Aku ingin menjadi seperti engkau. Sebab aku lihat engkau ni hebat.
Engkau seorang yang hebat kerana dapat menjaga syariat walau dalam apa jua keadaan. Berprogram, bermesyuarat, bersukan dan apa jua aktiviti yang egkau sertai, engkau masih mengutamakan syariat. Waktu solat, pergaulan, tatatertib, adap sopan sebagai seorang muslim tidak tercemar walau apa jua kedaan yang engkau lalui. Hebat la engkau.
Walau masa engkau penuh diisi dengan program-program tertentu, engkau masih tidak melupakan al-Quran. Malah masa untuk membacanya adalah lebih utama. Tiada apa yang boleh mencuri masa engkau untuk membaca al-Quran. Hebatnya engkau.
Engkau tidak kisah apa tanggapan orang terhadap engkau jika engkau tidak menyertai mereka dalam gelak ketawa dan gurau senda yang melalaikan. Namun, engkau masih menjaga hubungan dengan mereka untuk mengelakkan agama engkau difitnah sebagai agama yang tidak mesra. Sesekali jika engkau alpa, cepat-cepat engkau memohon taubat. Engkau redha bahawa hamba tidak pernah lari dari tidak membuat dosa. Maka taubat engkau bayar sebagai ganti. Tidak pernah sekali engkau berbangga dengan dosa. Hebatnya engkau.
Mereka menyanyi, engkau juga menyanyi. Bermesyuarat juga macam biasa. Sukan juga begitu. Tapi syariat tetap syariat, engkau pelihara dengan cermatnya. Yang utama pelu diutamakan. Hebatnya engkau.
Walupun ramai dari mereka yang tidak faham malah pernah menganggap engkau sombong, namun engkau tetap sabar dan redha. Yakin dengan mengutamakan syariat akan beroleh kebaikan membuatkan engkau lebih tabah menjaganya. Itu akan membuatkan engkau tidak peduli dengan kata-kata serta umpatan mereka.
Namun, lemahnya iman aku kerana tidak boleh menjejaki langkah engkau.
Persoalannya bilakah aku boleh menjadi seperti engkau.
Bagaimana engkau menjaga waktu solat, tutur kata, pergaulan, adap sopan, dan mahmudah yang lain membuatkan aku bertambah tertarik untuk bersikap seperti engkau.
Kerana engkau hebat. Aku ingin menjadi seperti engkau.













siapakah “engkau”?
bgusnye dia. mmg susah nak jadi gtu.apatah lagi nak istiqomah.btul ckp ust.jalan mujahadah tu pahit tapi hasilnye sgt manis.
By: zanurul on October 29, 2008
at 3:52 pm
hmm..siapakah orgnya?
By: Princess Liyana on November 9, 2008
at 10:39 am
Kalau aku ada dekat dengan ENGKAU, alangkah bagusnya.
By: aTiQah on November 10, 2008
at 3:37 am
Hang ni dah lama tak update…
By: mashizaki on December 5, 2008
at 6:55 am
hang memang dah lama tak update ni… wieh pakcik weih…
By: mashizaki on December 20, 2008
at 12:11 am
Salam…
Ana tukar blog baru..jemput ke tajdid dakwah ye..
Syukran..
By: Ikmal on December 26, 2008
at 12:44 am
Tunjukkan perhatian anda kepada isu Palestin… JEmput beramai-ramai… http://kelab-iqra.blogspot.com/2008/12/solat-hajat-palestin.html
By: MK on December 31, 2008
at 6:29 am
ammvoiii.. ‘musafir menulis’ lagikkks takkks..
By: en_me on January 7, 2009
at 10:17 am
“It is better to sit alone than in company with the bad; and it is, better still to sit with the good than alone. It is better to speak to a seeker of knowledge than to remain silent; but silence is better than idle words.” (Bukhari)
By: salam on February 8, 2009
at 1:53 am
sal:
erm..tq
By: musafir87 on February 9, 2009
at 3:35 pm
izin copy?
By: izzah on February 9, 2009
at 12:22 am
izzah:
ok…tafaddal…
By: musafir87 on February 9, 2009
at 3:34 pm