semuanya akan dipersoalkan nanti keatas bahu ini. Cukupkah sekadar kita setkan amal-amal harian pada setiap minggu, tanpa aku sendiri bersama mengajak kalian mengamalkannya. Cukupkah sekadar hanya bertanya pada setiap kali perjumpaan tanpa aku meluangkan masa untuk bersama-sama  beramal bersama kalian.

Bukankah sebelum aku mengajak, aku juga perlu memantapkan diri, memastikan iman aku juga sihat, akhlak aku juga sihat, dan peribadi aku juga sihat.


Ustaz/Muallim

Aku cuba berikan yang terbaik, akan aku cuba berikan apa yang termampu. Tapi maaf, ianya juga seakan gagal. Dalam keadaan keluarga-keluarga lain giat berkongsi ilmu. Aku sekadar melihat dan tidak berusaha menambah ilmu diri agar lebih banyak dapatku luahkan. Bukan sedikit soalan-soalan yang aku gagalkan selesaikan. Namun percayalah, selagi termampu dan berdaya akan aku teruskan usaha murni ini. Ingin juga aku melihat kalian selepas ini juga melakukan tugas yang sama. Membawa keluarga-keluarga sendiri. Membuat perubahan-perubahan kecil atau besar.


Qaid

Memimpin dengan memberi tauladan. Haahh…sekali lagi aku rasa amat gagal. Pemimpin yang baik adalah yang mampu memimpin diri sendiri. Sekali lagi terima kasih kepada yang berterus terang dan memberi nasihat. Aku sepatutnya memimpin kalian untuk berjalan dijalan ini. Bagaimana, dengan apa, caranya, syaratnya perlulah aku berikan.

Adik-adik. Atas kelemahan diri abang, mungkin banyak benda yang tak dapat terlaksana yang sedikit sebanyak merosakkan semangat dan tumpuan kalian. Marah abanga bukan bermaksud kalian dibenci. Kegagalan membantu bukan bermaksud kalian mahu diabaikan. Tidak bersama bukan bermaksud bosan. InsyaAllah, hati kita dihubungkan dengan fikrah, akidah, tujuan, niat dan matlamat yang satu. Ikhlas dari yang ingin melihat perubahan.

*Terima kasih pada insan yang mengirimkan email yang mencetuskan aku untuk menulis perkara ini.

*Post ini bukanlah mesra pembaca. Tulisannya agak panjang dan maksudnya juga agak bersastera. Tapi kau hebat kan. So, baca sajalah.musim_peperiksaan_4

*Sepatutnya kartun ini gambar lelaki. Dan yang sakit itupun lelaki, bukan Fatimah. Aku dah puas cari, tapi mungkin lelaki tak suka tunjukkan rasa cinta melalui kartun-kartun macam ni. Lelaki lebih suka berahsia. Tapi cintanya berbisa. Eeeuuwww~

Macam aku selalu cakap-cakap. Cinta kami hebat, kurniaan Illahi, AlhamduliLlah. Didalam keluarga-keluarga yang kami selalu bersama baca kitab-kitab, benda inilah yang ditekankan.

“Kalau boleh ana nak demam je lama-lama” kata seorang pembaca kitab-kitab.

Alamak! Bahaya ni.

Time demam macam ni bilik ana macam ada kenduri” tambahnya lagi.

_________________________________________________________________________________________________

Adik-adik, hakikatnya apa yang kita ngin capai adalah sesuatu yang lebih besar daripada ini. Bukan setakat ukhuwwah. Bukan setakat ziarah menziarahi. Bukan setakat makan-makan bersama. Bukan setakat berprogram dengan kerusi empuk dan penghawa dingin canggih.Itupun ada lagi yang keberatan.

Tetapi, ingin melihat Islam berada ditempat selayaknya adalah cita-cita yang seharusnya kita bebani bersama. Bukankah kita sudah tahu apakah kemanisan dan balasan Allah kepada orang-orang yang bekerja demi agamaNya. Diatas indahnya kemanisan dan balasan Allah inilah yang membuatkan orang-orang hebat yang berada disekeliling kita tidak mengenal penat lelah ‘bekerja’ setiap masa. Bukan sedikit tenaga yang dihabiskan. Bukan sedikit harta yang yang diagihkan. Malah, masa dan harta yang dilaburkan inilah yang menjadi penghibur kepada mereka setiap hari dan setiap saat. Lansung tiada perasaan rugi pada mereka. Apatah lagi merasa dengan tindak tanduk mereka itu, mereka akan jatuh miskin.

Adik-adik, apakah yang akan kita jawab pada Allah nanti sekiranya amanah dan kewajipan menyebarkan agamanya dimukabumi ini kita abaikan. Apalah status kita agaknya ya? Adik-adik, percayalah. Dengan niat yang ikhlas, hati yang suci, niat untuk membaiki diri, percayalah bahawa setiap pengorbanan akan diganjari. Kecil atau besar, lumayan atau tidak, ganjaran dari Yang Maha Adil tetap dikira.

_________________________________________________________________________________________________

“Abaang..err…tolong photostat sijil ni boleh?”

Masa mula-mula dulu la ni. Masa tu Minggu Haluan Siswa. Tak sangka kan. Kita sekarang menanggung beban yang sama. AlhamduliLlah, kepada yang menentukan pertemuan kita. Melihat kepada peribadi mu dulu, abang yakin kau juga akan bekerja kuat, seperti mana sekarang. AlhamduliLlah, kepada yang telah membuka hati kita. Tapi adik, sepertimana yang kita faham, kerja yang kita maksudkan amatlah berat. Ianya perlukan pengorbanan yang amat besar. Kan. Tapi benda tu takkan menjadi masalah kepada kau, abang yakin. Kisah-kisah para sahabat, nabi d an rasul yang selalu kita bual-bualkan akan menjadi motivasi kepada kita untuk terus bekerja sehebat mereka , InsyaAllah.

“Abang, apa next step?”

Tanya kau bila ada orang yang kau cuba dekati untuk dibawa bersama ke dalam keluarga dan bekerja bersama kita. Tak mengapa, pengalaman boleh dicari dik. Kita jalan sikit-sikit. Sama-sama. Semua step tu boleh dipelajari dan dibincang. Cuma yang lebih penting, kita kenalah dekatkan diri dengan Pemilik hati kepada orang yang kita cuba dekati itu. Hatinya kan milik Pemilik Langit dan Bumi, pada Dialah kita nak minta-minta. Merayu-rayu. Sebab kita tiada upaya, malah amat hina. Apalah usaha dan daya kita kalau bukan datang dari Pemilik Langit dan Bumi tadi. Hidanyah yang kita cuba cari ni pun milik Dia.

AlhamduliLlah, kau juga sudah ada target sendiri. Seperti kau dulu ditarget. AlhamduliLlah, antara kau semua. Dah ada yang mula untuk mengajar. Dah ada yang mula aturkan acara. Dah ada yang melihat pentingnya bicara bersama. Dah ada yang mula giat membaca.

Cuba pesanan abang kepada diri dan kau sekalian, dalam kuatnya semangat kita. Niat perlu dipelihara, jangan terbabas. Amal juga perlu diperkasa, jangan sama sahaja setiap masa.

Kepada yang dah rasa penat, mintalah air dari yang berbekal.
Kepada yang sudah jelas, berilah motivasi kepada yang malas.

Semoga Allah memelihara kita. Agama kita. Kerja kita. Dan semua saudara-saudara kita di seluruh dunia. Sayang kalian.

_________________________________________________________________________________________________

“Err….abang. Program minggu ni tak dapat datang la. Assingment banyak!”

Erk!!…….*tepuk dahi~

usrah

_mg_5793

Setakat gosip-gosip biasa kami dah tak kisah. Abaikan je. Lagipun ini bukan kali pertama gambar kami diambil curi-curi. Bagi kami, yang penting kami bahagia. Tengoklah, baju yang kami pakai tu,kan sama tu. Ha ha ha…

LINTASLANSUNG:
Gambar-gambar menarik sekitar Karnival Sukan.

Ha ha. Tapi kau orang janganlah ambil serius. Ayat-ayat cinta kat atas tu sekadar main-main. Kau jangan salah faham. Majoritas, semuanya memakai baju yang sama, bukan kami sahaja. Dan semua yang hadir pada hari tu disuap time nak sarapan bihun. Romantik tak kami? Aeeuuu~.  Bukan tu sahaja.  Macam aku dah bagi tahu. Cinta kami bukan cinta biasa. Cinta kami atas dasar cinta kami pada Pecinta Agung. Cinta kami kerana satu cita-cita.

Tapi, walau macam mana penerangan yang aku bagi. Kau orang mesti akan gosipkan kami kan. Kan?Kan?. Ala….tak kisah. Abaikan je. Lagipun ini bukan kali pertama gambar kami diambil curi-curi. Bagi kami, yang penting kami bahagia. Tengoklah, baju yang kami pakai tu,kan sama tu. Setakat gosip-gosip biasa kami dah tak kisah.

SAAT-SAAT HILANG DUKA

Posted: January 27, 2008 in cinta, kitab-kitab, personal, sahabat, ukhwah

ALHamduliLlah….

ALHamduliLlah….

ALHamduliLlah….

ALHamduliLlah….

Kau tahu? Aku seronok sangat sekarang tau. Herm….Seronok tau. Sangat-sangat.

Makan setalam.

Bermotor kesana.

Qiam berkejut.

Al-Mathurat seiring.

Letih bersama.

Penat gembira.

Tenang dikongsi.

Rahsia dijaga.

Fikrah dipelihara.

Aib dilindung.

Huuhhh….Indahnya berukhwah.

Kau tahu? Aku seronok sangat sekarang tau. Herm….Seronok tau. Sangat-sangat.

ALhamduliLlah……

Kenapa perlu takut, segan, malu, tak mahu dipandang jelek oleh manusia. Kenapa takut dipandang hina oleh manusia. Kenapa tak tinggalkan kalau tahu ianya salah. Takutlah dengan Tuhan. Takutlah bersalah dengan Tuhan. Kerana Tuhan dimana-mana. Tiada guna jika tinggalkan sesuatu kerana seseorang. Takutkan seseorang. Kerana jika berseorangan atau orang yang ditakuti tiada disekeliling maka kesalahan akan diulang. Tapi jika kerana Tuhan, takut akanNya akan mendidik hati merasa sentiasa diperhati. Maka lahirlah peribadi sejati dari hati.

Tulisan ini bukan untuk tujuan puitis atau bunga-bunga. Tulisan ini untuk maksud terus-terus. Mungkin mudah nak faham. Lepas tu aku akan dapat mesej-mesej maki hamun dalam Inbox. Hoooyyyeeyhh..

CHENTAN-CHENTUN

Posted: November 11, 2007 in ASZ, cinta, famili, isu semasa, kitab-kitab, sahabat, ukhwah

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Surah Al-Israa’(17) ayat 32

Ayat yang cukup popular dikalangan kita. Malah sesiapa yang ingin membenarkan hubungan percintaan yang kononnya bebas dari zina, akan menyediakan seberapa banyak hujah yang dikira relevan untuk mematahkan hujah yang diberikan.

“Kami tak berzina pun”
(Tak tuduh pun kau berzina, malah ayat tadi pun tak kata pun kau berzina. Itu adalah larangan jangan mendekati zina. Dan apa yang kau buat adalah sesuatu yang mendekati zina. Ianya dilarang)

“Ingat kami tak ada agama ke?”

“Aku pun tahu batas-batas pergaulan”
(Tahu sahaja tak cukup dik. Amalkanlah )

dan seberapa banyak lagi modal-modal yang digunakan semata-mata mahu menegakkan benang yang basah.

“Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya’ “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.” Muttafaqun ‘alaih (Sahih Muslim, hadis ke 2282)

Nah!! Sukarnya untuk kita jauhi zina. Apatah lagi jika kita memilih untuk bercinta sedangkan kita belum berupaya dan bersedia untuk berkahwin. Bila sahaja berjumpa, sudah tentu mata akan berntentangan, muka bersetentang, dan pelbagai lagi gelagat seumpama yang akan mendorong kepada zina mata.

Lepas tu, keluar pula kata-kata manis untuk membuktikan cinta(sekarang dah ada versi baru, lafaz via SMS)..fuh….Masa ni, kalah kisah cinta Laila dan Majnun ataupun Romeo and Juliet. Tahu? Sekarang anda sedang melakukan zina lidah. Alahai~

Selesai satu bab. Telinga pula mengambil tempat, ketika mendengar kata-kata pasangan yang kononnya indah dan berbunga semata-mata untuk memenangi hati pasangan yang satu lagi. Kononnya dengan mendengar kata-kata pasangan yang didepan mata akan menguatkan lagi rasa cinta dan sudah tentu hubungan akan berpanjangan. Zina telinga pula terjadi.

Setelah semuanya dilafazkan, tangan dan kaki pula tak ketinggalan berzina tatkala sama-sama berpimpinan tangan dan melangkah untuk ke lokasi seterusnya.

Dan yang lebih bahaya dan amat-amat kita perlu jauhi adalah perasaan rindu akan pasangan disaat kita berjauhan. Rindu akan ketampanan, sifat penyanyang kononnya, kesetiaan dan sebagainya sebenarnya memberi peluang kepada syaitan untuk mendorong kita melayani fantasi yang akhirnya akan merosakkan iman kita. Saat inilah yang dikatakan zina hati. dikala iman sudah goyah, saat ini yang kita risau takut-takut ianya akan mendorong kepada zina yang lebih hebat.
Ahh! Tidak mungkin kita dapat bertahan bertahun-tahun sebelum berkahwin dalam mengelakkan perkara-perkara diatas. Jalan penyelesaian yang dapat dilihat disini adalah satu-satunya tidak bercinta jika belum bersedia untuk berkahwin.

________________________________________________________

 

Ok. Masuk cerita baru. Semalam kawan saya datang ke bilik. Berbual-bual seperti biasa , dan entah bagaimana perbualan kami tertumpu tentang kisah cintan-cintun di kampus. Katanya yang sudah berpasangan, dia mengakui susahnya untuk menjaga segala genap sudut untuk mengelak dari terjebak dalam zina dalam bercinta.

Syukur..katanya dia sudah lama tidak berjumpa pasangannya dan sudah jarang ber SMS. Malangnya pasangannya tidak henti-henti mengajak untuk berjumpa atas alasan rindu dan tak mahu kawan saya ini terlepas ke tangan orang lain.

Sahabat. Tidak yakinkah dengan takdir tuhan? Bukankah jodoh ditangan tuhan? Bukan kita yang tentukan walaupun usaha memang perlu dari kita. Tapi usaha yang yang bagaimana? Bak kata-kata Pahrol Mohd Juoi. Jadilahlah solehah, bukan sibuk mencari yang soleh. Anda faham? Maknanya jangan kita sibuk mencari pasangan yang soleh agar dapat membimbing kita tanpa tiada usaha dalam diri kita untuk menjadi solehah.

Tambah kawan saya lagi, kadang-kadang terpengaruh juga dia dengan SMS yang diterima dengan kata-kata manis dan tidak henti-henti menyatakan yang ‘si dia’ amat-amat rindu untuk berjumpa. Luahan ‘sayang’ dan pelbagai lagi istilah yang mewakili perbuatan sayang dicurahkan menyebabkan kawan saya tidak senang duduk.

Lihatlah bagaimana yang terjadi(dalam konteks untuk menjaga hati) jika jalan bercinta yang anda pilih.

Sahabat, cinta adalah satu kurniaan, rezeki, fitrah dan rahmat dari Tuhan Cinta Agung yang amat suci, bersih dan hebat. Janganlah kotorkan cinta yang dikurniakan dengan dosa-dosa yang pada kita ianya sesutau yang indah. Jangan kita lupa untuk melihat sejarah akan Kaum ‘Ad dan Thamud yang mana walaupun mereka dari golongan yang bijak dan cerdik, namun kejahilan mereka membuatkan mereka mendatang sesuatu yang mungkar itu sebagai sesuatu yang baik. Surah al-Ankabuut:38

 

Apakah penyelesaiannya?

Bagi yang belum bercinta. Janganlah sesekali memilih jalan ini walaupun anda sudah bercadang. Kuatkanlah iman kita dengan sentiasa berpuasa, beristighfar, bersama-sama orang soleh dan sibukkan dengan diri dengan perkara-perkara yang berfaedah. Dan jangan pula untuk sentiasa berdoa dan berserah diri kepada Allah

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Surah Al-A’raf ayat 201.

Bagi yang sudah bercinta, ingatlah kata-kata yang saya dapat dari seorang penulis “semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti”. Lihatlah cinta mak-mak dan ayah-ayah kita yang utuh sampai sekarang walaupun mereka tidak bercinta. (Sedih juga dengan ibu bapa zaman sekarang yang kononnya berfikiran terbuka dengan menggalakkan anak mereka bercinta, malah anda yang menyokong dengan menghadiahakan ‘bakal menantu’ mereka dengan sesuatu yang kononnya akan merapatkan lagi hubungan keluarga yang bakal anak mereka bina)

Seburuk-buruk manusia pun inginkan insan yang baik untuk menjadi pasangan hidup mereka, jadi koreksilah diri anda jika anda semudah-mudahnya menggadaikan diri anda sebelum kahwin semata-mata untuk membuktikan cinta anda. Bayangakan jika lelaki anda berfikir begini, “aku yang belum jadi suaminya lagi sudah diberi macam-macam, baikkah dia?”

Bagi yang sedang bercinta, mungkin anda tidak berapa gemar dan selesa dengan tulisan saya ini. Tapi inilah seruan dari agama yang kita anuti. Percayalah dengan balasan kemanisan yang akan kita terima jika segala yang diarahkan oleh Tuhan kita benar-benar pelihara.Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: “Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22)

Dari satu laman web: apis.com

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri.

Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

“Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. ” terang beliau.

Sekian untuk kali ini.

Rujukan:
apis.com, ASZ ,Tentang Cinta(Pahrol Mohd Juoi)