1. Selain tanggungjawab sebagai anak, jadikan menghubungi emak ayah melalui telefon sebagai sesuatu yang menggembirakan. Dan memang realitinya menggembirakan pun~ Bukan kah kita rasa tenang, lapang dan lega selepas kita berbual dengan emak dan ayah kita. Kan?
2. Bila ye kita akan call mak ayah kita? Pernah terlupa? . So, susunlah jadual kekerapan yang munasabah untuk memastikan kita tak terlupa menghubungi mereka. Hati yang resah jika terlalu lama tidak berbual bual dengan mereka menunjukkan kita masih sedar bahawa kita ada tanggungjawab.
3. Emak ayah kita sudah tentu akan menerima panggilan kita tanpa mengira masa dan ketika. Namun, memilih masa sesuai untuk membuat panggilan adalah perlu. Untuk ini, mengetahui bila masanya emak kita sedang berehat, sedang masak di dapur, sedang lelapkan mata adalah sangat penting agar panggilan kita tak lah menggangu mereka. Membuat panggilan sehingga menggangu mereka tidur contohnya adalah satu perkara yang perlu di elakkan.
4. Disaat menerima panggilan daripada mereka. Pastikan kita melayan dengan sangat sopan dan baik. Dengarlah perkongsian kerana kadang-kadang mereka hanya mahu berkongsi. Ingat! Jangan sesekali menyebabkan tutur kata dan respon kita semacam endah tidak endah. Apatah lagi jika emak dan ayah kita sudah berumur.[seperti emak dan ayah saya]
5. Jika mereka yang membuat panggilan, pastikan mereka juga yang menghentikan panggilan. Maksudnya, cuba elakkan situasi dimana kita yang terlebih dahulu meminta untuk berhenti berbual. Lain la kalau dah betul betul perlu.
6. Kongsikan berita dan khabar kita yang gembira, yang mampu membuat mereka turut gembira. Kalau anak-anak kita[kalau yang dah ada anak lah]:
- sering sebut sebut nama dan rindu atok dan nenek mereka
- dah mula pandai berjalan
- dah khatam Quran
just maklumkan.
7. Di hujung perbualan, jangan lupa kirimkan salam kepada ayah jika kita sedang berbual dengan emak. Bertanyakan apa yang ayah sedang buat dan khabar kesihatan nya juga perlu untuk ayah juga merasakan dihargai, walaupun kita sedang berbual dengan emak.:-) Dan sebaliknya. Tidak lupa adik beradik lain yang berada di rumah.
…………………………..
tambahan:
8. Jika anda seorang murobbi/naqib. Pastikan bertanyakan kepada anak-anak usrah bila kali terakhir mereka hubungi emak dan ayah. Sarankan agar ianya mesti dilaksanakan.
9. Kongsikan kelebihan-kelebihan menjaga hubungan dan adab dengan emak dan ayah serta keperluan seorang daie berbuat sedemikian.
10. Masukkan aktiviti menghubungi ibu bapa sebagai wajibatul yaum/’amal yaumiah bagi setiap dari anak usrah dan diperiksa secara berkala.







