Pagi tu lepas hujan di Kota Perdana.
Mak Bedah datang terhenjut-henjut.
Macam sakit kaki je. Hari ni Mak Bedah ingat tak nak puasa sunat, macam selalu-selalu. Macam mana nak puasa sebab batuk kering Mak Bedah menjadi-jadi. Kalau puasa, macam mana nak makan ubat.
Mak Bedah datang terhenjut-henjut.
Kali ni mak bedah pakai tudung bulat tau~.Tudung besar. Kalau dulu-dulu Mak Bedah lebih suka pakai selendang. Lipat-lipat sahaja kat kepala. Lepas tu siap. Bukan tudung je besar, kali Mak Bedah pakai stokin. Wallauweyh~ Mak Bedah dah jadi ustazah tu~.
Ni! Ni! Ni! Mak Bedah ketuk-ketuk meja. Macam Mak Bedah selalu buat dulu-dulu. Ni! Ni ha! Kau dah derma? Mak Bedah tanya Dolah.
Mak Bedah~. Yer pun bagi la salam. Dolah sahaja cari pasal.
Keletuk! Aduhai~macam biasa payung Mak Bedah singgah ke kepala Dolah. Mak Bedah tak senyum pun.
Ni Haaa! Jawab soalan aku! Dah derma? Mak Bedah lagi. Sambil hulur artikel tentang Palestin.
Erk!! Dolah tergamam. Derma Palestin rupanya.
Dah! Dah!Kau ambil ni. Pergi photostat! Mak Bedah hulur satu keping artikel palestin. Lepas tu edar! Mak Bedah sambung.
Photostat? Dolah tanya, sambil sapu buih teh tarik kat bibir. Buat-buat blurr, tapi memang dia blurr pun. Mana dia tau apa-apa pasal Palestin. Dolah bukan macam remaja-remaja yang selalau pakai badge atau tampal sticker Palestin di kereta tu. Alahai Dolah~
Mak Bedah tenung mata Dolah. Sumpah! Kalau kau ditempat Dolah. Kau akan rasa mata Mak Bedah tajam macam pisau.
Tak kan photostat pun dah tak pandai~ Mak Bedah sambung lagi. Sambil acu-acu payung kat kepala Dolah.
Lepas tu edar kat kolej kau! Tau? ………..Tau tak ni?
Erk!! tau~tau~. Dolah jawab.
Mak Bedah pergi terhenjut-henjut. Hari ni Mak Bedah ingat tak nak puasa sunat, macam selalu-selalu. Macam mana nak puasa sebab batuk kering Mak Bedah menjadi-jadi. Kalau puasa, macam mana nak makan ubat.
Tiba-tiba Mak Bedah pusing.
Kau minum apa tu? Nescafe?
Eh! Mana ada. Teh tarik la. Dolah jawab.
Bagus! Ingaaaat….Nescafe tu Nestle. Boikot tau! Mak Bedah pesan.
Hoho.Dolah lagi la blurr. Boikot apa hal pula? Mana dia tau apa-apa pasal boikot. Dolah bukan macam remaja-remaja yang selalau pakai badge atau tampal sticker boikot Israel di kereta tu. Alahai Dolah~
Mak Bedah pergi terhenjut-henjut. Hari ni Mak Bedah ingat tak nak puasa sunat, macam selalu-selalu. Macam mana nak puasa sebab batuk kering Mak Bedah menjadi-jadi. Kalau puasa, macam mana nak makan ubat.
Mak Bedah pusing lagi. Hah? Kau tahu Dolah?
Tahu apa? tanya Dolah, dalam hati Dolah kata “apa lagi la orang tua ni~”
Barack Obama tu ha! Mak Bedah sambung. Dia nak cat White House dengan warna hitam.
Hoho. Lagi Dolah blurr.
Mak Bedah pergi terhenjut-henjut. Dicelah ketiak dicepitnya beberapa helai artikel. Kali ni mak bedah pakai tudung bulat tau~.Tudung besar. Kalau dulu-dulu Mak Bedah lebih suka pakai selendang. Lipat-lipat sahaja kat kepala. Lepas tu siap. Bukan tudung je besar, kali Mak Bedah pakai stokin. Wallauweyh~ Mak Bedah dah jadi ustazah tu~.
p/s: Kau macam Dolah ke? Alahai~













lawak.. lawak… tapi ada mesej… bagus.
By: mashizaki on January 31, 2009
at 2:44 pm
mashi:
woit..meting! meting!online je keje..
By: musafir87 on February 1, 2009
at 1:31 am
dolah oh dolah. janganlah jadi katak bwah gelas. alahai.
By: aTiQah on January 31, 2009
at 10:57 pm
atiqah:
a ah..aku pun tak nak jadi katak…eeeeiiuuu..geelllii..
By: musafir87 on February 1, 2009
at 1:31 am
erm….macam-macam cara nak menyampaikan mesej ek…
By: SAB on February 2, 2009
at 5:04 pm
SAB:
SAB ni saper yer…
hehe..kita mesti kreatif..insyaAllah..
By: musafir87 on February 3, 2009
at 4:35 pm
SAB tu srikandi abu bakar… cari link kat blog ki…
wallaweyh~!
alamak terjangkit pulak dari cikgu ni…
huhuhu… (^_^)v
By: atmk on February 17, 2009
at 1:19 pm
oh..dah ada link kt blog ana lama dah pun…tak terfikir SAB tu akronim…hehe
By: musafir87 on February 17, 2009
at 5:49 pm
wallaweyh~!
hohoho…. tau pun. (*_^)
By: mashizaki on February 17, 2009
at 6:41 pm