Archive for the ‘dakwah’ Category

MUSUH: Kau apehaaalll~

Posted: January 5, 2012 in dakwah, isu semasa

Sekiranya ada pihak tidak bersetuju dengan kita.

Jangan cepat melatah menuduh pihak tersebut musuh kita[apatah lagi dengan tuduhan tuduhan yang lansung tidak soleh]. Kerana, boleh jadi dia bukan sebahagian dari musuh kita pun. Silap haribulan, dia juga tak suka kepada pihak yang kita musuhi. CUBA DIA TIDAK BERSETUJU DENGAN KITA KERANA KITA MEMANG BERADA DI TEMPAT YANG SALAH PADA KETIKA ITU atau MEMANG KITA DAH TERSILAP LANGKAH. ūüôā

Bersedialah/terbukalah menerima pendapat. ^^,

Advertisements

Bicara Balik Surau

Posted: January 2, 2012 in cereka, dakwah, isu semasa, kampung, komedi

Helmi mencungkil cungkil celah gigi. Saki baki daging jamuan di surau tadi masih melekat.  Lupa pula Helmi nak ambil pencungkil gigi atas gerobok dalam surau. Selalunya Helmi tak ambil satu. Tapi segenggam, buat simpanan dan spare di rumah. Hamboihh~

Tak pelik lah kalau Pak Usu pencen tentera tu asyik asyik merungut, ” Qariah surau ni memang hantu cungkil gigi ke haper? Letak sekotak habis! Letak sekotak habis!”

Jarak dari surau ke rumah Helmi tak lah jauh.  Cuma sunyi. Tapi berjalan bersama Mail dan Usop tak lah rasa sunyi sangat.

Bunyi cengkerik bertalu-talu, berselang seli bunyi heretan selipar masing masing. Srohh sreehh…sroohh srehh~

“Mail” ¬†Tiba-tiba Usop buka mulut.

“Ape?” Mail jawab.

“Kau dengar pengumuman Pak Usu tadi?”

“Pengumuman hasil mesyuarat tu?” Mail tanya.

“Haaa”. Usop kata.

Helmi masih cungkil cungkil celah gigi. Saki baki daging jamuan di surau tadi masih melekat lagi.  Lupa pula Helmi nak ambil pencungkil gigi atas gerobok dalam surau. Selalunya Helmi tak ambil satu. Tapi segenggam. Hamboiih~

“Aku tak setuju lansung! Mana boleh Pak usu buat macam tu. Dah lama dah kita buat majlis kahwin kat masjid. Masak-masak kat masjid. Kita dah biasa. Dah selesa. Tiba-tiba nak tukar ke dewan baru tu” Luah Usop.

“Tapi dia tanya pendapat semua dulu kan? Ok la. Ramai yang setuju” Jawab Mail. “Kau datang meeting tu?” Mail tanya.

“Ish. Mesti la datang. Kau tanya Helmi. Kan Helmi? Helmi!”

“Ergh..yee” Helmi jawab, selepas keluarkan jari dari mulut. ¬†Sebentar.

” Tapiiii, dalam meeting tu pun aku dah tak setuju. ¬†Masjid ni besar, bila buat kenduri kat sini kita boleh tarik orang datang masjid. Kumpul ramai-ramai. Bukan sikit, ramai. Cara ni berkesan. Iiish! Aku tak faham la cara Pak Usu fikir. Dia fikir cara lama”

“Usop” Helmi panggil Usop.

“Haaa..” Usop jawab

“Kau ada angakat tangan? Bagitau pendapat kau ni? Masa keputusan tu nak dibuat, kau ada bantah?” tanya Helmi coooool~

“…..” Usop.

“Aku tengok kau senyap je masa meeting tu. Tak ada pula nak banyak cakap macam ni. Haaaa..?”

“…..” Usop.
Yessss!! Daging dari celah gigi Helmi dah tanggal. Esok helmi tak lupa lagi nak ambil pengcungkil gigi. Bukan satu. Tapi segenggam.

Bunyi cengkerik bertalu-talu, berselang seli bunyi heretan selipar masing masing. Srohh sreehh…sroohh srehh

Johan kayuh basikal laju-laju. Kali ni je Johan lambat sikit. Sebelum-sebelum ni, belum lagi Gemuk, Napi, Hafzi, Suid, Shidi sampai, Johan mesti dah sampai. Kalau Hafzi bawa sebotol guli, habis Johan sapu bersih. Kalau Suid bawa guli satu tin milo, habis Johan kalahkan.

Johan tak kira dah dengan peluh-peluh muda didahi tu, meleleh-leleh mengikut  hujung-hujung rambut. Tapi hari tu tak lah panas sangat. Selesa dan nyaman. Nak kata panas sangat pun tak. Sejuk sangat pun tak.  Ditengah jalan. Johan nampak seorang wanita tua berjalan bertentangan arah. Langkah laju-laju pula tu.

Oh~Mak Cik Leha janda rupanya.  Setelah beberapa depa jarak menghampiri Mak Cik Leha,Johan tegur. Acik Leha! Nak gi mana tu? Laju bukan main. Johan tanya.  Mak Cik leha janda tak layan pun. Mak Cik Leha  Janda terus langkah laju-laju. Alah, satu kampung dah tahu, kalau tak ke kebun mesti Mak Cik Leha ke kilang maruku Kampung Selatan. Tapi tak kan tengah hari macam ni. Johan cuba menganalisis, tapi tak penting pun. Yang penting dia kena sampai awal ke tempat pertarungan guli.

…………………………

Lambat gila hang Johan! Ingat takut dah nak lawan kami. Hafzi terus tegur Johan. Johan belum lagi turun dari basikal. Belah la. Tengok la guli aku bawa ni. Baru ni. Johan balas, dengan bangga macam selalu-selalu. Johan terus keluarkan guli dari plastik. Jom! Jom! Jom main. Mula! Mula jom! Johan kata, dah betul-betul tak sabar dah.

Di tengah-tengah permainan. Azri, seorang yang menjadi pemerhati tetap setiap permainan. Boleh kata hari-hari dia mesti ada. Cuma yang peliknya, Azri tak pernah pun nak main sekali. Tapi ada satu perkara yang selalu Azri ni lakukan. Batu api. Azri tak habis melaga-lagakan  Johan dan yang lain. Padahal Johan dan yang lain ok je. Mereka akrab. Cuma kadang-kadang bermain dan nak  merebut kemenangan tu biasa la kalau gaduh sikit-sikit.

Hari ni Azri dengan modal yang baru, dia cuba bagi tahu Hafzi, Shidi dan Suid yang Johan ni cuba main tipu. Nak menang cepat. Kata Azri, sebab tu Johan ni selalu menang.

Nasib Azri hari ni baik. Semua hasutan dia mengena. Sampai Hafzi dan Johan siap bertekak. Tarik-tarik baju. Dah siap tumbuk-menumbuk dah. Azri bangga, seronok gila dia tengok budak-budak tu bertekak. Johan, Hafzi, Suid yang asalnya mempunyai matlamat yang sama; menang main guli dan jadi bergaduh-gaduh. Dan puncanya dari orang luar. Yang tak ada lansung kaitan dengan permainan. Ish. Ish. Ish.

Sekali lagi hang cakap aku main tipu, aku baling guli hang kat jalan. Berani?! Cakap lar?! Bentak Johan.

Si Hafzi pula bukan jenis boleh dicabar. Nak cakap la ni!! Hafzi balas balik. Joo Haan memang main tiipuu!

Apa lagi. Johan terus ambil botol Hafzi yang penuh guli tu dan dibaling ke tengah jalan. Botol berkecai dan guli berterabur keluar. Hafzi cuba meluru untuk selamatkan gulinya yang dah berterabur tu. Tiba-tiba. PooOOooonnnn!! Lori besar datang dari arah barat menghala kea rah Hafzi. Dan sipi sipi lagi nak langgat Hafzi. Namun lori tersebut sempat mengelak. Meluru ketepi jalan. Hafzi selamat walau dengan keadaan penuh terkejut. Malangnya , lori  tu gagal dikawal dan melanggar seorang wanita tua  yang sedang berjalan. Berjalan laju-laju.

Mak Cik Leha! Mak Cik leha! Mak Cik Leha janda dilanggar lori! Hafzi jerit sekuat hati. Dalam terkejut.

Suid, Gemuk, Napi , Shidi dan Johan terkesima.

Cuma Azri sudah hilang. Guli-guli milik semua orang juga hilang. Azri larikan.

p/s: Mak Cik Leha Janda tak sempat pergi SC. Keh..keh..keh..Azri? Memang dia tak nak pergi. tak dijemput pun.

IMT-6786eIMT-6877eIMT-6812eIMT-6855e

IMT-6756e

IMT-6775e

IMT-6788eIMT-6851e

Mula-mula Ayub tak kata nak pergi pun. Ayub kata di banyak kerja. Omar dah buat muka toya dah. Kalau Ayub tak pergi Omar nak pergi dengan siapa. Kereta Omar dah la ada orang pinjam.

Ayub kata, ana kalau pergi ana nak follow Pak Cik Ainul, tu ja. At least dapat banyak masuk gambar.

Ana nak pergi sebab nak derma duit ni ha. Omar kata, sambil tepuk tepuk dompet sebelum masukkan ke poket belakang seluar.

Nila first time Ayub nak pergi Malam Badar ni. Tu yang excited semacam. Sampai-sampai. Tu lecturer ana. Ayub kata. Lorr…tu pun lecturer ana….aik…ketua jabatan pun ada.

Yang penting malam tu sejumlah wang dapat dikumpul. Seutuh ukhwah dapat disimpul. Semanis madu senyuman disimpul. Takkkbiiirrr!!!!!

Gambar dari Pakcik Ainul