Posted by: musafir87 | April 20, 2009

LUAHAN HATI: Email syahdu dari kalian.

* Post kali ini juga bukanlah post yang mesra pembaca. Tapi bukan bermaksud  aku sudah tidak mesra seperti jejaka-jejaka hebat diluar sana. Aku masih lagi begitu, cuma jari aku lebih suka menulis beberapa ketika ini. Nada tulisan kali ini mungkin mengelikan hati mana-mana pihak atau mungkin menyebakan kalian mengatakan aku poyosss….hehe. Tapi ketahuilah bahawa ini adalah blog musafirmenulis, bukan kalianmenulis….so…biarkanlah aku terus menulis.

Berat!

Dan kadang-kadang aku gagal melakukannya. Bila difikir-fikirkan, aku rasa amat-amat takut. Mungkinkah diri aku yang lemah dan banyak dosa ni yang menyebabkan mereka sukar berubah.

Sifat-sifat mazmumah yang masih ada sisa-sisanya dalam diri ni terasa seolah-olah hijab untuk aku menerima kejayaan dalam kerja-kerja yang berat macam yang aku lakukan sekarang. Bukan tak pernah untuk aku berusaha, namun bila berdepan dengan situasi genting, tak semena-mena aku gagal mengawal diri. Mudah marah, bersangka buruk, sukar memaafkan dan banyak lagi perkara-perkara yang sepatutnya aku dah buang jauh-jauh sebelum aku menjadi Walid/Al Ab/Al Umm, Syeikh, Ustaz/Muallim, dan Qaid.

Teringat perbincangan malam tu. Tentang ujian dalam dakwah.  Sebenarnya, kita belum lagi bertemu dengan ujian yang sebenar-benarnya ujian dalam medan dakwah ni. Ujian yang dilalui sekarang hanyalah ujian-ujian duniawi ataupun ujian-ujian yang datang dari diri kita. Malas la. Masa tak cukup la. Penat la. Nak rehat la. Ada kerja lain la. Padahal kerja dakwah yang sebenarnya dilakukan tak lah sehebat mana pun. Belum cukup untuk menuntut masa rehat. Apatah lagi nak kata diri dah penat.

Ayahkah aku?

Berbalik pada koreksi diri. Untuk menjadi murobbi yang mempunyai ciri-ciri Walid/Al Ab/Al Umm, aku berfikir panjang. Adakah aku dah lakukan semua ni. Seorang ayah yang sepatutnya memantau anak-anaknya, yang merasa sakit ketika anaknya sakit, yang merasa gembira tatkala anaknya gembira, yang menjanjikan bantuan dalam apa jua keadaan, yang merasa runsing dengan amal anak-anaknya, yang ingin memastikan anaknya sentiasa dalam kemantapan iman, memastikan anaknya sentiasa dalam kebahagian dan banyak lagi tugas-tugas berat.

Maaf adik-adik yang amat-amat abang sayangi. Kadang-kadang abang terlepas pandang. Tidak dapat abang bantu dalam keadaan kalian memerlukan. Apatah lagi nak merasa susah tatkala kalin susah. Namun bukanlah abang bermaksud mahu melepaskan tanggungjawab, cuma kelemahan dalam diri menyebabkan ianya tak telaksana. Kadang-kadang bantuan yang kecil-kecil seperti mahu meminjam kereta, masalah kewangan, dan banyak lagi masalah lain abang tak mampu berikan. Maaf!

AlhamduliLlah, bagi yang sudi berterus terang. Abang tidak menyalahkan kalian, malah dengan cara itulah abang dapat baiki diri. Seperti mana abang sering menasihati mahukan adik-adik berubah dan mengislahkan diri, begitulah jugalah harapan agar abang juga dibetulkan sekiranya diri abang melakukan kesilapan.

Abang gagal menghadirkan diri  dan berada ditempat kalian pada saat-saat tertentu. Maaf sekiranya abang tidak menerima alasan-alasan yang diberikan ketika kalian tidak berkesempatan untuk bersama-sama dalam sesuatu program. Percayalah, ianya disebabkan abang mahukan perubahan dalam diri kalian. Bukan niat untuk memaksa. Tapi seperti yang selalu kita ulang-ulang, jalan ini perlukan pengorbanan. Bukan sedikit masa, bukan setitik peluh, bukan sedikit ruang dalam fikiran yang perlu kita luangkan.

Namun, mungkin abang hanya mengajak dan kadang kala mungkin memaksa tanpa melihat masalah-masalah yang mungkin kalian hadapai. jauh sekali untuk turut sama merasa susahnya berada ditempat kalin. InsyaALlah, akan kucuba. Terima kasih sekali lagi kepada yang berterus terang.

Syeikh, lagilah berat.

Mempunyai rohani yang bersih. Iman yang kuat. Ruhiyyah yang terpelihara.
Adakah aku sudah laksanakannya kepada kalian, sedangkan semuanya akan dipersoalkan nanti keatas bahu ini. Cukupkah sekadar kita setkan amal-amal harian pada setiap minggu, tanpa aku sendiri bersama mengajak kalian mengamalkannya. Cukupkah sekadar hanya bertanya pada setiap kali perjumpaan tanpa aku meluangkan masa untuk bersama-sama  beramal bersama kalian.

Bukankah sebelum aku mengajak, aku juga perlu memantapkan diri, memastikan iman aku juga sihat, akhlak aku juga sihat, dan peribadi aku juga sihat.


Ustaz/Muallim

Aku cuba berikan yang terbaik, akan aku cuba berikan apa yang termampu. Tapi maaf, ianya juga seakan gagal. Dalam keadaan keluarga-keluarga lain giat berkongsi ilmu. Aku sekadar melihat dan tidak berusaha menambah ilmu diri agar lebih banyak dapatku luahkan. Bukan sedikit soalan-soalan yang aku gagalkan selesaikan. Namun percayalah, selagi termampu dan berdaya akan aku teruskan usaha murni ini. Ingin juga aku melihat kalian selepas ini juga melakukan tugas yang sama. Membawa keluarga-keluarga sendiri. Membuat perubahan-perubahan kecil atau besar.


Qaid

Memimpin dengan memberi tauladan. Haahh…sekali lagi aku rasa amat gagal. Pemimpin yang baik adalah yang mampu memimpin diri sendiri. Sekali lagi terima kasih kepada yang berterus terang dan memberi nasihat. Aku sepatutnya memimpin kalian untuk berjalan dijalan ini. Bagaimana, dengan apa, caranya, syaratnya perlulah aku berikan.

Adik-adik. Atas kelemahan diri abang, mungkin banyak benda yang tak dapat terlaksana yang sedikit sebanyak merosakkan semangat dan tumpuan kalian. Marah abanga bukan bermaksud kalian dibenci. Kegagalan membantu bukan bermaksud kalian mahu diabaikan. Tidak bersama bukan bermaksud bosan. InsyaAllah, hati kita dihubungkan dengan fikrah, akidah, tujuan, niat dan matlamat yang satu. Ikhlas dari yang ingin melihat perubahan.

*Terima kasih pada insan yang mengirimkan email yang mencetuskan aku untuk menulis perkara ini.


Responses

  1. Jika tidak keterlaluan, saya ingin mengumpamakan projek dakwah ini seperti lumba lari 4×100m atau yang seumpama dengannya. Atau jika lebih baik, ia seumpama lumba lari 4×200m atau 4×400m, jaraknya lebih jauh, kemampuan individu lebih teruji, apatah lagi kemampuan pasukan.

    Tetapi dakwah ini adalah perlumbaan yang lebih panjang, dan garisan penamatnya masih sangat jauh. Kita pun tak pasti kita di giliran yang mana. Berapa jauh lagi akan tamat perlumbaan. Sebelum-sebelum kita, telah ramai yang mendahului. Berbagai-bagai sejarah dan kisah boleh kita lihat dan menjadi tauladan kita sepanjang balapan. Ada yang jatuh tersungkur, ada yang bersungguh-sungguh sehabis tenaga dan sebagainya.

    Cuma persoalannya di sini, adakah kita melaksanakan tugas kita dengan sebaik mungkin. Allah tidak bertanya tentang keputusannya nanti, tetapi apa yang telah kita lakukan dan korbankan untuk memenangkan agamanya? Apa yang telah pasti, agamanya pasti akan menang sama ada kita menyambut baton ini atau tidak. Kitalah sebenarnya yang perlukan keberadaan kita di dalam pasukan ini supaya kita merasai kemanisan kemenangan rakan yang terakhir nanti.

    Wallahu a’lam.

  2. nurul:
    suka dengan analogi diatas…

  3. mari mainkan peranan masingmasing.


Leave a response

Your response:

Categories